Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Freemason Dan Simbol-Simbol Mereka.


Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah SWT, oleh kerana Freemason itu adalah sebuah organisasi yang sudah berabad-abad usianya, sehingga dapat dikatakan bahawa ia adalah sebuah organisasi yang sudah senior di kalangan orang-orang Yahudi dalam usaha mereka untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah SWT, maka semestinya program-program Yahudi ini tidak asing lagi bagi orang-orang yang mahu mencermati keadaan dunia hari ini.

Dan kajian kita ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengingatkan kembali akan peranan kita sebagai Muslim, bahawa orang-orang Yahudi itu telah merancangkan, berbuat, malah bergiat aktif dalam menyebarkan program-program mereka. Adakah kita menyedari bahaya tersebut atau tidak; dan adakah usaha kita sebagai Muslim melakukan reaksi terhadap bahayanya itu iaitu sekurang-kurangnya mencegah diri dan keluarga kita daripada murka Allah SWT baik akibatnya itu terpulang kepada maslahat diri sendiri ataupun kepada maslahat bagi umumnya kaum Muslimin.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah SWT,

Kita akan membahagi kajian ini ke dalam dua bahagian:

1)  Freemason dan simbol-simbol mereka
2)  Freemason dan Program Antarabangsanya

Semoga dengan mengetahui hal ini akan menjadikan kaum Muslimin berwaspada terhadap berbagai fenomena yang terjadi di sekitar kita.

SIMBOL-SIMBOL FREEMASON

Freemason adalah The Shadow (Bayang-Bayang) atau Invisible Hand (Tangan Tersembunyi) yang secara senyap-senyap mengendalikan pemerintahan-pemerintahan dunia, sistem kewangan dan bahkan arus informasi (dari media-media massa). Tujuan utama mereka adalah menciptakan sebuah Tatanan Dunia Baru (New World Order) yang dikendalikan sepenuhnya oleh para Mason.

Freemason Yahudi banyak menggunakan simbol-simbol, di mana setiap simbol tersebut memiliki erti tertentu. Berikut ini akan kita bahas sebahagian di antara sekian banyak simbol yang digunakan oleh Freemason Yahudi di berbagai belahan dunia, termasuk di Malaysia. Bagi sesiapa sahaja yang membaca, mendalami, juga menjejaki melalui berbagai media terutama internet; maka simbol-simbol yang akan kita bahas ini adalah bertebaran sangat banyak di dalamnya, di mana semuanya menjelaskan tentang simbol-simbol berikut yang hujung pangkal daripada simbol tersebut adalah berpangkal dari Yahudi dan Freemason.

Yang berikut ini, hendaklah kaum Muslimin menajamkan pandangannya dan memerhatikan adakah simbol-simbol seperti ini ada di sekitar kita:

1) Ciri khas bentuk bangunan dan Loji Freemason serta peranannya


a) Bangunan Freemason dan Loji (tempat ibadah mereka) memiliki ciri khas pintu masuk, berupa pasangan tiang Boaz dan Jachin.

Apakah makna dari Boaz dan Jachin itu?

Di dalam laman web templesecrets.info, dijelaskan bahawa tiang Boaz bermakna Kekuatan yang mewakili Raja Daud (Nabi Daud a.s ) dan tiang Jachin bermakna Kestabilan yang mewakili Raja Sulaiman (Nabi Sulaiman a.s), yang mana dalam pandangan Yahudi merupakan dua orang raja yang paling berpengaruh dalam merancangkan dan mendirikan tempat peribadatan Yahudi.

Kemudian dalam laman web simbolicliving.com dijelaskan bahawa kedua-dua tiang tersebut merupakan pasangan, di mana tiang Boaz disimbolkan dengan Bola Dunia, yang membawa unsur kekuatan Bumi yang terdiri daripada Khatulistiwa, Lautan dan Benua. Sementara tiang Jachin disimbolkan dengan Bola Ramalan Zodiak, yang membawa unsur kekuatan Langit yang terdiri daripada Api, elemen-elemen Surgawi dan Zodiak yang sangat berpengaruh pada jiwa manusia.

Yang berikut adalah berbagai foto yang menunjukkan betapa konsep sepasang tiang Boaz dan Jachin ini banyak bertebaran di sekitar kita, antara lain pada bangunan-bangunan dengan bentuk Twin Tower seperti Twin Tower di Astana – ibu kota Kazakhstan, World Trade Center di New York; bahkan pada hiasan Olimpik 1996 di Atlanta, produk arak, kad Tarot, logo-logo syarikat seperti Citibank, cover buku Harry Potter dan sebagainya.







