TOP 30 PEMIMPIN / NEGARAWAN TERAGUNG SEPANJANG ZAMAN
1. Nabi Muhammad S.A.W (570 – 632 Masihi)
Seperti biasa, sudah pasti junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W menduduki tangga teratas. Daripada seorang ummi yang tidak tahu membaca, baginda menjadi seorang jeneral perang yang hebat, seorang ahli politik yang disegani dan pemimpin agung umat Islam. Ketika mula memasuki Madinah, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda menyatukan orang-orang Aus dan Khazraj yang saling bermusuhan sebelum ini. Nabi Muhammad s.a.w telah mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar.
Selepas memiliki asas yang kukuh iaitu masyarakat yang saling bersatu, maka usaha membina negara Islam Madinah berjalan lancar. Piagam atau perlembagaan bertulis pertama di dunia dihasilkan. Kandungan piagam ini mencatatkan tanggungjawab pemerintah dengan golongan yang diperintah, hak-hak manusia, persaudaraan, keselamatan, tanggungjawab sosial, ekonomi dan sebaginya. Perundangan Islam dicipta bersumberkan Al-Quran, Hadith, Qias, dan Ijmak.
Ekonomi negara Islam pula memuncak apabila kalau sebelum ini kaum Yahudi yang menguasai ekonomi dan perniagaan, nabi berjaya mengubahnya kepada penguasaan umat Islam.
Asas-asas yang dimulakan oleh Nabi ini kemudiannya dikembangkan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang wujud selepas pemerintahan baginda sehingga berjaya menguasasi 2/3 dunia. Baginda bukan sahaja seorang nabi, tetapi ahli politik dan juga negarawan hebat.
2. Umar Al-Khattab (579 Masihi – 644 Masihi) – Khulafa Ar-Rasyidin
Tidak mustahil jika ramai yang tidak mengenali pemisah antara hak dan batil ini, sekadar mengetahuinya sebagai pemimpin yang digeruni, bukannya seorang genius politik yang memiliki rangka pentadbiran bersesuaian dengan keperluan dan kehendak sebuah kerajaan, terutamanya khilafah unitarinya yang turut terbahagi kepada wilayah-wilayah (dibahagikan keapda daerah-daerah tertentu pula) dan landskap-landskap autonomi (Armenia dan Azerbaijan) tertentu agar dapat memupuk kestabilan sosiopolitik dan sosioekonomi.
Apa yang menariknya, setiap pegawai kerajaan yang dikirimkan menjadi gabenor harus melakukan baiah di mana isi baiahnya adalah di bawah:
1. Mereka tidak boleh menaiki kuda mewah.
2. Mereka tidak boleh memakai pakaian yang mahal.
3. Mereka tidak boleh memakan tepung yang dianyak.
4. Mereka akan sentiasa membuka pintu mereka untuk rakyat.
Umar juga telah mengasaskan sebuah jabatan yang tugasnya khas untuk menyiasat setiap aduan yang dilontarkan kepada setiap gabenor yang dilantik oleh Umar untuk berkidmat kepada rakyat. Di bawah pemerintahan Umar, rakyat semua hidup di dalam keadaan yang aman damai. Dalam bidang ketenteraan pula kita mendapati bahawa Umar juga telah mengasaskan sebuah jabatan askar dan setiap askar yang berkhidmat untuk negara akan dibayar upah. Umar Al-Khatab, seorang pemimpin yang menghancurkan Rom dan Parsi, langsung tidak punya sebuah singgahsana pun.
3. Umar Abdul Aziz (682 – 720) – Empayar Bani Umaiyah
Ketika beliau naik sebagai Khalifah pada tahun 720 Masihi,beliau telah mewarisi sebuah empayar umat Islam yang sangat besar dari pantai Laut Atlantik hingga ke perbatasan sempadan China.
Pemerintahan Umar Abdul Aziz sering disamakan dengan nenek moyangnya iaitu Saidina Umar bin al Khattab r.a dari segi ketinggian akhlak,malah beliau juga turut mencontohi cara pentadbiran moyangnya dengan mengadakan reformasi dalam pentadbiran negara Islam ketika itu berdasarkan prinsip ajaran Al Quran dan Sunnah,
Beliau berusaha menyatukan umat Islam yang berpecah belah sejak peristiwa Majlis Tahkim lagi, dan menumpukan usaha memperluaskan kekuasaan Islam dengan menghantar mubaligh dan pendakwah ke Timur dan Barat. Beliau juga menyelaraskan pungutan zakat dan hasil cukai menjadi lebih efisien dan membina kemudahan infrastruktur yang cukup untuk kesenangan rakyatnya. Diceritakan bahawa ketika zaman beliau, tidak wujud umat Islam yang mahu menerima zakat kerana keemasan Dinasti Umaiyyah adalah bawah pemerintahan beliau.
Biarpun tempoh beliau menjawat jawatan khalifah adalah sangat singkat dan tidaklah sampai tempoh 3 tahun,namun zaman pemerintahan beliau dianggap sebagai zaman kemakmuran yang paling agung dalam sejarah dunia.Kesederhanaan beliau sebagai seorang negarawan yang pada masa itu menguasai antara empayar terbesar di dunia tidak ada tolok bandingannya.
