Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Noktah Pilu Cinta Mazuin Hamzah!!!




Mazuin Hamzah merupakan seorang penyanyi, pemuzik dan pelakon yang berasal dari Ipoh, Perak, Malaysia. Beliau juga merupakan salah seorang bekas anggota kumpulan Quinary M yang terdiri daripada adik-beradiknya. Beliau mempunyai seorang abang iaitu Mazlan Hamzah dan pernah membuat persembahan pentas bersama-sama.[1] Beliau seringkali muncul untuk rancangan Mekar Sejambak terbitan RTM pada sekitar tahun 1980-an. Beliau pernah mendapat liputan media secara meluas melalui perkahwinan dengan Pengiran Muda Sufri Bolkiah. Beliau mempunyai hubungan kekeluargaan bersama Amy Mastura sebagai sepupu.

Dalam membicarakan jodoh pertemuan kita tidak seboleh-bolehnya terlupa bahawa di hujung kedua-duanya ada perceraian. Sebagai manusia kita hanya mampu berharap dan berusaha yang terbaik melalui doa dan ikhtiar.

Sehinggakan kita merasakan setiap yang dipohonkan itu sesuatu yang terbaik dan tepat dalam hidup. Sebetulnya, yang terbaik dan tepat bagi kita hanyalah yang ditakdirkan oleh Yang Maha Esa.

Sebagai manusia kita juga perlu akur dan reda bahawa setiap sesuatu akan sampai ke titik noktahnya. Demikian jugalah ketentuan yang sudah ditakdirkan terjadi kepada jodoh bekas artis popular tahun 80-an, Mazuin Hamzah dengan adinda Sultan Brunei Darussalam, Pengiran Muda Sufri Bolkiah.

Kekuatan cinta yang bersemi bermula dari sepasang kekasih sehinggalah sebagai suami isteri yang terjalin selama hampir 17 tahun akhirnya rapuh juga.


Episod cinta Mazuin dengan Pengiran Muda Sufri Bolkiah bermula pada 10 Julai 1987.



 Pertemuan pertama mereka di Vila Cinta Bersemi (kediaman Sufri di Jalan Ampang, Kuala Lumpur) telah memberi kesempatan untuk sama-sama bertentang mata.

Bagaimanapun, itu bukanlah pertemuan rasmi oleh Mazuin tetapi sebaliknya, rombongan artis Malaysia yang menyertai Mekar Sejambak dipelawa untuk bermesra dengan Sufri sebelum rombongan itu dijemput ke Bandar Seri Begawan untuk meraikan baginda sempena majlis ulang tahun kelahirannya pada penghujung Julai 1987.

Rombongan artis Malaysia mendapat layanan yang cukup hebat dan beliau pula sudah tentu mendapat perhatian Sufri yang memastikan sambutan dan layanan kepadanya itu bertaraf lima bintang.

Sebelum beliau dan rombongan artis pulang ke Malaysia, Sufri memberanikan diri untuk mengadakan pertemuan dengan Mazuin yang ditemani ibunya, Maimon.

Di ruang pejabat Istana Nurul Hana, Sufri telah menyuarakan hasrat hatinya untuk meminang Mazuin. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan dalam majalah URTV, Sufri terlebih dahulu bertanyakan sama ada beliau mempunyai pilihan hati sebelum meminangnya.

Tergamam dengan pertanyaan oleh Sufri, Mazuin menggelengkan kepala. Maimon yang setia menemani anaknya itu juga ditanya oleh Sufri tentang kesediaan untuk menerima kehadirannya sebagai menantunya.

Maimon lebih senang membiarkan keputusan itu dibuat oleh Mazuin sendiri kerana berpendapat, pada usia 23 tahun adalah lebih baik jika Mazuin sahaja yang menentukan masa depannya.

Setelah kata sepakat dicapai, selang seminggu selepas pertemuan di Bandar Seri Begawan, Sufri berlepas ke Kuala Lumpur dengan jet peribadinya untuk melamar Mazuin.

