Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Tanda-Tanda Dicintai Rabbul Jalil!!




1) Terjaga dari pesona dunia


Allah tidak akan membiarkan orang yang dicintaiNya terpesona dengan dunia dan dunia menguasainya. Jika selama 24 jam dalam sehari, seseorang banyak mengingati Allah, maka itu tandanya Allah mencintainya.


2) Taat beragama

Walaupun seseorang baru melangkah satu langkah menyambut ketaatan kepada Allah dengan menjalankan ajaran agama, maka yang demikian adalah petanda Allah mencintainya.

Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah memberi dunia kepada orang yang mencintai dunia dan juga kepada orang yang tidak mencintainya, tetapi Dia memberi agama hanya kepada orang yang Dia cintai.


Barangsiapa diberi agama oleh Allah, maka Dia telah mencintainya."Jadi, jika seseorang mula tergerak untuk mempelajari dan mengamalkan ajaran agama, maka itu petanda bahawa ia dicintai Allah.


3) Mendalami agama

Ini juga dapat diperoleh secara bertahap seperti ketaatan beragama. Pada mulanya ia mungkin tidak memahami Islam sedikit pun, kemudian sedikit demi sedikit mula mempelajari Al-Quran dan dasar-dasar agama, lalu meningkat mempelajari agama secara mendalam,dan akhirnya dikenali sebagai ahli agama.


4) Sikap lemah lembut

Apabila ia dianugerahi sifat lemah lembut sehingga menjadi hamba yang penyantun, maka sebenarnya ia dicintai oleh Allah.

Sebaliknya,orang yang tidak mampu mengawal dirinya,walaupun hanya kerana persoalan yang kecil sahaja, ini akan membuatkan ia jauh dari dicintai Allah.


5) Diberi kemudahan melakukan ketaatan

Allah akan mudahkan jalan-jalan kebaikan bagi orang-orang yang dicintaiNya.


6) Diberi kesulitan melakukan kemaksiatan

Allah akan menutup kesempatan dan jalan kepada kemaksiatan bagi orang-orang yang dicintaiNya.


7) Husnul khatimah

Akhir hayat orang yang dicintai Allah akan ditutup dengan pengakhiran yang baik. Ada sebahagian orang yang semasa hidupnya nampak taat pada ajaran agama, akan tetapi ketika meninggal dunia,amal perbuatannya adalah menentang Allah.


Kerana itu, sepatutnya setiap orang perlu bimbang akan kematiannya saat sedang dalam kemaksiatan. Sebaliknya, amal-amal ketaatan hendaklah sentiasa dijaga agar husnul khatimah menjadi penutup usia.


Sumber: Perkongsian dari whatsapp


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