4. Franklin D Roosevelt (1882 –1945 Masihi) – Amerika Syarikat
Selain daripada mempunyai hubungan bersama 11 presiden yang lain, memenangi pilihanraya sebanyak empat kali dan menghidapi polio akibat tekanan kerja sebelum mengetuai negara, Franklin D. Roosevelt (FDR) ialah presiden terbaik buat Amerika Syarikat. Dan tugasnya sebagai Presiden pun tidak boleh sewenang-wenangnya dianggap remeh. Secara analogi, Barack Obama sekadar merasai sebahagian daripada apa yang dirasai FDR.
Kehancuran Wall Street. Kemelesetan Besar. Perang Dunia Kedua.
Ketiga-tiga tragedi di atas berjaya diharungi FDR dalam pakej “A New Deal” yang beliau usulkan agar mampu memandu ekonomi AS kembali kearah kerelevenan demi persaingan global. Beliau menubuhkan pelbagai institusi melibatkan sektor kewangan, pertanian, kerja raya, urusan awam dan banyak program lain yang menekankan bantuan kepada pekerja-pekerja dan petani-petani kecil sedia ada dan mencipta peluang pekerjaan.
Dan hanya dalam masa dua tahun sebelum Amerika Syarikat mula tunjukkan kesan-kesan pembaharuannya kearah pembaikan yang positif. Dan FDR tidak berlengahkan masa. Beliau terus memulakan arus pembaharuan kedua iaitu Akta Perlindungan Sosial yang membantu golongan penganggur, kurang upaya dan warga emas. Pakej ini agak dibenci golongan atasan kerana FDR menekankan kenaikan cukai kepada orang-orang kaya dan perusahaan-perusahaan mega.
Tetapi keadaan tidak sentiasa cerah buat FDR. Adakalanya datang mendung dan ribut 1937 menyakitkan lagi rakyat AS selepas ekonomi merosot teruk selama setahun. Pada masa inilah FDR mula menyuarakan pendapat AS terhadap Jerman, Jepun dan Itali – dan kerisauan beliau ternyata tepat setelah bermulanya konflik paling teruk dalam sejarah manusa, yang mengakibatkan kematian lebih daripada 60juta orang.
Franklin Delano Roosevelt meninggal dunia pada penghujung Perang Dunia Kedua sebagai Presiden AS akibat pendarahan otak yang teruk.
5. Vladimir Putin (October 7, 1952 – Hari Ini)
Dinaikkan sebagai ketua negara semasa Rusia dibadai pelbagai masalah dalam bidang ekonomi dan politik, Vladimir Putin berjaya memandu arus pembaharuan yang efektif dalam usaha mengubah landskap komunisme kearah pasaran global. Pelbagai usaha ini telah dimulakan Boris Yeltsin, tetapi atas perlaksanaan yang penuh kepentingan kepada diri sendiri, kesemuanya mengundang padah yang menyebabkan ekonomi Rusia susut sebanyak AS$400bilion.
Dibawah pemerintahannya, beliau telah memperkenalkan gantian dan penambahbaikan kepada sektor kesihatan, pendidikan, ketenteraan, awam dan pekerjaan, menggandakan taraf hidup Rusia kearah modernisasi yang tidak pernah dinikmati sejak zaman Nikita Khrushchev lagi. Dan kerana beliau, Persekutuan Rusia berjaya membentuk sistem pendidikan terbaik dunia, ketenteraan yang begitu kuat dan juga pengukuhan ekonomi yang lancar walaupun pada masa adanya krisis.
6. Otto von Bismarck (1815 – 1898 Masihi)
Susah untuk membincangkan tentang keunggulan Jerman tanpa memasukkan Otto von Bismarck dalam topik perbualan. Mudah kata, “Canselor Besi” ini memainkan peranan yang amat penting dalam kemajuan Empayar Jerman. Beliau mengusahakan institusi kesihatan, insurans kemalangan dan pencen warga emas agar Jerman mampu menjadi negara kebajikan modern yang pertama dalam sejarah. Kesemua ini dibuat untuk memerangi arus sosialisme yang semakin meruncing.
Beliaulah yang bertanggungjawab dalam kesatuan banyak negara Jerman dibawah seorang kaiser. Beliau melakarkan taktik untuk berperang dengan Denmark, Austria dan France, satu gerakan yang menyatukan 39 negara merdeka Jerman.
Kepimpinannya telah menubuhkan sistem kewangan tunggal yang pertama buat negaranya, termasuk juga dengan undang-undang sivil dan komersil yang utama. Dan rakyat Jerman pun telah membuktikan diri mereka sebagai kreatif, berindustri dan gagah.
