Geopolitik: Malaysia ‘BIDAK’ Amerika Untuk ‘MEMBUNUH’ Cina dan Russia? (Bah 1)
Geopolitik: Malaysia ‘BIDAK’ Amerika Untuk ‘MEMBUNUH’ Cina dan Russia? (Bahagian 1)
Oleh Bluee Oocean a.k.a Lautan Biru.
BO percaya penurunan harga minyak dari paras setinggi USD110 setong pada bulan Oktober 2014 ke serendah USD45 baru baru ini adalah konspirasi Amerika beserta sekutunya di Barat dan di dalam Opec untuk melemahkan pengaruh gagasan BRICS yang di ketuai oleh Cina dan Russia. Buktinya Russia adalah negara yang paling teruk terjejas dengan kejatuhan harga minyak dunia kerana 40% daripada sumber pendapatan negara tersebut bergantung kepada ekspot minyak.
Apa itu BRICS dan kenapa ia begitu di geruni oleh Amerika..?
Gagasan BRICS adalah gagasan 5 negara iaitu Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan yang di tubuhkan pada tahun 2009 untuk mengimbangi pengaruh dan penguasaan Barat yang di ketuai oleh Amerika selama ini ke atas ekonomi Dunia.
Antara yang menjadi kegusaran Amerika ialah apabila BRICS yang mewakili lebih 45% penduduk di dunia telah menandatangani perjanjian untuk tidak lagi mengunakan matawang dollar Amerika di dalam perdagangan antara negara sesama mereka. Satu tindakan yang jelas mencabar Amerika kerana nilai matawang USD selama ini adalah bergantung semata mata kepada hakikat yang ianya adalah matawang yang di gunakan di dalam perdagangan antara negara negara di dunia.
Dan yang paling di takuti oleh Amerika ialah jika negara negara BRICS terutama Cina yang mempunyai lebih USD 4 trillion di dalam rezab matawang asing nya melepaskan pegangan mereka ke atas matawang tersebut ke dalam pasaran matawang dunia. Jika berlaku, ianya di jangka akan mencetuskan ‘penjualan panik’ matawang dollar oleh negara negara negara lain di dunia yang menjadikan Dollar Amerika sebagai rezab matawang asing. Rasionalnya untuk mengelakan kerugian matawang USD di dalam simpanan mereka akibat kejatuhan mendadak matawang tersebut.
Kesan nya, bertrillion matawang dollar akan kembali semula ke kitaran ekonomi Amerika yang akan menyebabkan belaku nya ‘hyper inflation’ yang bakal meranapkan ekonomi negara tersebut. Dan ekonomi Amerika ketika itu boleh di gambarkan di dalam situasi di mana rakyat nya akan memerlukan satu kereta sorong matawang Dollar hanya untuk membeli satu troli barangan runcit di pasaraya.
TPPA; Senjata Amerika keatas BRICS dan Cina terutama nya…
Jadi sesatu pilihan yang ada kepada Amerika ialah dengan melemahkan pakatan kelima lima negara di dalam BRICS secara ekonomi kerana kuasa besar seperti Cina dan Russia yang memiliki aset ketenteraan yang besar termasuk senjata nuklear tidak akan mampu di tundukan dengan kuasa ketenteraan.
Senjata utama Amerika ialah dengan menubuhkan sebuah pakatan ekonomi yang di kenali sebagai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) . Pakatan ekonomi 12 negara yang tujuan tesirat nya adalah semata mata untuk meluaskan AGENDA Amerika iaitu dengan ‘mengasingkan’ negeri Cina dengan negara negara rakan niaga utama nya di Asia dan di pesisir Pasifik. Malaysia sebagai contoh adalah rakan niaga Cina yang ke 7 terbesar di dunia di ikuti dengan Jepun, New Zealand dan lain lain.
Setakat ini tidak banyak yang diketahui tentang syarat syarat di dalam perjanjian tersebut kerana semua negara yang terlibat tidak di benarkan untuk mendedahkan isi kandungan sebenar perjanjian kepada rakyat mereka. Bagaimana pun daripada dokumen dokumen yang di bocorkan oleh Wikileaks di percayai bahawa semua syarat syarat di dalam perjanjian tersebut adalah di tulis oleh Amerika. Syarat syarat yang antara lain ‘memaksa’ negara terlibat untuk meminda undang undang yang sedia ada di negara mereka bagi menjadikan ekonomi negara tersebut lebih terbuka bagi syarikat syarikat asing untuk beroperasi dengan bebas dan tanpa sebarang sekatan. Dan negara negara terlibat juga ‘tidak di galakkan’ untuk berniaga dengan negara negara yang undang undangnya tidak menepati standard ‘keterbukaan’ negara penandatangan TPPA.
Tetapi agenda dan jadual Amerika tergendala apabila tekanan demi tekanan yang di kenakan keatas negara negara yang telibat untuk menandatangani perjanjian tersebut semenjak tahun 2009 masih lagi belum membuahkan sebarang hasil. Ini kerana negara negara yang terlibat terutama Malaysia dan New Zealand menerima tekanan yang hebat dari rakyat negara mereka untuk menolak perjanjian yang di lihat berat sebelah dan lebih memihak kepada hasrat dan agenda Amerika.
Bagaimanapun Amerika telah memberi garis masa (dateline) untuk semua negara terlibat menandatangani perjanjian tersebut menjelang bulan April 2015 setelah garismasa bulan November 2014 lalu gagal.
Ikuti bahagian ke 2 artikel ini untuk mengetahui ……Apa Peranan Malaysia Bagi Amerika?
Nota: Ini adalah pendapat peribadi BO namun ia cukup menarik untuk dikongsikan bersama
0 comments:
Post a Comment