Awas Banjir!! Lintah Masuk Dalam Kemaluan
Kelantan - Keasyikan dua-dua kanak bermain dalam banjir bertukar mimpi ngeri apabila kemaluan mereka dimasuki lintah.
Dalam kejadian pertama, mangsa, Yusrina Yusri, 5, dari Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat, mengalami pendarahan teruk apabila lintah tersebut memasuki dubur setelah mandi lebih satu jam bersama adiknya, Yusri Aiman Yusri, 3.
Ibu mangsa, Siti Khatijah Ibrahim, 27, berkata, ketika kejadian, dia sempat melihat beberapa lintah berada berdekatan anaknya ketika Yusrina bermain air berhampiran rumahnya yang dekat dengan sawah dan kuala.
“Yusrina datang kepada saya dalam keadaan menangis sambil menunjukkan objek hitam yang melekat pada duburnya.
“Saya terkejut dan cuba menarik lintah tersebut ketika ia masuk separuh ke dalam dubur, namun usaha itu tidak berjaya kerana ia licin dan melekat,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, hari ini.
Hadir melawat mangsa, Pengarah HRPZII, Datuk Dr Ghazali Hassan Md Hassan.
Dalam pada itu, seorang lagi kanak-kanak berusia 2 tahun, Muhammad Luqman Haziq Kamal dari Kampung Bagus, Rantau Panjang, turut menjadi mangsa lintah apabila ia masuk ke dalam alat sulitnya.
Ibunya, Siti Mazura Che Kob, 31, berkata, kejadian itu berlaku pada Sabtu ketika banjir berada pada paras lebih 1.22 meter.
“Ketika kejadian, anak bongsu saya mandi menggunakan pelampung, bermain banjir di kawasan rumah nenek bersama abang dan sepupunya.
“Tiba-tiba sahaja dia menjerit ketakutan dan menangis, lalu suami saya mendapatkannya. Suami segera mengangkat Luqman di kawasan cetek dan dapat membuang lintah tersebut,” katanya.
Akibat mengalami pendarahan tanpa henti, Siti Mazura berkata, anak lelaki daripada tiga beradik itu terpaksa dibawa ke Hospital Lati, Pasir Mas, sebelum dirujuk ke HRPZII.’
“Badannya lesu dan dia hanya menangis kerana mengalami pendarahan yang banyak sehingga terpaksa menggunakan lima helai lampin dalam tempoh lima jam selepas kejadian bermula jam 10 pagi,” katanya.
Sementara itu, Dr Ghazali Hasni menasihatkan orang ramai supaya mengelak bermain banjir berikutan bukan sahaja terdapat lintah, malah juga boleh mengancam nyawa terutama kanak-kanak.
6 comments:
hiii ngeri bangettt :( takuttt :(
bahaya tu..huhu
kesiannyaaaa, huk, menakkutkan pun ye jugak aishhh
baca tajuk jer dah ngeri....apatah lagi membaca beritanya...
Regards,
-Strider-
bahayanya.. ngeri pula rasa.. teringat kembali kenangan ketika akak menjalankan latihan praktikal dulu perlu menaiki bot di dalam tasik yang dipenuhi lintah.. masa tu tawakal saja.. syukur akak tak kena apa-apa.. tapi kawan akak terkena dan terus kami ke klinik..
Baiknya mak ayah budak2 ni kasi main air time banjir . Orang dulu2 kala pantang anak2 main air time banjir sebab diorang tahu benda2 macamni berlaku . Aduhai , orang sekarang . . .
Post a Comment