7. Tun Dr Mahathir Mohammad (10 July 1925 – Hari Ini)
Seorang pemimpin yang berjaya mencetuskan perubahan yang tidak dirasai bangsa Melayu sejak penawanan kota Melaka lagi. Sebagai anak orang susah, beliau sudah merasai kesusahan rakyat yang tidak mempunyai apa-apa perhubungan dengan orang-orang atasan, berbeza dengan pemimpin-pemimpin sebelumnya. Dugaan besar ini telah melonjakkan dirinya menjadi seorang doktor perubatan, sebuah kejayaan yang sangat besar pada masa itu.
Dan perlahan-lahan beliau naik dalam arena politik, bermula sebagai penulis – dan akhirnya sampai ke menara tertinggi dalam pentadbiran negara, mengutarakan dasar-dasar domestik dan antarabangsanya yang benar-benar melonjakkan nama Malaysia ke persada dunia sebagai negara membangun dan ‘negara yang tidak kenal erti duduk diam’.
Berkat hasil usaha beliau – negara Malaysia berjaya mencecah angka ratusan dari segi KDNK (bilion), dan memainkan peranan penting dalam pembentukan ekonomi global secara tidak langsung menerusi pengendalian Krisis Ekonomi 1997. Hari ini, kebijaksanaan beliau mengendalikan krisis ekonomi 1997 masih dikagumi dan dipelajari negara-negara lain.
Antara kejayaan beliau yang terkenal ialah serangan waktu subuh ke atas British, yang berjaya membuatkan negara kerdil seperti Malaysia merampas syarikat-syarikat British. Siapa sangka anak Melayu seperti beliau mampu memimpin kejayaan hebat ini! Inilah dia Tun Dr Mahathir Mohammad, BAPA PERMODENAN MALAYSIA. Hari ini, monument-monumen hebat yang dibina beliau masih berdiri di Malaysia, menandakan bahawa Malaysia pernah menjadi harimau dalam kancah politik mahupun ekonomi.
8. Khalifah Harun Amin al Rasyid (766 – 809 Masihi) – Empayar Abbasiyah
Baginda memperkenalkan Baitul Hikmah sebagai lembaga penterjemah, bahagian pendidikan, Perpustakaan dan tempat latihan guru-guru. Baginda juga memperkenalkan majlis Al-Muzakarah, iaitu lembaga pengkajian masalah-masalah keagamaan yang diselenggarakan di rumah-rumah, masjid-masjid, dan istana.
Zaman pemerintahan baginda juga, dikenali sebagai zaman Ilmuan Islam Emapayar Abbasiyyah, kerana pada zaman beliau kota Baghdad adalah tempat menuntut Ilmu yang termaju dan terkini pada zaman itu. ramai cedikiawan Islam dan Bukan Islam datang ke Baghdad untuk melanjutkan pelajaran mereka.
Baginda dikatakan mengetuai perperangan menentang askar Byzantin dan menawan bahagian Utara Mesir, Libya, Tunisia. Zaman beliau juga, baginda berjaya menundukkan 10 buah negara menjadi sebahagian Empayar Abbasiyyah. Empayar Abbasiyah di bawah pemerintahannya dinobatkan empayar terkaya di dunia!
9. Qin Shi Huangdi (260–210 Masihi) – Dinasti Qin, China
Baginda adalah Maharaja Pertama bangsa Cina. Ketika saat China dilanda perang saudara antara satu sama lain, baginda muncul menyatukan seluruh China di bawah beliau dalam masa tidak sampai 8 tahun! Selepas berjaya menyatukan seluruh China, baginda memulakan pelbagai dasar membangunkan China menjadi sebuah negara yang hebat.
Sebaik sahaja menjadi seorang maharaja, baginda memulakan reformasi dalam bidang ekonomi. Seluruh cina disatukan di bawah satu mata wang yang diberi nama syiling ban liang. Jalan-jalan dibina untuk menghubungkan sebuah negara kota kepada negara kota yang lain.
Tembok besar China yang pertama dibina oleh beliau untuk mempertahankan China dari serangan orang gasar di utara. Kemudian, sebuah terusan sepanjang 34 kilometer dan tahukah kalian bahawa ianya merupakan terusan pertama di dunia yang berjaya menghubungkan dua buah sungai yang berlainan? Terusan ini membolehkan sebuah kapal berlayar sejauh 2000 kilometer daripada Beijing ke Hong Kong! Dan yang paling mengagumkan ialah pembinaan sebuah makam yang paling hebat dalam sejarah yang dipenuhi oleh askar-askar Terra Cotta!
10. Muawiyah Abu Sufyan (602 – 680 Masihi) – Empayar Umaiyyah
Ulamak Islam menobatkan Muawiyah sebagai raja terbaik Islam! 20 tahun memerintah Syiria sebagai gabenor di bawah khalifah berbeza, dan 20 tahun menjadi Khalifah benar-benar membuktikan bahawa insan yang bernama Muawiyah ini bukanlah calang-calang orang. Sesungguhnya, Muawiyah sangat hebat dalam berpolitik. Empayar Umaiyyah yang diasaskan oleh baginda kemudiannya menjadi empayar terluas dalam sejarah Islam!
