GAMBAR - MAWI & EKIN 'TAK SEGAN' BANTU GELANDANGAN
Bukan mudah untuk membantu golongan gelandangan (kutu rayau)... ada yang berbau busuk, ada yang buat perangai dan ada juga yang lalok sampai tak kenal orang. Namun demi peri kemanusiaan, Mawi AF3 dan isterinya Ekin sanggup meredah kesunyian malam demi membantu golongan tidak bernasib baik itu.
Lokasi mereka ialah sekitar Ibu Kota seperti Jalan Chow Kit dan Jalan Petaling, Kuala Lumpur. Program yang diberi nama 'Jelajah Unequein' tersebut memberi fokus kepada golongan gelandangan yang tidak berumah dan kurang upaya untuk menyara hidup.
Selain memberi bantuan makanan kepada golongan itu, mereka juga sempat berbual mesra tanpa merasa asing dengan insan malang tersebut. Aktiviti Mawi dan Ekin itu berlangsung dari larut malam hingga hampir subuh semalam.
Meskipun ada pihak yang mempertikaikan aktiviti kebajikan itu sebagai menunjuk, namun Mawi tetap tenang tanpa 'terasa' hati terhadap kritikan yang dilemparkan. Iyalah... sebagai manusia, bukan semua tindakan kita itu mampu memuaskan hati semua pihak.
Namun sebagai manusia yang prihatin, tepuk dada tanya selera. Tak gitu? - Sumber
8 comments:
baguslah tu..biar apa pon orang nak kata asal niat kita ikhlas...
sekurang2nya masih ada orang2 macam mereka ni yang sanggup membantu the homeless :)
alhamdulillah syukurlah.. :)
mawi world :-)
alhamdulilah baguslah
alhamdulillah..semoga mereka mendapat ganjaran yang setimpal...
Regards,
-Strider-
yang penting mereka ikhlas membantu orang yang di dalam kesusahan.. patut menjadi contoh kepada semua..
Alhamdulillah yg pnting ikhlas dlm menolong org yang memerlukn bntuan.. :)
Post a Comment