Pulau Ketam Jadi Pusat Pelacuran??
Selain terkenal sebagai destinasi makanan laut, Pulau Ketam yang terletak di Selangor, kini diberi jolokan baru. Apa yang menyedihkan, pulau itu kini menjadi pusat pelacuran.
Sasaran pelanggan pula dari kalangan nelayan setempat.
Hasil maklumat dan intipan bahagian maksiat D7 Ibu Pejabat Polis Kontingen Selangor, serbuan dilakukan di sebuah premis hiburan di pulau berkenaan.Siasatan mendapati, sindiket pelacuran beroperasi atas nama pusat hiburan terbabit.
Sasaran pelanggan pula dikalangan nelayan kecil atau nelayan bot pukal yang singgah untuk berehat, setiap petang.
Pusat hiburan ini juga dilengkapi dengan bilik khas yang menawarkan perkhidmatan seks pada kadar RM500 untuk satu malam. Pelacur yang ditawarkan pula adalah wanita warga Vietnam dan China.
Dalam operasi ini, enam wanita dari Vietnam dan China dalam lingkungan 25 sehingga 36 tahun ditahan. 30 pengunjung di pusat hiburan ini juga turut diperiksa.
Kebanyakan wanita warga asing terbabit didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial manakala pusat hiburan ini juga tidak berlesen.
Kesemua mereka yang ditahan termasuk seorang penjaga premis, dibawa ke IPD Klang Utara untuk tindakan lanjut.
0 comments:
Post a Comment