Diberi tanggungjawab oleh Umar untuk mentadbir Syiria yang sentiasa bersempadan dengan Rom, maka Muawiyah mengambil langkah pertama dalam mengekalkan kekuasaan Islam. Baginda berkahwin dengan anak perempuan ketua puak Arab Kristian paling kuat di Syiria untuk memastikan bahawa segala sokongan masyarakat Kristian di Syiria berada bawah pengaruhnya. Maka, Rom langsung tidak punya sekutu di Syiria dan ini menyukarkan penaklukan semula Syiria dari tangan kerajaan Islam.
Kemudian, Muawiyah adalah orang yang bertanggungjawab menubuhkan armada laut Islam yang pertama. Dan armada laut itu di bawah Muawiyah mula menawan satu persatu wilayah Rom di tengah Laut Mediterannean. Maka antara pertempuran laut terhebat di bawah Muawiyah bin Abu Sufyan ialah Ketika Pertempuran Mts, di mana armada laut Islam hanya menggunakan 200 buah kapal, beserta askar yang tidak pernah punya pengalaman bertempur di laut, namun Muawiyah berjaya menewaskan hampir 1000 kapal perang Rom dengan 50 daripadanya dikaramkan! Dan ini juga menepati dalam hadis baginda Rasulullah s.a.w yang meramalkan bahawa akan ada umatnya yang berperang di laut, mengalahkan musuh lalu mereka ini dijamin syurga oleh ALLAH!
11. Mikado Meiji (1852 -1912 Masihi) – Jepun
Jepun pasti akan berterusan menjadi bahan ketawa dunia kalau Mikado Meiji tidak pernah lahir dalam kalangan bangsa mereka. Seorang pemimpin revolusi yang megubah sebuah negara yang hidup segan, mati tidak mahu menjadi sebuah negara kuasa dunia.
Pada pemerintahan Meiji, penuh dengan revolusi-revolusi yang mengangkat bangsa Jepun. Dari revolusi pendidikan yang memperkenalkan universiti-universiti baru di Jepun yang seterus membuahkan budaya ilmu dalam masyarakat jepun, sehinggalah revolusi Ekonomi yang mengasaskan bank pertama di Asia dan dasar industri Jepun, kepada revolusi Ketenteraan yang melihatkan Jepun kemudiannya membina Empayar dari China ke Asia Tenggara serta mengalahkan kuasa besar seperti Russia!
12. Abraham Lincoln (1809 Masihi – 1865 Masihi)
Kalau dilihat landskap politik kini yang terbelah dengan perang saudara, terfikir juga akan dugaan-dugaan yang ditempuhi Abraham Lincoln, selaku presiden yang mengetuai Amerika Syarikat tatkala Perang Saudara AS memuncak. Jika bukan pengorbanannya, tentunya Amerika Syarikat akan terbelah dan berpecah menjadi negara-negara kecil.
Kemenangan calon Republikan ini membuatkan banyak negeri AS mengisytiharkan kemerdekaan dan kesatuan dibawah Konfederasi Amerika. Dengan perkakas, ketenteraan dan perindustrian yang lebih baik berbanding Konfederasi, beliau berjaya memimpin Amerika Syarikat kearah kejayaan, menewaskan Konfederasi dan menghapuskan sistem penghambaan, sekaligus meletakkan dirinya sebagai salah satu presiden yang terbaik dalam sejarah negaranya.
13. George Washington (1732–1799 Masihi) – Amerika Syarikat
Bukan semua yang mampu mengetuai angkatan peperangan yang lemah sehingga berjaya menewaskan kuasa besar seperti British. Kehebatan George Washington dalam kepimpinannya sebagai jeneral memang tiada tolok bandingnya daripada kalangan British. Angkatannya tidak mendapatkan latihan yang memadai, tidak mempunyai makanan dan peluru yang cukup dan ada juga yang berperang tanpa kasut pun.
Landskap peperangan ini sebenarnya bercambah secara perlahan-lahan, tetapi faktor paling utama ialah penekanan hidup secara sengaja, seperti akta gula yang meningkatkan duti import gula daripada Carribean, manakala Akta Setem pula mencukaikan surat khabar dan perkahwinan. Kolonis juga terpaksa memberikan tempat tinggal dan makanan kepada tentera-tentera British.
Dan peperangan ini tamat setelah barisan pemberontak, dibantu Perancis, menawan Jeneral British, Charles Cornwallis di Virginia. George Washington pun kembali ke alam pertaniannya di Gunung Vernon, tetapi kembali ke medan politik selepas dijemput ke Konvensyen Perlembagaan di Philadelphia untuk mendrafkan perlembagaan baru yang akhirnya menyakinkan semua delegasi bahawa beliau yang paling layak untuk menjadi Presiden Pertama kepada empat juta rakyat.
Sedar bahawa beliau akan menjadi teladan pemimpin-pemimpin seterusnya, beliau sentiasa kekal dalam ciri-ciri keadilan, integriti dan berhemah.