Perhatikan kesamaan di antara keduanya, the Statue of  Liberty berada di antara the World Trade Center, sebagaimana gaya yang serupa terdapat pada kad Tarot “the High Priestess”.


Konsep tiang “Jachin and Boaz” tertera pada logo Citibank, cover buku Harry Potter dan produk arak J&B

Terlihat pada cover buku “Harry Potter and the Sorcerer’s Stone” ini, pelakon Harry Potter dipaparkan berada di antara 2 tiang Masonik. Siri Harry Potter adalah buku cerita anak-anak yang secara halus berupaya menjadikan anak-anak di berbagai penjuru dunia tertarik pada dunia sihir.


Tiang Boaz dan Jachin juga tampak pada poster “USA Masonic Presidents”

Dalam laman web mereka sendiri (masonsmart.com), dijelaskan data-data Presiden Amerika yang merupakan anggota Freemason, antara lain adalah: George Washington, James Monroe, Andrew Jackson, James Polk, James Buchanan, Andrew Johnson, James Garfield, William McKinley, Theodore Roosevelt, Howard Taft, Warren Harding, Franklin Roosevelt, Harry Truman, Gerald Ford. Dan dalam laman web lain (mastermason.com), yang juga termasuk anggota Freemason adalah Ronald Reagan, Bill Clinton, George Bush.

b)    Bangunan Freemason memiliki ciri khas lantai berbentuk papan catur hitam putih


Sebagaimana dijelaskan dalam buku “An Encyclopedia of Freemason and its Kindred Sciences” tulisan Albert Mackey, maka simbol lantai papan catur adalah: “The mosaic pavement in an old symbol of the Order. It is met with in the earliest upacaras of the last century. It is classed among the hiasants of the lodge along with the indented tessel and the blazing star. Its party-colored stones of black and white have been readily and approlelakitely interpreted as symbols of the evil and good of human life.”

Jadi menurut mereka, lantai berwarna hitam putih itu mewakili lantai Kuil Raja Sulaiman yang juga merupakan simbol dualiti antara kebaikan dan keburukan dalam kehidupan manusia.



Perhatikan pula betapa simbol lantai papan catur ini pun tertera dalam kad Tarot “La Papesse”, yang merupakan simbol dualiti sebagaimana simbol Yin dan Yang (yang tergambar pada buku yang ada pada genggaman La Papesse tersebut)



Lantai papan catur tersebut juga menjadi dekorasi majlis perkahwinan putera William dari kerajaan Inggeris, dan muncul pula dalam siri kartun “Bart Simpson”, serta pada cover album muzik Michael Jackson yang berjudul “Blood on the Dance Floor”.


Checker-board tampak mewarnai dekorasi pesta perkahwinan keluarga kerajaan Inggeris


Checker-board dan simbol-simbol Masonik pada filem kartun “Bart Simpson”


Checkered Floor juga terlihat pada cover album music Michael Jackson

c)     Pada bangunan Freemason terdapat ciri khas simbol Jangka Kompas

Apakah sebenarnya erti Jangka dan Kompas itu bagi Freemason?
Di dalam buku berjudul “Morals and Dogmas”, yang ditulis oleh seorang tokoh terkemuka Freemason bernama Albert Pike, beliau menulis sebagai berikut tentang jangka dan kompas tersebut:

“Siku-siku / jangka adalah suatu simbol yang semula jadi dan tepat dari bumi ini dan apa-apa yang dimilikinya, berasal daripadanya dan berkenaan dengannya. Adapun Kompas adalah suatu simbol yang semula jadi  dan tepat bagi Langit dan semua hal yang berhubungan dengan surgawi dan alam surga…. Foto hemaproditik adalah  simbol dari alam berganda yang sejak dahulu diberikan kepada sang Dewa, sebagai sang Pembangkit dan sang Penghasil, sebagaimana Brahma dan Maya bagi bangsa Arya, Osiris dan Isis bagi bangsa Mesir. Sebagaimana Matahari adalah lelaki, maka Bulan adalah wanita…”




Jadi dengan kata lain, Jangka dan Kompas adalah simbol yang mereka ambil daripada paganisme bangsa Arya dan Mesir Kuno yang menyembah Bulan dan Matahari.

