Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Satu-satunya Puncak Gunung Yang Dilitupi Salji Kekal di Asia Tenggara


Satu-satunya Puncak Gunung Yang Dilitupi Salji Kekal di Asia Tenggara



Ianya adalah sesuatu yang menakjubkan, di sebuah negara tropika, terdapatnya puncak pergunungan yang dilitupi oleh salji kekal sepanjang tahun. Di sini, pemandangan yang terhidang ibarat melihat pemandangan hamparan salji di negara-negara Eropah.

Pegunungan Jayawijaya adalah nama untuk deretan pegunungan yang terbentang memanjang di tengah wilayah Papua Barat dan Papua (Indonesia) hingga Papua New Guinea di Pulau Irian. Sebelum penyatuan Papua Barat ke Indonesia, pegunungan ini dikenal dengan nama Pegunungan Orange.

Deretan Pegunungan yang mempunyai beberapa puncak tertinggi di Indonesia ini terbentuk kerana pengangkatan dasar laut ribuan tahun silam. Meskipun berada di ketinggian 4800 meter dari aras laut, fosil kerang laut, misalnya, dapat dilihat pada batuan gamping dan klastik yang terdapat di Pegunungan Jayawijaya. Disebabkan itu, selain menjadi syurga para pendaki, Pegunungan Jayawijaya juga menjadi syurga para peneliti geologi dunia.


Pegunungan Jayawijaya juga merupakan satu-satunya pegunungan dan gunung di Indonesia dan Asia Tenggara yang memiliki puncak yang tertutup oleh salji abadi, walaupun bukan keseluruhan puncak dari gugusan Pegunungan Jayawijaya memiliki salji. Salji yang dimiliki oleh beberapa puncak bahkan saat ini sudah hilang kerana perubahan cuaca secara global.















Sumber: billyinfo.blogspot.com


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