TEROWONG NADI PENGHUBUNG PEJUANG DAN WARGA PALESTIN
NADI PENGHUBUNG PEJUANG DAN WARGA PALESTIN
Terowong bawah tanah adalah 'talian hayat' yg menjadi nadi kehidupan kebanyakan warga Semenanjung Gaza,Manakala bagi pertubuhan Hamas,terowong tersebut adalah antara paksi kekuatan ketenteraannya.
Ini diakui sendiri oleh Komander Israel yang mendakwa pejuang Islam itu masih memiliki jumlah senjata yang besar dan mempunyai lebih 20,000 pejuang terlatih yang aktif beroperasi melalui terowong jauh di bawah tanah sempadan Mesir.
Terowong ini adalah kunci bagi memastikan kuasa politik dan ketenteraan Hamas.Ia bukan saja menjadikan mereka sebagai sasaran serangan Israel malah turut menjadi isu utama dalam rundingan gencatan senjata.
Pengarah Pusat Pengajian Strategik Begin-Sadat Universiti Bar-Ilan Israel,Prof Efraim Inbar berkata,dia percaya kerajaan Israel bertanggungjawab sepenuhnya di atas kewujudan terowong ini.
“Israel tidak melihatnya sebagai serius pada awalnya.Malah tidak menggunakan sumber dan wang yang ada untuk mengesan dan menghentikannya.Masalah yang dihadapi Israel sekarang adalah mereka perlu memusnahkan semua terowong ini dan memastikan ia tidak akan dibina pada masa depan,”katanya.
Terowong pertama yang di temui tentera rejim Zionist dikenali sebagai Koridor Philadelphi.Selain itu,terdapat ratusan lagi terowong yang berselirat antara Gaza dan Mesir.Ia dibina bertahun dulu dan memiliki kedalaman serta keluasan yang pelbagai.
Terowong tersebut menjadi laluan termasuklah untuk menyeludup pelbagai jenis barangan; daripada anak kambing hinggalah kepada senjata seperti roket.Dan juga terdapat terowong yang hanya dikhaskan untuk golongan kenamaan dengan jarak laluan yang lebih pendek.
Baca di sini DERITA GAZA SIAPA YANG PERDULI
Sebelum ini,Israel pernah menimbangkan satu cadangan bagi menangani kewujudan terowong ini iaitu dengan menggali parit dan dipenuhkan dengan air laut.Justeru,setiap pengguna terowong berisiko untuk lemas.Bagaimanapun, pelan itu tidak di laksanakan kerana ia boleh mendedahkan Gaza pada risiko keadaan bawah tanah yang rapuh.
Selain itu,Israel juga cuba untuk memusnahkan jaringan bawah tanah ini dengan bom jenis bunker-busting (bom yang boleh menembusi sasaran bawah tanah) yang diperoleh dari Amerika Syarikat.
Israel juga pernah meminta Amerika Syarikat membekalkan jurutera tentera yang boleh membina dinding bawah tanah di sebelah Mesir bersebelahan Koridor Philadelphi.Pada dasarnya,Amerika Syarikat bersetuju walaupun tidak jelas sama ada pihak Mesir memberikan kebenaran atau tidak.
Nicholas Pelham,penganalisis dari Kumpulan Krisis Antarabangsa berkata,Israel menyasarkan untuk menutup terowong ini secara kekal dan ia adalah proses utama dan berpanjangan.
“Tanpa memperoleh semua wilayah,adalah sukar bagi Israel menutup kesemua terowong ini,” katanya.
Apa yang lebih membimbangkan Israel ialah apabila sayap bersenjata Hamas,Briged Izz Al-Din Al-Qassam menggunakan kemudahan terowong itu untuk persiapan perang.Sayap itu dikatakan menghantar ribuan pejuang untuk berlatih di Iran dan Lubnan di mana terowong tersebut merupakan laluan utama para pejuang.
Menurut seorang Komander Hamas,salah satu daripada manfaat yang diperolehi daripada terowong itu adalah,ianya mengurangkan risiko yang bakal dihadapi tatkala menyerang balas Israel.
Salah satu terowong yang musnah di bom oleh rejim Israel |
“Jangan ledakkan bom di situ.Gali terowong dan gunakan wayar peledak bagi membolehkan misil dilancarkan dari jauh.Jadi, Hamas hanya akan kerugian tiub atau alatan menembak yang murah kos nya dan bukannya risiko akan kehilangan pejuang,” katanya.
Komander Islam Jihad,Abu Bilal yang beroperasi secara bebas di Gaza,mengakui serangan roket secara psikologinya memusnahkan Israel tetapi memberi impak ketenteraan yang minimum.
“Kami tidak boleh berbuat apa-apa selain daripada serangan roket dengan harapan mereka memasuki Gaza.Kami berdoa supaya kereta kebal masuk ke kawasan kami dan semua pejuang akan menunggu peluang untuk membunuh mereka,”katanya.
Rangkaian persenjataan Hamas termasuk misil Qassam yang dihasilkan di Gaza dan roket tiruan Russia yang dihasilkan di China.Semua itu diseludup melalui sempadan termasuk mortar,mesingan,bom,pelancar roket dan pelbagai senjata perang lain yang di ubah suai.
INFO TAMBAHAN
1. Ada lebih 750 (dan jumlahnya semakin bertambah) terowong di bawah bumi Gaza dan satu daripadanya(antara yg terawal) ditemui Israel dikenali sebagai Koridor Philadephi.
2. Terowong yang lazimnya digunakan untuk penyeludupan barangan pengguna memiliki jarak sejauh kira² 800 hingga 1,400 meter dengan kedalaman antara 15 hingga 30 meter.
3. Pembinaan mengambil masa paling kurang enam bulan.Terdapat bayaran dengan kadar tertentu untuk kerja² menggali terowong.
4. Dianggarkan 90 peratus produk yang memasuki Gaza setiap bulan adalah amat tinggi.Dikatakan mencecah nilai jutaan Ringgit Malaysia(sila buat rujuk silang kembali)..Dan kesemuanya dibawa melalui Mesir.
5. Jaringan bawah tanah ini juga sumber pendapatan sampingan bagi pergerakan Hamas.Bayaran akan dikenakan ke atas pihak yg menggunakan terowong tersebut.
Sumber: sir_khai79
kredit Ziefenz Zee fb
0 comments:
Post a Comment