14. Bendahara Paduka Raja Tun Perak (1456 – 1498 Masihi) – Kesultanan Melaka
Tun Perak Paduka Raja bin Tun Perpatih Sedang,tidak dinafikan nama inilah yang diiktiraf merupakan lambang kebijaksanaan bangsa Melayu. Terkenal dengan kebijaksanaan polisi dan strategi perang, serta kepimpinan yang membuatkan Melaka menjadi sebuah empayar yang harum namanya sehingga ke Eropah sana.
Baginda seorang pakar startegi yang ampuh. Kehebatan baginda menghalau Kerajaan Melayu Sri Dharmaraja yang menguasasi Thailand ketika itu begitu dikenang di Pertempuran Batu Pahat. Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh beliau juga dalam ekonomi menaikkan kekayaaan Melaka selain beliau mewarisi bakat terpendam bangsa Melayu sejak zaman berzaman iaitu berdiplomasi. Kata sejarawan, kekayaan Melaka menandingi pelabuhan terkaya di eropah iaitu Venice!
Beliau juga bertanggungjawab memasukkan wilayah pantai timur Sumatera dan seluruh semenanjung dari Patani hingga ke Pahang ke dalam penguasaan Melaka.Ini menjadikan Kesultanan Melaka sebagai salah satu dari kuasa besar yang unggul di Asia Tenggara sekitar abad ke 15 dan menguasai jaluran perdagangan utama di Selat Melaka.Beliau jugalah yang bertanggungjawab menjadikan Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam yang terulung di Asia Tenggara ketika itu.
Dan ketika zaman kemuncak Melaka, iaitu di bawah kepimpinan beliau sebagai bendahara, Melaka menerima lebih kurang 2,000 buah kapal, menjadi Melaka sebagai salah sebuah daripada pelabuhan tersibuk di dunia. Kota Melaka ketika itu mempunyai lebih 100 000 orang menandakan kemakmuran yang dikecapi! Tidak keterlaluan kalau saya bilang bahawa Kesultanan Melayu Melaka berada di zaman kegemilangannya adalah pada ketika Tun Perak menjadi bendahara!
Tun Perak bukan sahaja seorang ahli politik,malahan beliau merupakan ahli strategi perang,negarawan,ketua tentera dan ahli diplomasi yang unggul.Maka tidak hairanlah beliau diangkat sebagai lambang kebijaksanaan bangsa Melayu!
15. Rakryan Mahapatih Gajah Mada (1290 – 1364) – Empayar Majapahit
Kalau Deutschland (Jerman) boleh berbangga dengan “Canselor Besi” mereka iatu Otto Von Bismarck, kita di Alam Melayu pula bolehlah berbangga dengan Mahapatih Gajah Mada dari kerajaan Majapahit. 800 tahun sebelum lahirnya Bismarck, kita sudah ada Gajah Mada yang sudah lama mengamalkan dasar penyatuan dan ketenteraan yang dilakukan oleh Bismarck untuk menyatukan Nusantara ini.
Kalau Deutschland (Jerman) boleh berbangga dengan “Canselor Besi” mereka iatu Otto Von Bismarck, kita di Alam Melayu pula bolehlah berbangga dengan Mahapatih Gajah Mada dari kerajaan Majapahit. 800 tahun sebelum lahirnya Bismarck, kita sudah ada Gajah Mada yang sudah lama mengamalkan dasar penyatuan dan ketenteraan yang dilakukan oleh Bismarck untuk menyatukan Nusantara ini.
Beliau menjabat jawatan Mahapatih (Perdana Menteri) kerajaan Majapahit dan tidak dinafikan lagi beliau merupakan watak penting dalam membawa Majapahit menuju ke zaman kegemilangannya.
“Aku tidak akan melepaskan puasaku (atau menjamah buah palapa) sehingga aku dapat mengalahkan seluruh Nusantara, sehingga aku berjaya mengalahkan Gurun, Seram, Tanjung Pura, Haru, Pahang, Dompo, Bali, Sunda, Palembang, Temasik, demikianlah barulah aku akan melepaskan puasaku.”
Pada mulanya,beliau ditertawakan dan diejek oleh pembesar-pembesar yang lainnya.Beliau terasa amat dihina dan sejak itu,beliau bersungguh-sungguh membuktikan bahawa sumpah Palapa yang diucapkannya untuk menyatukan Nusantara ke bawah kuasa Majapahit itu bukannya omong kosong semata-mata.
Daripada sebuah kerajaan kecil di tengah Pulau Jawa menjadi sebuah kuasa besar,semuanya atas kesungguhan dan usaha keras Gajah Mada. Kerajaan Majapahit sememangnya banyak berhutang budi kepada beliau yang bertanggungjawab membawa kerajaan itu merasai puncak keagungan.
16. John F. Kennedy (1917 – 1963 Masihi) – Amerika Syarikat
Agenda-agenda progresif dibawah John F. Kennedy telah melahirkan arus kemajuan dalam hati rakyat Amerika Syarikat. Beliau merupakan presiden paling muda dalam sejarah Amerika Syarikat, diundi dengan majoriti mudah semasa dunia diikat dengan perang dingin antara AS-KRSS. Beliau sentiasa memperjuangkan kerjasama dalam kalangan rakyat agar dapat menuju kemajuan sambil membasmi kemiskinan.