Sedangkan simbol huruf  “G” pada Jangka Kompas itu sebagaimana dijelaskan oleh orang Barat sendiri iaitu Dr. Cathy Burns dalam bukunya “Masonic and occult symbols illustrated” di mana beliau membongkar rahsia di sebalik simbol-simbol Freemason yang ternyata banyak berkaitan dengan simbol-simbol okultisme (sihir). Dia menyatakan bahawa: “Anggota Mason yang masih baru, yang berada pada level Biru, maka padanya diceritakan bahawa “G” adalah singkatan kepada Geometri atau God (Tuhan). Tetapi Eliphas Levi, seorang okultis yang banyak menukilkan kata-kata Albert Pike dalam bukunya “Moral dan Dogma”, beliau menjelaskan bahawa sesungguhnya “G” yang oleh Freemasons diletakkan di tengah-tengah Bintang yang Bersinar adalah mewakili Gnosis dan Generasi, iaitu dua kata suci yang berasal daripada Kabala Kuno”.

Simbol Mason seperti Jangka-Kompas & simbol Bintang Hexagram (Bintang David) juga dapat ditemui di berbagai bangunan monumen, seperti di Washington DC Amerika, di airport Denver, bahkan di airport Iran.





2) Simbol Tugu Obelisk.

OBELISK adalah monumen batu monolitik berasal daripada kebudayaan pagan Mesir Kuno, merupakan simbol nyalaan api yang mengarah ke atas sebagai pemujaan terhadap Dewa Matahari (Helios/Ra Goddes). Matahari merupakan tuhan tertinggi kaum pagan. Yang berikut ini adalah Obelisk yang didirikan oleh Firaun Ramses II & Ratu Hatshepsut.



Simbol pagan obelisk ini tersebar di berbagai negara, mulai dari Vatican, New York, London, Paris, Washington DC bahkan MONAS di Jakarta.



3) Segi tiga piramid dan Mata Satu adalah simbol Freemason.

Horus adalah Dewa Matahari. Mata Horus menurut mereka merupakan simbol mistik daripada kekuatan gelap yang bermakna Maha Tahu dan Maha Melihat, yang terlukis dalam hierogliphs (Tulisan Mesir kuno) pada dinding-dinding Piramid dalam kepercayaan Mesir kuno.



Piramid merupakan lambang Firaun, simbol suatu Hierarki Kekuasaan. Sedangkan Mata Satu (The all seeing eye) itu melambangkan bahawa pengendalian dunia di bawah pengawasan mata Lucifer atau mata dewa orang Mesir Kuno yang merupakan tuhan mereka yang selalu mereka kunjungi di celah-celah pertemuan rahsia yang diadakan oleh para penganut Freemason.

Perhatikan betapa simbol Piramid dan Mata Satu itu banyak bertebaran di sekitar kita, contohnya pada wang 1 dollar Amerika.

Simbol Piramid dan Mata Satu (Mata Horus) pada Wang 1 dollar Amerika ini merupakan simbol Freemason yang diambil oleh mereka daripada Berhala Mesir Kuno tersebut.



Kemudian perhatikan betapa simbol tersebut dibentuk dengan gerakan tangan oleh Mr. Spock di filem Star trek, dan simbol itu juga muncul di filem kartun kanak-kanak seperti South Park, Tom and Jerry, Nickelodeon, atau menjadi maskot pada Olimpik 2012 di London dan sebagainya.





Banyak di kalangan kaum Muslimin yang merasa tenang apabila anak-anak mereka menonton filem kartun di tv-tv mereka, kerana beranggapan bahawa filem kartun itu lebih aman dibandingkan apabila anak mereka menonton drama tv atau seumpamanya. Mereka tidak sedar bahawa Freemason telah membidik seluruh media massa, sehinggakan filem-filem kartun yang direka khas untuk anak-anak kecil sekali pun telah menjadi arena untuk menyelipkan simbol-simbol Freemason Yahudi atau ajaran mereka. Anak-anak sejak kecil sudah diajarkan untuk terbiasa dengan simbol-simbol sihir yang disusun dengan cara menarik, lucu, berwarna-warni dan menyenangkan bagi anak-anak; namun pada hakikatnya mereka itu telah dibiasakan sejak kecil untuk menerima simbol-simbol sihir ini sehingga tentunya apabila mereka dewasa akan lebih mudah untuk menerima ajaran Freemason Yahudi.

LOGO adalah suatu bentuk gambar dengan erti tertentu, dan mewakili suatu erti dari perusahaan, daerah, perkumpulan, produk, negara, organisasi dan hal-hal lainnya yang dianggap memerlukan hal yang singkat dan mudah untuk diingat sebagai pengganti nama sebenarnya. Perhatikan juga betapa berbagai logo syarikat di bawah ini menggunakan simbol berbentuk Piramid dan Mata Satu:



Bahkan beberapa bangunan seperti bangunan Olimpik di China, rumah seorang supermodel bernama Naomi Campbell, dan Bulatan Hotel Indonesia pun mengambil simbol Mata Satu ini.



