Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Ust Kazim & Roti Jala Cicah Kari ~ Salah Faham Juga Bisa Menzhalimi



 Sang Murabbi


Siapa diantara kita yang tidak kenal dengan nama Ustaz Kazim Elias? Branding beliau pernah menjadi fenomena di dalam youtube seketika dahulu sebelum kemunculan fenomena UAI di seluruh negara. Beliau dari sudut pandang peminat-peminatnya merupakan antara agamawan yang banyak menabur jasa dan keringat pada ummah. Beliau pernah dikecam kerana usahanya mendamaikan pengikut parti politik tertentu yang telah bertelagah selama belasan tahun di dalam negara ini. Ceramahnya mengenai perpecahan orang Islam dan seruan kepada perpaduan Islam adalah menyahut perintah daripada Allah supaya mendamaikan apabila ada dua kumpulan orang Islam bertelagah. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan jika dua puak daripada orang beriman berperang, maka damaikan di antara keduanya; jika salah satunya melakukan kezhaliman terhadap yang lain, maka perangilah puak yang zhalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikan antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah) serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang bertindak adil.” (Surah al-Hujurat ayat 9)

Beliau digelar anjing, dan halal darahnya atas usaha dakwah tersebut.





USTAZ KAZIM - Halal darah bunuh ustaz kazim






Kini beliau berjaya mendirikan sekolah tahfiznya sendiri, yang dibangunkan dengan hasratnya melalui wang sumbangan orang ramai dan juga hasil jualan cd ceramahnya. Siapakah yang bisa menafikan ikhlas jiwa insan bernama Kazim Elias dalam menginginkan KALIMAH ALLAH berada tinggi dan syari'at yang dibawakan oleh Muhammad Sallallahu alaihi wasallam dijaga dan dimuliakan?


Beliau pernah menyatakan bahawa dia sekadar "ustaz kampung sahaja, biasa-biasa sahaja, kerata pun bapak punya.." (sambil bergurau) dalam beberapa ciri ceramah yang lalu, maka dek kerana keterbatasan ilmu dan kelemahan sebagai insan biasa, beliau tidak terlepas daripada tersilap dalam menukil dan menyelitkan riwayat-riwayat yang lemah dan palsu yang disangkakan benar didalam ceramahnya. Antaranya ialah kisah kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam (disyaki beliau mengambilnya dari) versi buku barzanji yang bercampur didalamnya riwayat-riwayat hadis palsu yang direka.







NABI LAHIR versi sahih vs versi palsu


Dan beberapa lagi kelemahan beliau dalam ceramah zaman awalnya dapat dikesan. Beliau seakan tidak mampu menerima bahawa amalan seperti maulid adalah bid'ah yang diada-adakan. Tetapi masa berlalu, beliau dilihat mula berubah sedikit demi sedikit dalam ceramah yang disampaikannya yang seakan sudah mula memahami isu yang beliau tidak senangi dahulu.



Komen Facebooker terhadap satu video Ustaz Kazim, tetapi video tersebut telah dipadamkan oleh pemilik akaun youtube.



Roti Jala Cicah Kari






Seketika dahulu pernah tersebar ceramah beliau yang seakan membuat dakwaan bohong dan tidak logik terhadap baginda Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam. Apakah mungkin insan yang mencintai baginda Nabi Sallallahu alaihi wasallam tergamak berbohong atas nama baginda? Dikatakannya bahawa kenduri Nabi yang paling mahal adalah "Roti Jala Cicah Kari" dan hal ini pernah viral seketika. Lalu beliau tampil memberikan penjelasan tentang salah faham orang ramai terhadap apa yang cuba disampaikan dalam perkataannya.

Namun penjelasan itu bagaikan tidak memadai apabila kini tersebar berita di seluruh penjuru Malaysia, seorang tokoh tersohor (yang pernah menyandang jawatan mufti disuatu negeri, dan kini kembali menjawat jawatan tersebut) juga termasuk dalam salah seorang yang tersilap memahi maksud sebenar Ustaz Kazim dan enggan menerima penjelasan yang telah dibuat oleh Ustaz Kazim Elias.






"Roti jala cicah kari" telah membawa kepada Mufti negeri tersebut mengeluarkan surat arahan menghalang Ustaz Kazim berceramah di dalam majlis keputraan DYMM negeri tersebut. Surat tersebut yang sepatutnya sulit telah tersebar di laman sosial kini mengundang satu lagi siri kontroversi antara Mufti lagenda negeri tersebut VS Ustaz Kazim yang dikasihi ramai. Dahulu antara kontroversi paling jelas pernah berlaku antara dua insan ini ialah membabitkan isu KALIMAH ALLAH.