Pada permulaan tempoh pentadbirannya, beliau telah mengusahakan pemotongan cukai pendapatan dan rang undang-undang hak asasi masyarakat. Dan menerusi pengorbanan kaum keluarganya dalam landskap Amerika Syarikat, beliau berjaya melakarkan dirinya sebagai individu yang amat popular, sambil mengumumkan usaha pendaratan di Bulan dan juga isterinya yang turut menjadi ikon kecantikan buat komuniti antarabangsa.
Selepas merampaskan kuasa di Perancis, Napoleon Bonaparte meletakkan dirinya sebagai Maharaja. Bercita-cita tinggi dalam strategi ketenteraan, Napoleon Bonaparte memulakan pelbagai usaha agar empayarnya dapat dikembangkan, termasuk melancarkan peperangan terhadap Rusia ketika Tsar Aleksandr I meletakkan matanya pada India. Salah satu cara Napoleon mendapatkan dana demi peperangan adalah melalui penjualan tanah yang dimiliki Perancis di Amerika Utara – yang dibeli Amerika Syarikat pada harga AS$230juta (nilai kini). Tidak lama kemudian, pihak British menghancurkan armada lautnya di Tanjung Trafalgar.
Tetapi dua bulan kemudian, Napoleon mula bangkit semula dengan kemenangan besar di Moravia dalam pertempuran yang menghancurkan Empayar Rom Suci (Holy Roman Empire). Namun, pendiriannya yang tiada beza dengan Adolf Hitler, iaitu serang semua orang, memakan diri.
Napoleon memulakan usaha sekatan keatas perdagangan British, yang empat tahun kemudian Rusia menarik diri daripadanya, menyebabkan Napoleon menyerang Rusia dengan angkatan menghampiri 700,000 bilangan tentera. Ambang maut yang terlalu besar ini dibelah secara perlahan-lahan dengan taktik pengunduran Rusia apabila Perancis menyerang; maka Perancis diumpan untuk membuat serangan di kawasan mereka masih belum bersedia – dan dengan taktik “scorched earth”, operasi Rusia menghakiskan hampir 400,000 tentera-tenteranya, pada masa Perancis berdepan dengan Portugis dan Sepanyol di Semenanjung Iberia.
Kenaikan Theodore Roosevelt sebagai presiden sememangnya satu perkara yang tidak dapat dijangka. Selepas Presiden William McKinley dibunuh, pemerintahan Amerika Syarikat mempunyai lubang yang agak besar dalam pengurusan dan tenaga buruh. Isu-isu ini dikendalikan secara efektif oleh Theodore Roosevelt, sambil memelihara alam sekitar sebanyak 200juta ekar untuk hutan simpan dan hidupan liar.
Beliau juga berjaya mengendalikan keamanan antara Rusia dan Jepun, usaha yang mengurniakannya Nobel Peace Prize. Dan dibawah beliau bermulanya pembinaan Terusan Panama.
Korea sungguh berbangga dengan individu yang bernama Raja Sejong ini. Banyak sumbangan baginda kepada bangsa Korea, antaranya ialah sistem tulisan Korea pada hari ini. Kalau tidak kerana beliau, mungkin masyarakat Korea hanya menggunakan sistem tulisan cina.
Selain itu, Raja Sejong juga dikenali dalam kecintaan baginda terhadap ilmu. Ilmu cukup berkembang di bawah pemerintahan beliau. Antaranya ialah jam air, alatan ketentaraan, dan jam matahari dan juga penciptaan alat pengukur hujan pertama di dunia. Malah, sebuah sistem kalendar masyrakat Korea juga telah berubah di bawah pemerintahan baginda!
Cahaya kegemilangan menyinari Perancis semasa pemerintahan panjang Louis XIV. Baginda berjaya mengukuhkan struktur kerajaannya agar mampu menghasilkan zaman keemasan dari segi seni dan sastera, satu gerakan yang berjaya meletakkan Perancis sebagai kuasa besar. Pada awal pemerintahannya, dasar-dasar kerajaan yang melemahkan status bangsawan telah mendapat sambutan hambar daripada golongan aristokrat. Perasaan mereka meletuskan peperangan saudara yang meletakkan sifat tidak senang dalam hati raja muda ini.
Memandangkan dirinya wakil Tuhan, Louis XIV menghapuskan kerusi ketua kerajaan dan menerajui negara Perancis dibawah penguasaan mutlak. Baginda berusaha dengan teruk untuk memperbaharui ekonominya yang mengurangkan defisit dan melonjakkan kadar perindustrian. Sementara itu, aset-aset peperangannya juga dikembangkan.
Program-program yang menyentuh seni, sastera, muzik, pawagam dan sukan telah memberikan nafas baru kepada seni dan sains Perancis dalam bahasa ibunda mereka.
Mari kita nobatkan manusia ini sebagai bapa revolusi China! China sebelum beliau sangat payah mahu bersaing dalam bidang ekonomi. Namun, datangnya beliau telah berjaya membuatkan China juga mampu mendongak ketika berdepan dengan bangsa-bangsa barat.