Adapun simbol piramid tampak diambil dalam berbagai bangunan seperti piramid di Museum Lovre Perancis, Summum piramid di kota Salt Lake City – USA, Trans Amerika Piramid di San Fransisco, Piramid di Astana Kazakhstan, Piramid di Goja Music Hall Prague, dan perhatikan juga betapa kota Surabaya pun ternyata memiliki piramid dan obelisk:


 
4)  Simbol Baphomet

Baphomet  adalah Dewa Romawi Kuno, yang menjadi lambang pemujaan syaitan. Patung Baphomet ini antara lain ditemukan di kuil Templar, dan banyak digunakan sebagai simbol Freemason.

Daniel T. Lewis yang mempelajari tentang simbol-simbol sihir menjelaskan dalam laman webnya lewisdt.com tentang gambar Baphomet ini sebagai berikut:

“….Hermes adalah analogi (dewa) Mercurius dari Romawi (bintang pagi lainnya). Menurut mitologi, Hermes tergoda oleh Venus  dengan bantuan Zeus. Dia melahirkan seorang anak lelaki bernama Hermaphroditos. Pan juga dianggap sebagai anak lelaki Hermes. Hermaphroditos adalah keturunan biseksual dari utusan dewa Hermes (Mercury) dan Aphrodite (Venus), dewi cinta. Jadi Hermaphroditos dikenali dengan Baphomet, Ying-Yang, dan kambing Mendez.”


 
George Washington iaitu Presiden Amerika Syarikat yang pertama (1789-1797 M), juga merupakan seorang anggota Freemason.


 
Tercatat dalam sejarah bahawa pada 18 September 1793, Freemason yang telah berjaya menguasai Amerika, dengan Presiden Amerika Syarikatnya yang seorang Freemason kemudian meletakkan batu dengan ukiran jangka dan kompas di hadapan bangunan Capitol Building di Washington DC.



Perhatikan ternyata patung George Washington yang dipahat oleh Horatio Greenough (tahun 1840), dan sekarang berada di National Museum Of American History itu direka bergaya Baphomet.



Seorang anggota kongres dari negara bahagian Virginia bernama Henry Wise yang melihat patung George Washington, telah menunjukkan kehairanannya terhadap gaya patung tersebut, dengan berkomentar,

“Dia (Horatio Greenough – sang pemahat) tidak pernah dalam hidupnya melihat Washington melepaskan pakaiannya, lalu mengapa dia menggambarkan George Washington seperti itu? Hmmmm…”

5) Simbol Obor Freemason (The Masonic Torch)

Dari manakah asal-usul simbol api Obor yang seringkali digunakan oleh Freemason?

Ternyata ia pun berasal daripada kepercayaan paganisme. Sebagaimana dijelaskan oleh Daniel T. Lewis yang banyak mendalami simbol-simbol sihir dalam laman webnya lewisdt.com bahawa:

 “Api yang berada pada dahi Baphomet itu merupakan simbol dari sang pembawa cahaya (Lucifer atau Hermes”)

Dengan kata lain api itu adalah simbol Syaitan, yang mereka sebut sebagai Lucifer atau Hermes.


Api pada dahi Baphomet adalah simbol syaitan Lucifer/Hermes

Hal ini mengingatkan kita akan firman Allah SWT dalam Surah Sad ayat 76:

Dia (Iblis) menjawab “Aku lebih baik daripadanya. Engkau ciptakan daku daripada api, sedang dia Engkau ciptakan daripada tanah”.

Dalam mitologi Yunani Romawi Kuno, Daniel T. Lewis menjelaskan kembali dalam laman webnya bahawa simbol obor api itu juga melambangkan peristiwa di mana dewa Prometheus mencuri api dari gunung Olympus untuk kepentingan manusia. Oleh kerana itu hingga masa ini, Olimpik selalu dilaksanakan dengan upacara paganisme penyalaan obor Olimpik di Yunani.

Dan perhatikan betapa konsep simbol api atau obor dewa Prometheus ini digunakan dalam mereka cipta logo-logo syarikat, simbol-simbol Olimpik, bahkan diabadikan dalam bentuk patung di hadapan bangunan Rockefeller Center di New York, USA.



