ISTERI MERADANG KERANA TAK DAPAT HABUAN MALAM JUMAAT
Gara-gara tidak mendapat "habuan seks" pada setiap malam Jumaat, seorang isteri sanggup memuat naik status yang agak "daring" di akaun laman sosial Facebook, menyuruh suaminya itu berkahwin dua.
Isteri "mithali"itu mendakwa suaminya sering bekerja pada setiap malam Jumaat sehingga menyebabkan dia meradang pada malam "sunat" itu.
Justeru itu katanya, dia menyarankan agar suaminya itu berkahwin dua supaya tidak lagi mendapat "layanan" darinya.
"Aku sakit hati dengan suami aku.. setiap malam Jumaat di kerja.
"Ko tau apa aku buat?? Aku suruh dia kawen dua biar dia x dapat (seks) dari aku dahh. Padan muka dia?? hikhik," kata wanita itu yang dipetik dari laman sosialnya itu.
Jika marah sangat sekali pun pada suami, hal ehwal "dalam kelambu" rasanya tidak perlulah dibawa masuk ke dalam Facebook.
Bayangkan sekiranya ibubapa, anak-anak, saudara mara, sahabat handai dan sebagainya terbaca status yang agak "daring" itu. Apa agaknya yang terbayang di fikiran mereka tentang kita?
Rasanya, tidak perlulah rendahkan maruah dan cerita kita yang terlampau peribadi di depan khalayak umum. Satu dunia boleh tengok nanti, bukan?
Islam sememangnya mewajibkan pada para suami memberi nafkah seks (batin) kepada isteri. Namun tidaklah dinyatakan kewajipan tersebut wajib dan mesti diberikan pada malam Jumaat atau masa-masa yang tertentu.
Syurga seorang isteri itu berada di bawah tapak kaki suami dan sekiranya si isteri tidak berpuas hati dengan "layanan" suami maka sewajarnya dia meluahkan rasa hati secara "one by one" dengan suaminya dengan kaedah yang berhikmah supaya tiada berlaku salah faham.
Ketiga,selami dan fahamilah tujuan sebenar pernikahan dalam Islam. Mohon jangan kaitkan pernikahan itu hanya semata-mata berteraskan nafsu, namun lebih menjurus ke arah ibadah kepada Allah SWT, bukan? Wallahu'alam. -KedahNews.com
0 comments:
Post a Comment