Tuan Mufti Keladak VS Jernih


Tuan Mufti menurut sudut pandangan seteru tegarnya adalah manusia yang kuat jasadnya, besar ambisinya, keras jiwanya dan akrab dengan kejahatannya. Dia juga ahli dalam hal ikhwal perdebatan, memiliki kefasihan lisan lagi kasar dan tajam, bagus argumennya, cerdas otaknya, pandai menyesatkan orang dengan kebathilannya untuk mencelakakan orang yang berbeza. Dia mencari pendukung dengan cara tampil di muka umum mengenakan pakaian keilmuan sehingga digerlar Doktor Hadis, Sang Pencerah, Qardhawi Malaysia agar terkesan dan terasa kuat kehebatannya. Dengan cepat dakwah "Sang Pencerah" menyebar di penjuru negara bagaikan api yang membakar ilalang.





Manakala Tuan Mufti menurut sudut pandangan pentaksub tegarnya adalah seorang yang kokoh imannya, pantang kompromi dengan kebathilan dan senantiasa menyerukan kebenaran. Dia mengikhlaskan hidupnya untuk Allah Subhanahu wa Ta’ala semata. Dia menjauhi kesenangan dunia dan perhiasannya, bernadzar bahwa hidupnya akan digunakan untuk menaati Allah Subhanahu wa Ta’ala serta mendakwahkan agamanya. Dijualnya murah-murah kenikmatan sementara di dunia untuk ditukar dengan kenikmatan abadi. Tak hairan bila orang-orang menyambutnya dengan baik, memandangnya sebagai orang yang suci jiwanya dan mustajab doanya di sisi Rabb-nya.


PERSOALAN Roti Jala Cicah Kari:


Jika dilihat dalam ceramah Ustaz Kazim dan cara Mufti Negeri tersebut memberi respon, terang lagi bersuluh, Tuan Mufti juga seperti kebanyakan kita yang menyangka sememangnya Ustaz Kazim mendakwa Rasulullah makan roti jala (dakwaan tidak logik). Maka adakah benar seperti yang kita sangkakan?

Tuan Mufti memiliki pemikiran yang kritis dan tidak pernah berbuat sebarang kesilapan dalam ceramah-ceramahnya, sama ada ketika mengajar atau pun mengkritik agamawan lain. Namun memahami bahawa Ustaz Kazim memang mendakwa Rasulullah memakan roti jala dalam kendurinya adalah pemikiran yang terlalu literal sehingga mengenepikan beberapa aspek ilmu yang wujud. Tawadhu’ dalam menegur dan menerima teguran menjadi persoalan kerana Tuan Mufti selalu mendakwa beliau "Ustaz Sunnah". Maka sunnah lunak dan bersih hati tertinggal entah dimana.

Tiadalah melainkan jiwa yang berisi dengan isian hasad telah menjurus kepada tindakan tanpa telitian yang adil. Dalam isu “Roti Jala Cicah Kari”, bukanlah seperti sangkaan kita dan kita wajib memohon maaf secara terbuka dikhalayak dan bertaubat atas kezhaliman yang terlanjur kita lakukan terhadap Ustaz Kazim.

Dalam hadith Qudsi Allah berfirman:

يَا عِبَادِيْ إِنِّيْ حَرَّمْتُ الظَّلْمَ عَلَى نَفْسِيْ وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا تَظَالَمُوْا

“Wahai segenap hambaku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan perbuatan zhalim atas diri-Ku dan Aku telah menjadikan hal tersebut sebagai perkara yang haram antara sesama kalian, maka janganlah kalian saling menzholimi.” (Hadits riwayat Muslim no. 2577 dari Abu Dzar radhiyallâhu ‘anhu.)

Dan Nabi Sallallahu alaihi wasallam juga mengingatkan,

اتَّقُوا الظُّلْمَ، فَإنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Takutlah terhadap perbuatan zholim, sebab kezholiman adalah kegelapan di atas kegelapan pada hari kiamat.”
(Hadits Ibnu ‘Umar radhiyallâhu ‘anhuma riwayat Al-Bukhâry no. 2447, Muslim no. 2579 dan At-Tirmidzy no. 2035. Dan hadits Jâbir radhiyallâhu ‘anhuma riwayat Muslim no. 2578. Dan Al-Kattaniy menggolongkannya sebagai hadits mutawâtir. Baca Nazhmul Mutanâtsir Min Al-Ahâdîts Al-Mutawâtir hal. 177)

Ya. Memang ada kesalahan beliau yang lain, tetapi induk yang telah viralkan kontroversi ini adalah isu “Roti Jala” maka kita sentuh isu ini dahulu, dan yang lain akan menyusul d posting lainnya, insyaa Allah.


Pencerahan Al-Ghuraba Nasaie Hanaffie



Majoriti telah menyerang dan memperlekehkan Ustaz Kazim atas menyangka benar. Jika itu benar tetapi mari kita lihat pandangan dari sudut ilmu tanpa nilaian hasad qulub oleh ustaz bernama Nasaie Hanaffie. Ustaz ini bukanlah ustaz yang terkenal, tetapi beliau merupakan ustaz muda yang tegar diatas sunnah dengan erti kata bukan sekadar lisan tetapi akhlak dan pembawakannya. Beliau pernah baru-baru ini ditangkap kerana mengajar tanpa tauliah di negeri Sembilan beberapa minggu lalu tetapi mari kita lihat keilmuan beliau pada mula-mula isu “Roti Jala” viral dalam laman social kali pertama.