Bagaimana dengan the Statue of Liberty di New York, yang digambarkan sebagai foto seorang wanita yang membawa obor di tangannya?

Daniel T. Lewis menjelaskan bahawa Frederic Auguste Bertholdi, pemahat yang mengukir the Statue of Liberty itu mengambil inspirasi patungnya daripada paganisme Babylonia dewi Ishtar/Isis iaitu dewi lambang kesuburan, cinta, Penerang Dunia, serta Obor Langit dan Bumi. Digambarkannya dewi Ishtar/Isis pada the Statue of Liberty tersebut menggenggam obor Prometheus.


Perhatikanlah betapa gambaran foto dewi Ishtar/Isis yang memegang obor Prometheus tersebut tidak hanya muncul pada the Statue of Liberty sahaja, tetapi juga diadaptasi pada logo syarikat berikut ini:


 
6) Simbol burung melambangkan Dewa Horus.

Burung ini adalah simbol Dewa Horus pada Berhala Mesir Kuno:



Simbol Dewa Horus ini ternyata muncul pada simbol berbagai negara, antara lain: Lambang Burung Amerika, Simbol Nazi, bahkan Garuda Pancasila.



Bahkan masih banyak lagi berbagai negara di dunia yang menggunakan simbol burung DEWA HORUS ini!


 
7) Simbol Burung Hantu Moloch

 MOLOCH, iaitu burung hantu yang merupakan binatang peliharaan Dewi Athena dalam paganisme, merupakan simbol sihir kerana melambangkan kemampuan melihat di dalam kegelapan.


Kiri atas: Patung burung hantu di Akropolis – Athena. Kanan atas: Pahatan bergambar Burung hantu di Mesir. Bawah: syiling Yunani Kuno.

Simbol MOLOCH ini digunakan dalam upacara-upacara sihir oleh organisasi penyembah syaitan.


Sebuah upacara tampak sedang dilaksanakan di hadapan patung raksasa berbentuk burung hantu yang didirikan pada tahun 1920 berhampiran perkhemahan di Monte Rio, California, USA.

Perhatikan bahawa simbol ini juga digunakan dalam filem Harry Potter. Bahkan simbol MOLOCH ini membentuk lakaran Capitol Hill di Washington DC dan diselipkan pada sudut wang 1 Dolar Amerika, serta terdapat pada hiasan bangunan-bangunan di Broadway, bangunan Woolworth di Manhattan, dan muncul dalam filem-filem kartun Walt Disney contohnya adalah watak Scowl the Owl dalam filem kartun siri Snow White “Happily Ever After” atau dalam filem kartun “Bambi”.




 


8) Simbol Sphinx.

Sphinx dalam paganisme Mesir Kuno melambangkan Firaun sebagai penjelmaan semula dari Dewa Matahari. Patung Sphinx ini ternyata dihasilkan replikanya di hadapan gerbang Loji Mason terbesar di Washington DC, iaitu House of The Temple.


9) Simbol Pentagram dan 666

Pentagram dan 666 adalah simbol Syaitan.

Richard Cassaro, seorang jurnalis dan penulis Amerika yang mempelajari tentang kebudayaan-kebudayaan kuno, dalam tulisannya yang berjudul “The True Occult Secret of the Pentagram” di laman webnya richardcassaro.com, menjelaskan perkataan Gregory H. Peters mengenai Pentagram sebagai berikut:

“Pentagram ini memiliki sejarah yang panjang digunakan untuk okultisme (sihir). Dengan menggunakan sebuah Pentagram yang dibuat dengan binaan yang sederhana, Mephistopheles mampu mewujudkan lingkaran Faust! Kekuatan magis grimoires daripada tradisi esoterik Barat dilengkapi dengan contoh pentagram, digunakan sebagai jimat pelindung atau sebagai segel lingkaran seni yang dilukis di lantai ruangan upacara. Secara harfiah ribuan contoh yang masih ada dari karya Trithemius, Dr John Dee, Heinrich Agrippa, Kircher, Bruno, dan banyak lagi, menunjukkan aplikasi hermetis dan kabalistik daripada Pentagram digunakan dalam upacara-upacara okultisme (sihir).”

