Kisah Mayat Budak 2 Tahun Bangun Mintak Air Dan Kemudian Mati Kali Kedua..
Di petik dari news.com.au, Kelvin Santos disahkan telah meninggal dunia di hospital Belem , pada Jumaat malam, kerana penyakit pneumonia (radang paru- paru) . Jasad kanak-kanak ini kemudian dibawa pulang ke rumah keluarganya untuk dikebumikan keesokan harinya.
Namun, peristiwa mengejutkan terjadi pada keesokan hari, ketika upacara pengebumian Kelvin hendak dilaku. Satu jam sebelum upacara pengebumian, Kelvin secara mengejut terbangun dan duduk di dalam kerandanya . Kemudian dia meminta air minum kepada ayahnya.
“Ayah, aku mahu air minum , “ ucap Kelvin yang mengejutkan para tetamu.
” Semua orang mulai menjerit, kami benar- benar tidak percaya dengan apa yang kami lihat . Kami berfikir , keajaiban telah terjadi dan putra kami telah hidup kembali, ” ujar si ayah , Antonio Santos kepada media Brazil, PRO .
Tapi malangnya, beberapa saat kemudian Kelvin kembali terbaring di dalam keranda. Ketika ayahnya berusaha membangunkan kembali , Kelvin tidak bertindak balas. “Kemudian Kelvin kembali terbaring , seperti sebelumnya . Kami tidak boleh membangunkannya . Dia meninggal lagi , “ terang Antonio .
Tidak menyerah , Antonio segera membawa anaknya ke hospital dan berharap kembali ada keajaiban. Namun , doktor yang memeriksa Kelvin menyatakan tidak ada tanda -tanda kehidupan pada tubuh anak kecil tersebut.
” Mereka meyakinkan saya bahawa dia benar- benar telah meninggal dan sama sekali tidak dapat memberi penjelasan tentang apa yang baru saja terjadi kepadanya ,” tuturnya.
Pihak keluarga memutuskan untuk menunda pemakaman Kelvin selama 1 jam dan berharap dia akan terbangun kembali. Tapi pekara itu tak berlaku. Kelvin akhirnya dikebumikan di tanah perkuburan tempatan, pada waktu petang Sabtu.
Walaupun demikian, ayah Kelvin tetap merasa ada pekara yang tidak diselesaikan dalam pemeriksaan anaknya. Antonio pun membuat laporan kepada polis soal dugaan penyelewengan dan polis telah memulakan siasatan keatas kes itu. Walaupun pihak berkuasa tempatan menyatakan Kelvin meninggal untuk kedua kali akibat kegagalan jantung.
“Lima belas minit selepas berusaha menyedarkan dia kembali, doktor datang kepada saya dan memberitahu bahawa dia telah meninggal dan menyerahkan jasadnya kepada saya. Mungkin mereka tidak memeriksanya dengan betul. Orang mati memang terkadang tidak boleh terbangun begitu saja dan berbicara. Saya hanya ingin mencari kebenarannya,” ujar Antonio .
0 comments:
Post a Comment