Arikitek yang telah membawa pemnikiran baru dalam ekonomi sosialist. Beliau telah menggabungkan idelaogi sosialis dengan pendaptasian amalan pasaran ekonomi dunia. China di bawah beliau menjadi negara paling pantas berkembang ekonominya di dunia!
Pemimpin Bolivia ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Selalunya pemimpin Amerika Selatan dilihat membenci Amerika Syarikat, seolah-olah itu sajalah nilai yang mereka ada. Tetapi Evo Morales berjaya mengubah landskap ekonomi Bolivia daripada kemiskinan melampau kearah kejayaan dalam platform sosialisme. Bolivia telah menunjukkan pembangunan yang memberangsangkan dalam lapan tahun yang lepas. Kebuluran mengecut sebanyak 25%, manakala kebuluran kritikal mengecut sebanyak 43%.
Perbelanjaan sosial meningkat sebanyak 45%. Gaji minima melonjak sebanyak 87.7%. Walaupun Evo Morales mempunyai kedudukan negatif terhadap Washington D.C., tetapi siapa tidak? Baginya, kepentingan Bolivia adalah keutamaan.
22. Tsar Peter The Great (1672-1725 Masihi) – Empayar Russia
Mewarisi sebuah empayar yang lemah, Peter I dilihat begitu komited untuk membuatkan Rusia sebuah kedaulatan yang setanding dengan negara-negara Barat yang menikmati keindahan Renaissance dan Reformation. Pembaharuan-pembaharuan yang diusahakannya turut ditentang golongan bangsawan tertinggi Rusia, tetapi itu tidak menghalangnya untuk menciptakan ketenteraan yang gagah dalam pelancaran sains dan teknologi yang sempurna berdasarkan pakar-pakar yang baginda upahkan untuk menaiktarafkan pendidikan dalam empayarnya.
Baginda menekankan perdagangan dan keindustrian, sambil memperkukuhkan kebudayaan utama Rusia, terutamanya dalam kepakaran diplomasi baginda yang menghapuskan bentuk kerajaan kuno Rusia sambil menggantikannya dengan senat yang sempurna. Senat inilah yang menjadi nadi pentadbiran Rusia dari segi pelakaran dan perlaksanaan dasar-dasar luar negeri mereka.
Salah satu keunggulan Peter yang masih wujud pada hari ini ialah Saint Petersburg yang satu masa dahulu merupakan “jendela ke Eropah” dan juga pada hari ini bandar kedua terbesar Rusia yang kaya dengan perindustrian aeroangkasa, bahan api, elektronik, farmaseutikal dan banyak lagi.
23. Augustus Caesar (63 SM – 14 Masihi) – Empayar Rom
Sebagai Maharaja (Caesar) Rom yang pertama, baginda merupakan tombak kejayaan empayarnya sejak penubuhan daripada sistem republik lagi. Dalam pemerintahan panjangnya, Augustus Caesar mengembangkan saiz empayarnya ke Eropah dan Turki dan juga merapatkan persahabatan yang memberikannya kuasa pemerintahan dari Britain ke India. Beginda banyak meluangkan masa di luar Rom – mencari jalan untuk merapatkan lagi subjek-subjek pemerintahannya. Pada masa yang sama, baginda menubuhkan institusi integrasi dalam urusan ekonomi empayarnya.
Baginda juga membina jalan dalam empayarnya dan menubuhkan pegawai-pegawai Praetorian dan perkhidmatan-perkhidmatan sosial seperti pejabat pos, polis dan bomba.
24 . Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1583 – 1636 Masihi) Kesultanan Acheh
Pada masa pemerintahan baginda sebagai Sultan kerajaan Acheh,kerajaan tersebut mencapai zaman kegemilangannya dan menjadi kuasa besar di Asia Tenggara sekitar pertengahan abad ke 17.Angkatan tentera laut Acheh pada masa itu juga merupakan antara angkatan laut terkuat di Asia pada masa itu.Kekuasaan Acheh meliputi pantai timur Sumatera dan juga Semenanjung Tanah Melayu,dan kerajaan ini juga menguasai jaluran perdagangan rempah ratus di Selat Melaka.
Baginda juga terkenal sebagai seorang penggubal undang-undang.Undang-undang tertinggi di Acheh yang penuh dengan unsur undang-undang Islam dinamakan sebagai Kanun Mahkota Alam,sempena nama baginda.Baginda juga merupakan salah satu dari empat sumber undang-undang yang utama di Acheh pada masa itu,selain daripada permaisuri baginda sendiri.,Syeikh Abdurrahman Fansuri (Syiah Kuala) dan bentara istana.
Pada masa pemerintahan baginda jugalah,Acheh muncul sebagai pusat pengembangan dan pembelajaran agama Islam yang utama di Asia Tenggara,di mana sebelum itu berpusat di Melaka. Baginda telah menjadi penaung kepada beberapa ulama hebat seperti Hamzah al Fansuri dan Samsuddin al Sumaterani.Syeikh Hamzah Fansuri inilah kemudiannya dikenali sebagai “Bapa Kesusateraan Melayu Klasik”.
