Tahukah Anda INDIA Mempunyai DUA Taj Mahal?
Bibi Ka Maqbara |
Adakah anda tahu bahawa India mempunyai bukan satu tetapi dua Taj Mahal? Malah, terdapat tugu yang sama seperti yang terdapat di dalam Taj yang berdiri di Aurangabad dekat Maharashtra.
Ia adalah makam yang dikenali dengan nama Bibi Ka Maqbara ("Makam Lady") dibina oleh Putera Azam Shah, yang merupakan anak keenam Maharaja Mughal Aurangzeb, antara 1651 dan 1661 Masihi, sebagai penghormatan terhadap ibunya, Dilras Banu Begum.
Fakta Ringkas:
- Bibi Ka Maqbara mendapat inspirasinya daripada Taj Mahal yang terkenal di Agra dibina oleh tidak lain dan tidak bukan Maharaja Mughal Shah yang merupakan datuk kepada putera Azam Shah,
- Azam Shah berhasrat untuk membina sebuah monumen yang akan menyaingi Taj Mahal. Malangnya, dia tidak mempunyai akses kepada kewangan, dan juga buruh mahir seperti mana Taj Mahal, menyebabkan lahirnya 'satu salinan' Taj Mahal yang 'miskin' kemudiannya.
- Walaupun begitu, Bibi Ka Maqbara boleh dianggap sebagai keajaiban seni bina dengan reka bentuk yang rumit, motif ukiran, struktur kukuh dan taman indah gaya Mughal. Oleh kerana persamaan yang kukuh kepada Taj Mahal, ia turut diberi gelaran sebagai "Taj of the Deccan".
- Makam ini terletak di tengah-tengah ruangan yang luas seluas kira-kira 458 meter panjang dengan 275 meter lebar, dengan kolam paksi, air pancut, dan saluran air, skrin batu dan dipenuhi dengan laluan luas.
- Taman itu dikelilingi oleh tembok tinggi dengan set kubu di selang, dan astaka terbuka dalam tiga sisinya. Makam ini dibina di atas platform persegi yang tinggi dengan empat menara di sudutnya, sama seperti Taj Mahal.
- Kubah bawang utama Maqbara bagaimanapun, lebih kecil daripada kubah Taj Mahal dan menara yang adalah lebih pendek.
sumber
0 comments:
Post a Comment