Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Jom Tengok BERMUDA ISLAND

Selama ini kita hanya didedahkan dan membaca tentang misteri2 Segitiga Bermuda. Tentang segala macam kajian konspirasi dunia yang ditulis oleh Harun Yahya, Ibnu Yusof Yacob dan yang lain2 berkenaan dengan kaitan Dajal dan Segitiga Bermuda. Malah ramai pengkaji konspirasi dunia, menyatakan bahawa dajal akan muncul di kawasan ini...Banyak yang Ida baca, dajal akan muncul di Segitiga Bermuda bukan di pulau Bermuda... macam mana tu erkk? Apakah dajjal akan muncul dari laut? Atau apakah dajal akan muncul di kawasan yang membentuk Segitiga iaitu Miami, Bermuda dan Puerto Rico? Wallahualam.



Dan sekarang Ida nak bawa anda semua 'tengok' apa yang ada di pulau Bermuda tersebut. Ida hanya suruh 'tengok' saja ya...bukan suruh anda pergi melawat ya, bukan apa...Ida bimbang, kalau2 nanti anda tak sempat sampai ke sana, takut hilang di kawasan segitiga tersebut hehehe...kalau anda sempat sampai dan terus terpana melihat keasyikan pulau tersebut yang cantik dan nyaman takpe...manalah tahu nak bermastautin pulak di sana sementara timbulnya dajal...hehehe (gurau jer)




Tetapi...jujur Ida cakap, semasa Ida menggeledah dan mengembara mencari gambar2 di pulau ini berpandukan lebih dari 20 sumber dengan bantuan pakcik google...ermmm berdiri juga bulu roma ni... tak tahu mengapa, mungkin kerana selama ini minda kita telah di sogok dengan cerita2 misteri dan dajal maka kita menafikan bahawa ada sebuah pulau yang cantik di sebelah sana yang di jajah oleh Kerajaan British Britain. Jom kita layan gambar2 di bawah.















































5 comments:

akak pernah bercita-cita untuk ke sana..

27 December 2013 at 14:37 comment-delete

wahh cantik ^_^ tapi ramai yang tak pergi sebab takut

27 December 2013 at 15:28 comment-delete

Sangat cantik pemandangan disana...

27 December 2013 at 16:30 comment-delete

bermuda nie salah satu tempat yang mengandungi 1001 misteri..sebenarnya saya pun teringin nak pergi sana..tapi kekadang rasa seriau pun ade,..hehehe

Regards,
-Strider-

27 December 2013 at 18:15 comment-delete

Subhanallah...
Cantik nya alam ciptaan Allah...

Anonymous
28 December 2013 at 11:15 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