Bahkan penjelasan yang lebih tegas lagi datang daripada penyihir Eliphas Levi (Alphonse Louis Constant) dalam bukunya mengenai Pentagram yang berjudul “Transcendental Magic”. Eliphas Levi berkata sebagai berikut:

“Pentagram mendominasi fikiran atas berbagai unsur dan dengan tanda (pentagram/bintang lima) ini kita mengikat syaitan-syaitan dari udara, roh-roh api, para hantu dari air, dan para hantu dari bumi. Ini adalah Bintang Majusi, bintang pembakaran ajaran Gnostik, tanda kemahakuasaan intelektual dan autokrasi. Pemahaman yang lengkap terhadapnya adalah kunci dari dua dunia itu adalah falsafah paling murni dan ilmu pengetahuan yang sejati. Bagaimanapun juga, penggunaannya paling berbahaya bagi operator yang tidak memahaminya secara sempurna dan lengkap. Semua misteri sihir, semua simbol dari gnosis, semua tokoh okultisme, semua Kabalistik kunci ramalan adalah terdapat pada tanda Pentagram, yang didakwa sebagai yang paling besar dan paling kuat daripada semuanya.”

Perhatikanlah betapa simbol ini pun banyak digunakan dalam berbagai logo syarikat/institusi yang tidak asing bagi kita :



Dan betapa banyak negara-negara di dunia ini yang juga menggunakan simbol bintang lima (pentagram) pada bendera mereka:



10) Simbol Bintang Daud (Star of David).

Simbol Hexagram Bintang Daud adalah simbol yang juga banyak digunakan oleh Freemason. Perhatikan bahawa simbol tersebut pun diambil oleh beberapa syarikat yang tidak asing bagi kita ini.


11) Simbol Salam Syaitan.



Dalam sebuah buku berjudul “Satanic Bible” yang ditulis oleh Anton Szandor LaVey,  dijelaskan bahawa Horned Hand  atau The Mano Cornuto adalah simbol gerakan tangan salam Syaitan ini berfungsi sebagai tanda pengenalan di antara para anggota kumpulan penyembah Syaitan.



Salam Syaitan yang dilakukan oleh mereka di hadapan altar Baphomet tersebut adalah untuk menyatakan kepatuhan mereka kepada Syaitan.



Ternyata berbagai Tokoh Politik Dunia terlihat memberikan tanda gerakan tangan salam Syaitan ini, mereka antara lain adalah: Putera William, Perdana Menteri Itali Berlusconi, Barrack Obama, Presiden Perancis Sarkozy, George W. Bush, Clinton, Hillary Clinton, Dan Quayle, bahkan Ahmadinejad.



 
12) Simbol Salam Mason.

Daripada manakah asal-usul simbol salam Mason ini?

Dari buku berjudul “Codex Magica” tulisan Texe W. Marrs, dijelaskan bahawa:

“This drawing of the ancient Babylonian god, Nebo, from a Dictionary of the Bible, makes him appear to be instructing adepts on the finer points of using hand signals or mysterious grips … the Biblical King Nebuchadnezzar in the book of Daniel was named after Nebo.”

Jadi ternyata simbol salam Mason itu berasal daripada gambar dewa bangsa Babylonia kuno iaitu Nebo (Raja Nebukadnezar), yang tertera dalam “Dictionary of the Bible” di British Museum, London.

Simbol genggaman tangan yang ditunjukkan oleh Raja Nebukadnezar, melambangkan simbol okultisme yang dicontohi oleh organisasi Freemason.



Sepintas terlihat seperti salam tangan biasa, kecuali bahawa IBU JARI MENEKAN celah-celah pangkal jari telunjuk dan jari tengah orang yang disalamnya, sehingga orang yang disalam tersebut menyedari secara diam-diam bahawa orang yang memberi salam itu juga sesama anggota Freemason. Ini adalah salah satu kod rahsia Mason.



Perhatikan betapa banyak di antara tokoh-tokoh politik dunia yang ternyata merupakan anggota Freemason, di mana di antara mereka saling memberikan salam khas antara Mason. Terlihat betapa di antara Presiden Iran Ahmadinejad dan Larry King dari CNN melakukan salam Mason. Kemudian di dalam laman web-laman web media Barat tersebut diberitakan bahawa Paus Benedict, Tony Blair, Gorbachev dan Robert Schuller adalah anggota Mason tingkat 33, yang merupakan tingkat tinggi dalam Freemason.



Presiden Lyndon B. Johnson memberikan salam Mason kepada J. Robert Oppenheimer, seorang ilmuwan yang mengurus projek nuklear pertama dalam Project Manhattan, di mana boleh diertikan sebagai kesepakatan mereka dalam penghasilan senjata pemusnah besar (New World Order plans).