25. Maharaja Abu Bakar (1833 – 1895 Masihi) – Kesultanan Johor
Maharaja Abu Bakar telah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu dengan kosmopolitan Barat dan digelar Bapa Johor Moden. Pentadbirannya yang cekap dan tersusun diakui sendiri British, lantas baginda tidak akan melantik pegawai British sebagai penasihat.
Beliau telah mendapat pendidikan Barat sejak kecil lagi. Oleh itu, beliau sangat terpengaruh dengan cara pemerintahan dan pentadbiran Barat. Baginda juga telah membuat banyak lawatan ke negara-negara Eropah terutamanya ke England, untuk mencari pengalaman dan mempelajari cara orang Barat memerintah dan mentadbirkan negara.
Kebijaksanaannya menyebabkan baginda dihormati oleh pedagang dan pemerintah British. Baginda juga bersahabat baik dengan Ratu Victoria, ratu Great Britain pada masa itu. Ratu Victoria telah mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Temenggung Abu Bakar pada tahun 1868 dan seterusnya beliau memakai gelaran Maharaja Johor. Digelar sebagai Bapa Permodenan Johor.
Inilah salah satu wanita yang mempunyai kelelakian yang mengalahkan ramai lelaki. Dikenali sebagai “Iron Lady”, Margaret Thatcher benar-benar menepati ciri-ciri tersebut dalam urusan domestik British dan juga antarabangsa. Menyokong teori Milton Friedman, beliau memandu ekonominya melalui pengurangan dan kenaikan beberapa rejim cukai dan memperkenalkan dasar-dasar penjimatan agar dapat memerangi inflasi dan pengangguran yang tinggi.
Beliau juga telah mengerahkan ketenteraan agar dapat merampas kembali Falkland Islands selepas diserang Argentina. Peperangan dan ekonomi membangun menaikkan kembali imejnya. Beliau menswastakan British Telecommunications, British Gas, British Airways, Rolls-Royce dan banyak lagi syarikat-syarikat milik kerajaan.
Dalam pentas antarabangsa pula, Margaret Thatcher merapatkan safnya bersama Dunia Barat dalam penentangan Kesatuan Soviet dan arus komunisme. Beliau juga mengkritik usaha-usaha menubuhkan negara Kesatuan Eropah sebagai kesilapan terbesar dalam zaman moden. Dan beliau bertanggungjawab dalam penyerahan Hong Kong kepada China.
28. Maharaja Han Wudi (156 –87 SM) – Dinasti Han
Zaman pemerintahan baginda digelar sebagai zaman keemasan Dinasti Han di mana Empayar Han terluas adalah di bawah pemerintahannya. Baginda digelar sebagai raja pertama dalam sejarah China yang berjaya menyatukan cina dengan sebuah idealogi iaitu semua orang cina ketika itu mengamalkan falsafah Confucius. Zaman baginda juga laluan sutera yang terkenal itu ditemui!
29 Mahatma Gandhi (1869 – 1940) – India
Mahatma Gandhi, adalah pejuang kemerdekaan India yang dikenang sehingga hari ini. Beliau banyak menggunakan masa untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan negara India. Beliau terkenal dengan seorang yang selalu mengamalkan puasa dan beliau berpuasa dengan niat yang berlainan.
Di antaranya ialah, beliau pernah berpuasa selama 21 hari sebagai tanda protes peperangan muslim dan hindu juga protes untuk membebaskan India dari Great Britain. Beliau juga berpuasa untuk menyucikan hati. Antara gerakan hebat Gandhi melawan menjajah British adalah mengetuai “salt march”. Protes ini dibuat kerana beliau mahu rakyat india membuat garam sendiri tanpa membeli garam dari British.
Gandhi melancarkan “Quit India” sebagai peringatan agar pihak British keluar dari India. Gerakan ini adalah paling dahsyat dengan berlakunya tangkapan besar-besaran dan juga keganasan melampau.
Nama Nelson Mandela sebenarnya tidak lagi asing di telinga kita. Pejuang hak asasi bangsa kulit hitam yang menjadi mangsa dasar Apartheid di Afrika Selatan ini hari ini begitu dijulang namanya. Kempen beliau melawan dasar yang racist ini membuatkan Mandela dipenjarakan selama 27 tahun di Pulau Robben, dan kemudian di Penjara Pollsmoor dan juga Penjara Victor Vester.
Namun, 27 tahun penjara tidak pernah melunturkan semangat seorang pejuang ini, akhirnya pada tahun 1990, beliau dilepaskan akibat desakan antarabangsa. Dan pada tahun 1994, beliau berjaya menyertai piluhanraya dan memenangi pilihanraya itu. Maka, dasar Arpatheid yang mencengkam bangsa kulit hitam terus dihapuskan.
(AFDS, HE, dan RAD)
1 comments:
wah...negara kita pun ada..
Post a Comment