Siri penilaian dari sudut ilmu yang adil oleh Ustaz Nasaie Hanaffie





"JANGANLAH KEJAHILAN KITA MENJADIKAN KITA SEMAKIN BONGKAK DAN TAKABBUR DALAM MENILAI DAN MENGHUKUM MANUSIA"




Penjelasan awal Ustaz Nasaie Hanaffie dalam memahami ucapan Ustaz Kazim Selari dengan penjelasan beliau




4 Tujuan dan garis panduan Ustaz Nasaie Hanaffie terhadap pencetus dan penyebar fitnah ini.




"Ustaz Nasaie Hanaffie ingin mengajak mencari kemungkinan yang baik di atas ucapan seseorang selagi ada jalan untuk itu; tanda ada tawadhu' dalam jiwa dan bukannya jiwa yang hasad"




Subhanallah. Semoga Allah memberi balasan kebaikan atas nilaian jujur tanpa hasad oleh Ustaz muda ini. Kehairanan apabila insan se alim dan bersih hati ini tidak mendapat tauliah menyampaikan ilmu dinegeri Sembilan bahkan ditangkap atas alasan tidak bertauliah/tidak layak menyampaikan agama. Apakah punca beliau tidak mendapat tauliah? Tidak lain melainkan kerana beliau juga dituduh wahabi, dan wahabi tidak diberi tauliah.

Tulisan ini bukan bererti membela kesalahan-kesalahan yang jelas merupakan kesilapan Ustaz kazim, tetapi dalam isu “Roti Jala” sememangnya kitalah yang membuat kesilapan. Jika benar kita memperjuangkan sunnah, maka tunjukkanlah kebenarannya melalui kelakuan. Kita selalu berteriak slogan yang benar oleh Tuan Mufti dalam siri ceramah-ceramahnya:

“ustaz bukan nabi, tidak maksum, boleh jadi betul, boleh jadi tersilap…”

Maka adakah slogan ini hanya untuk selain Tuan Mufti dan pengikutnya? Bagaimana jika kita yang tersilap kali ini? Adakah kita akan bersikap seperti sikap mereka yang memaksumkan tokoh kecintaan mereka (yang kita kritik terdahulu) atau kita bersikap dengan sikap orang yang jujur menelusuri jalan salafu soleh kerana inginkan keredhaan Allah? Adillah walaupun terhadap kaum yang anda benci. Firman Allah:

"..dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana keadilan itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.
(Surah al-Maidah, ayat 8:)



Penceramah ditahan


Dekati Jiwa Ustaz Nasaie Hanaffie



Ustaz Nasaie Hanaffi - Peringatan kepada ikhwan dan akhwat semanhaj (salafiyun)

Tasauf itu ihsan, mahmudah.
-Peringatan kepada ikhwan sesama manhaj (salafiyun)
-Ramai mengaji/mengkaji ilmu tujuan untuk bergaduh. Mengajilah/mengkajilah tafsir al-Quran.







Ustaz Nasaie Hanaffi - Belajar bukan untuk bergadoh

Unfriend (block) Facebook

-Belajar untuk amal dan bukan bergadho
-Berbeza sehingga tidak bertegur sapa itu manusia dan bukan robot. Dan
manusia yang bijak/mulia kembali semula dan berkasih semula walaupun tetap berbeza.
-Adakah kita mencari redho Allah?


Tepat apa yang diungkapkan oleh saudara Shamril Saleh terhadap taktik licik syaitan dalam merosakkan kita dan saranan cerdik Prof Dr Muhaya melalui akaun facebooknya dan adalah suatu keberuntungan kepada mereka yang ingin muhasabah dan membersihkan diri.




Shamril Saleh; "4 Taktik Syaitan Merosakkan Kita"




Prof Dr Muhaya-Ubat utk hati yg keras ialah ingat mati.



Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Perbanyaklah banyak mengingat pemutus kelezatan (iaitu kematian) karena jika seseorang mengingatnya saat kehidupannya sempit, maka ia akan merasa lapang dan jika seseorang mengingatnya saat kehiupannya lapang, maka ia tidak akan tertipu dengan dunia (sehingga lalai akan akhirat).” (HR. Ibnu Hibban dan Al Baihaqi, dinyatakan hasan oleh Syaikh Al Albani).

Ibnu Umar berkata: Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?



Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik.
(Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah, 4259.)




Maka perbanyakkanlah mengingati hari kalian mati. Tidak kira siapa anda, sama ada anda Tuan Mufti, Ustaz biasa mahupun penuntu ilmu, ingatlah mati atas setiap tindakan kita kerana Allah tidak janjikan kematian kita di waktu tua. Begitu juga Allah tidak janjikan kematian kita disebabkan sakit. Ittaqullah.




Namun begitu... jalan yang bagus adalah perdamaian. Respek dengan Ustaz Kazim





0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