13) Simbol “The Hidden Hand”/“The Magical Sign of the Master of the Second Veil”

Simbol tangan yang oleh mereka (Freemason) disebut sebagai “Sign of the Master of the Second Veil” atau “Sign of the Hidden Hand of the Men of Jahbuhlun” sesungguhnya apabila diteliti adalah berasal daripada paganisme yang digambarkan simbolnya dalam foto tiga tokoh dewa di kuil Nubia. Masing-masing membawa salib Ankh Mesir, yang menandakan kelahiran kembali dan penjelmaan semula pada salah satu tangan mereka.



Gambar berikut ini berasal daripada buku “Duncan’s Masonic Upacara and Monitor” Edisi ke-3, karya Malcom C. Duncan. Gaya ini menunjukkan seorang Royal Arch Mason sedang memperagakan magical Sign of the Master of the Second Veil atau yang juga disebut sebagai Sign of the Hidden Hand of the Men of  Jahbuhlun tersebut.



Di dalam bukunya “Codex Magica”, Texe Marrs menjelaskan tentang apa yang disebut “Sign of the Hidden Hand of the Men of Jahbuhlun” sebagai berikut:

“Mason level Blue Lodge, melalui tiga tingkatan Masonry dengan mendapatkan arahan bahawa mereka akan mencari “Kata yang Hilang” atau “Nama Tuhan yang Hilang”… Tidaklah ke tahap mereka mencapai level Royal Arch (tingkat ketujuh, York Rite) sehingga mereka menemukan bahawa Nama Tuhan yang Hilang itu tidaklah hilang sama sekali. Pada level ini maka mereka akan menemukan nama yang suci daripada Tuhan Masonry. Mereka menemukan bahawa nama yang suci daripada Tuhan kaum Mason itu terdiri daripada 3 nama yang mewakili 3 orang dewa. Nama itu begitu rahsia sehingga diperlukan 3 orang Mason tingkat Royal Arch untuk dapat mengucapkannya. Jahbuhlun. Ketiga Mason itu menggerakkan tangannya naik dan turun sambil berdengung: “Jah-buh-lun, Jah-buh-lun, Jah-buh-lun, Je-hov-ah”. Nama Jahbuhlun itu terdiri daripada 3 suku kata yang mewakili Tuhan yang terdiri daripada 3 dewa. Materi Mason mengenal pasti ketiganya itu sebagai Yah (atau Yahweh), Baal dan Osiris. Semestinya secara logik, nama itu dieja dengan Yah-Baal-On, tetapi Duncan penulis “Masonic ritual and Monitor” mengakui bahawa pengucapan itu telah diplesetkan selama bertahun-tahun oleh Freemason hingga mencapai bentuk yang seperti sekarang ini.”

Berikut, perhatikan betapa berbagai tokoh dunia ini memperagakan kod tangan Freemason tersebut. Mereka itu antara lain adalah: Karl Marx (penulis “the Communist Manifesto” pada tahun 1848), George Washington, Abraham Lincoln, Musthofa Kemal Attaturk, Stalin, Solomon Rothschild, Wolfgang Amadeus Mozart, Marquis de Lavayette, Napoleon Bonaparte, Lenin, Barack Obama, Friedrich Nietzche (Seorang ahli falsafah dari Jerman yang juga seorang ateis, konsep Nietzche “the Ubermensch”/“Manusia Super” kemudian menjadi inspirasi bagi Adolf  Hitler dan ajaran Parti Nazi), Perdana Menteri Itali Berlusconi, Hosni Mubarak, dan banyak lagi.

Peletakan tangan di dada dengan gaya seperti itu bukanlah suatu gaya yang kebetulan sahaja. Namun itu sesungguhnya adalah salah satu simbol rahsia mereka dan hal ini menunjukkan bahawa orang-orang tersebut adalah anggota Freemason.
 


14) Simbol “Skull & Bones”



Apakah makna yang sebenarnya di sebalik simbol “the Skull & Cross Bones” (Tengkorak dan Tulang Bersilang)?

Di dalam laman web richardcassaro.com, dijelaskan bahawa simbol “the Skull & Cross Bones” yang seringkali digunakan untuk menyatakan bahawa sesuatu itu berbahaya atau mengandungi racun,  dan yang terdapat pada label ubat-ubatan yang dianggap berbahaya ini; ternyata memiliki erti yang lebih dalam daripada itu.



Ternyata simbol ini adalah berasal daripada kepercayaan paganisme yang digunakan oleh para penyihir (okultis) untuk memperoleh kekuatan spiritual.