Berita itu juga mendapat perhatian akhbar Utusan Malaysia yang berjaya mendapatkan pengakuan eksklusif Sufri yang mengesahkan baginda sudah melamar Mazuin. Cinta di antara mereka bermula selepas detik itu.





Persiapan dalam jangka masa berbulan-bulan dilakukan sehinggalah kepadamajlis pernikahan dan persandingan yang berlangsung secara gilang -gemilang. Mereka telah dinikahkan pada 11 Disember 1987.

Beliau juga pernah dikenali dengan nama "Pengiran Bini Mazuin Hamzah" selepas melangsungkan perkahwinan.

Mazuin juga menjadi artis wanita pertama yang diangkat kedudukannya sebagai permaisuri kepada kerabat diraja bagi antara negara paling kaya di dunia. Majlis perkahwinan mereka juga dikatakan kekal sebagai perkahwinan paling gemilang dalam kalangan artis tempatan sehingga ke hari ini.





Mereka telah memperoleh cahaya mata pertama yang bernama "Pengiran Anak Ajeerah Firdausul Bolkiah"
pada 7 September 1988. Namun, tiada siapa yang pernah menyangka perkahwinan itu berakhir dengan
noktah yang cukup pilu.

Sehingga kini, Mazuin sukar untuk dijejaki oleh para wartawan bagi mendapatkan reaksinya.




Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien berkahwin sebanyak empat kali iaitu:

Pertama -

Pangiran Anak Istri Pangiran Anak Salma bt Pengiran Anak Muhammad Salleh (14.07.1971 - 1981),

Kedua -

Dayang Hajjah Siti Ruhaizah binti Ibrahim (20.02.1982 - 1986),

Ketiga -

Dayang Hajjah Mazuin binti Hamzah (11.02.1987 - 2003)

Akhir sekali-

Pengiran Bini Hajah Faizah bt Dato' Hj Nasir (1999 - sekarang -ibu saudara Fazura).




Hasil daripada empat perkahwinan ini beliau dikurniakan dengan tiga orang putera dan tujuh puteri.

Jurucakap bagi Suruhanjaya Tinggi Brunei Darussalam juga tidak mahu mengumumkan perkara mengenai
perceraian mereka kepada peminat atau wartawan kerana bersifat peribadi.

Yang ada hanyalah catatan-catatan silam yang penuh dengan coretan manis Mazuin khususnya sebelum beliau berkahwin dengan Sufri.

Selain itu, catatan hidup Mazuin ada signifikannya dengan lirik lagu "Penjara Cinta" hasil nyanyiannya
sebelum berkahwin.Sehingga kini, Mazuin sukar untuk dijejaki bagi mendapatkan reaksinya. Yang ada hanyalah catatan-catatan silam yang penuh dengan coretan manis Mazuin khususnya sebelum dia menduduki takhta di istana.

Mazuin tidak pernah meminta kehidupannya ditakdir sedemikian rupa tetapi hakikatnya musim-musim indah yang pernah dilewatinya sudah berakhir.

Sebahagian daripada kehidupan Mazuin diterjemahkan ke dalam lirik "Penjara Cinta" yang antara lain menyebut...

bagai merpati Sepi disangkari

Tiada keindahan

Tak berteman

Tiada kebebasan

Tiada kedamaian

Hatiku berduka Terpenjara...


Lirik penuh bermakna oleh Seri Bayu ini bagaikan menjelaskan segala-galanya mengenai kehidupan wanita bernama Mazuin Hamzah.


Walaupun mazuin sekarang sudah tidak bersama lagi, mazuin masih lagi menetap(istana) di Brunei dan dengar cerita anak anak mazuin bersekolah diluar negeri, dan mazuin juga masih lagi dlm kategori VIP.


Sumber: wikipedia / Utusan


1 comments:

Harta & pangkat tidak menjamin kebahagiaan sama sekali.. :'(

11 October 2014 at 12:51 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