Kabbalah
Illutrasi Haikal Sulaiman
Ilmu kabbalah adalah satu ilmu yang sangat dahsyat. Ilmu dunia. Ilmu yang dipunyai oleh nabi Sulaiman a.s. Ilmu dunia yang membolehkan nabi Sulaiman a.s memerintah seluruh dunia pada zamannya. Memerintah 2 dimensi yakni alam manusia dan alam jin. Nabi Sulaiman juga memerintah angin, flora dan juga fauna.
Ilmu inilah yang telah dijumpai oleh golongan penyembah syaitan pada zaman selepas itu. Dikatakan ilmu ini telah diberikan kepada mereka oleh seekor syaitan bernama Razi El. Seekor syaitan bawahan Lucifer. Ilmu kabbalah memberi satu peta yang dipanggil ‘the tree of life’. Yang memberitahu cara untuk berhubung dengan dimensi syaitan dan jin. Berpandukan ritual-ritual tertentu.
Ilmu kabbalah terkandung di dalam sejenis kitab yang bersaiz seperti majalah biasa dan menyimpan semua ilmu duniawi. Dari ilmu sains, dimensi yang selari, sifat semula jadi atom dan sebagainya. Kitab itu mengandungi beberapa ratus patah pekataan sahaja. Bagaimanakah kitab yang sebegitu boleh menyimpan begitu banyak ilmu dunia?
Kerana ilmu kabbalah ditulis di dalam bentuk KOD.
Kod yang menyimpan banyak maklumat yang detail. Lapisan dalam lapisan. Kod-kod inilah yang telah dikaji oleh para saintis barat pada zaman pertengahan. Kebanyakan dari ahli fizik moden dan ahli astronomi semuanya telah cuba merungkaikan kod-kod yang terkandung di dalam kitab kabbalah.
Maka mereka pun dapat mengetahui ilmu-ilmu fizik dan sains yang kita tahu sekarang. Albert Einstein telah mengkaji ilmu ini dan berjaya tampil dengan persamaan E = mc2. teori bom atom. Antara rahsia tertinggi dalam ilmu kabbalah adalah cara bagaimana kita boleh membunuh manusia dengan satu pandangan mata. Ia dinamakan jurus mata syaitan. Nama magis untuk pandangan satu mata ini ialah En Hara.
Ilmu kabbalah telah ditulis dan dikumpul semula oleh seorang pendita yahudi iaitu Isaac the blind. Untuk kali pertama selepas 6000 tahun ilmu kabbalah ditulis di atas kertas. Tulisan Isaac the blind ini kemudiannya telah jatuh ke tangan 9 orang pemuda ferancis. 9 orang ferancis yang selepas itu dikenali sebagai ‘knights templar’ (tentera salib).
Mereka telah mengamalkan ilmu ini dan berhubung dengan syaitan. Mereka mendapat maklumat bahawa ilmu kabbalah berasal dari Palestin. Maka mereka terus pergi ke Palestin untuk mendapatkan lebih lagi ilmu itu. Tujuan utama mereka antaranya ialah untuk menghalang umat Islam dari mengetahui kewujudan ilmu ini. Seperti yang aku pernah ceritakan sebelum ini, di bawah masjidil Al-Aqsa terdapat banyak kitab-kitab sihir yang telah di tanam oleh nabi Sulaiman a.s.
Kitab-kitab sihir yang telah dirampas dari semua manusia dan jin pada zamannya. Kerana nabi Sulaiman a.s telah mengharamkan ilmu sihir dipelajari oleh sesiapa. Siapa yang didapati mempelajarinya akan dipancung. Tentera salib telah menjumpai semua kitab-kitab sihir ini setelah mereka mengetahui tentang ilmu kabbalah. Maka , mereka pun membawanya pulang ke Eropah. Mereka telah mendapat ilmu dunia dan ilmu sihir.
Ilmu-ilmu ini telah digabungkan oleh mereka dan mereka menggunakannya untuk menguasai dunia. Mereka adalah bani Israel. Mereka berbangga dengan keturunan mereka . Keturunan nabi Daud ,Sulaiman, dan Musa a.s. tetapi mereka semua telah sesat dan menyembah syaitan.
Setelah mereka menghafal dan menguasai semua ilmu itu, mereka telah menghapuskan kitab-kitab itu. Mereka mahu ilmu itu menjadi hak milik mereka secara eksklusif. Sehinggalah sekarang, ilmu kabbalah tidak akan ditulis oleh golongan luciferian baik freemason, illuminati, ke atas kertas. Mereka menyampaikannya secara KOD , design lukisan dan binaan bangunan. Hanya anak cucu cicit mereka saja yang akan mengetahuinya. Sangat RAHSIA.
Itulah sebabnya, mereka dapat menguasai dunia . apa yang berlaku di depan mata kita sekarang adalah hasil dari ilmu yang mereka pelajari secara rahsia sejak turun temurun. Menggunakan sains dan teknologi untuk menguasai manusia. Dari segi ekonomi, pelajaran, system pentadbiran dan perubatan. Mereka telah menggabungkan ilmu dunia dan ilmu sihir bergurukan syaitan dan jin. Dikatakan ilmu yang paling tinggi di dalam kabbalah ialah satu ilmu yang membolehkan kita menghilangkan satu objek fizikal zarah demi zarah dengan hanya menggunakan bacaan beberapa perkataan Hebrew dan nombor.
Ilmu-ilmu yang mereka kuasai mereka simpan dan mereka akan mendedahknnya secara sedikit demi sedikit. Apa yang kita lihat sekarang mungkin hanya separuh dari ilmu sains yang telah mereka ketahui…
Sumber
0 comments:
Post a Comment