Richard Cassaro, seorang jurnalis dan penulis buku Amerika yang mempelajari kebudayaan kuno, dalam laman webnya menjelaskan sebagai berikut:

“Rahsia besar yang terselindung di sebalik simbol the Skull & Cross Bones adalah bahawa ia bukanlah simbol kematian, tetapi ia adalah simbol kehidupan. Simbol ini digunakan oleh pendeta-pendeta paganisme di seluruh dunia, mulai suku Maya di Mesoamerika hingga Etruscans di Eropah”


3000 tahun lalu suku Maya dan Etruscans, kedua-duanya menghasilkan gambar tengkorak dan tulang.

Dan menurut Richard Cassaro, simbol the Skull & Cross Bones ini banyak digunakan oleh organisasi yang melakukan upacara-upacara okultisme seperti Freemason. Richard Cassaro menambah sebagai berikut:

“Simbol the Skull & Cross Bones ini banyak digunakan di perkumpulan-perkumpulan mahasiswa di universiti-universiti Amerika dan organisasi-organisasi rahsia yang didirikan sejak abad 19 dan abad 20. Contoh yang paling terkenal adalah perkumpulan rahsia mahasiswa di Universiti Yale, Amerika, yang mengambil nama organisasinya daripada simbol tersebut”


Kuburan the Skull & Bones di kampus Yale

Presiden Amerika George Bush tercatat sebagai anggota perkumpulan the Skull & Bones ketika beliau belajar di Universiti Yale pada tahun 1948.



Anggota the Skull & Bones di Yale ini harus menjalani berbagai upacara aneh, antara lain berbaring di dalam peti mati, mencium tengkorak dan sebagainya. Bahkan tersebar berita bahawa beberapa anggota perkumpulan the Skull & Bones ini memiliki tengkorak Geronimo, ketua suku Indian Apache yang tewas ketika menentang pasukan Amerika Syarikat pada tahun 1909. Salah satu anggota the Skull & Bones yang dikatakan mencuri tengkorak Geronimo dari kuburannya itu antara lain ialah Presscott Bush, datuk kepada George Walker Bush. Kisah ini menjadi menarik perhatian khalayak ramai kerana kemudian keturunan Geronimo mengajukan tuntutan undang-undang terhadap anggota the Skull & Bones itu untuk mengembalikan tengkorak tersebut kepada mereka.



Adapun simbol the Skull & Bones ini bukankah sering kali terlihat pada label ubat-ubatan, sebagai simbol danger (bahaya), sebagai simbol pada bendera-bendera para lanun, dan sekarang telah banyak digunakan sebagai hiasan-hiasan.



Demikianlah, simbol-simbol di atas hanyalah sebahagian daripada sekian banyak simbol Yahudi dan Freemason. Hendaklah kaum Muslimin mengetahui hal ini, agar tidak mudah terjebak dalam meniru aksesori ataupun simbol-simbol yang boleh jadi berasal daripada ideologi kaum Yahudi dan Freemason, di mana simbol-simbol mereka itu memiliki makna okultisme (sihir) yang jelas-jelas bertentangan dengan akidah Islamiah.

Kaum Muslimin hendaklah waspada terhadap maraknya penyebaran ajaran sekularisme (iaitu: memisahkan antara agama dengan pemerintahan, atau dengan kata lain adalah menjadikan suatu negara tidak berhukum dengan hukum Allah SWT ), ajaran komunisme dan sebagainya itu yang merupakan sebahagian daripada ideologi yang disebarkan oleh Yahudi dan Freemason, dengan tujuan agar manusia melepaskan diri daripada agamanya sebagaimana yang mereka putuskan dalam Kongres Freemason Antarabangsa yang diadakan di Paris, Perancis pada tahun 1900 M, iaitu bahawa: “Tujuan Freemason adalah mendirikan negara anti agama secara antarabangsa.”

Sesungguhnya Rasulullah SAW telah memperingatkan bahawa kaum Muslimin akan melepaskan ikatan Islam satu demi satu dan yang pertama sekali ditinggalkannya adalah Hukum Islam. Bukankah hal ini telah terjadi? Kaum Muslimin tidak lagi menjadikan Al-Quran dan As Sunnah sebagai dasar perundangan negerinya, Hukum Islam tidak lagi dijadikan landasan yang semestinya mengatur seluruh tatanan kehidupan sehari-sehariannya. Tidaklah Islam itu hanya terbatas pada solat, zakat, dan haji sahaja, tetapi semestinya adalah mengatur seluruh tatanan kehidupannya.

Karya disunting daripada Hasil Kerja Ust. Achmad  Rofi’i, Lc.M.Mpd.

“Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah ‘sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar’. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu ‘ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”. (Al Baqarah 120)


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