Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Penting Ke Chatbox di Blog?

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt...

Penting ker chatbox di letakkan disesebuah blog? Ida rasa penting juga untuk blogger yang jarang-jarang update entry. Contoh kalau tiga hari sekali atau seminggu sekali baru nak update memanglah perlu chatbox tersebut diletakkan sebab tak kan blogger yang BW ke blog kita nak tulis lagi diruangan entry yang sama setiap kali berkunjung, rasa macam tak releven lah pula. Tapi kalau blogger yang sentiasa update rasanya tak perlu kot. Kalau dah setiap jam update entry bolehlah kita tulis sedikit komen di ruangan komen menandakan kehadiran kita dan tidak perlulah kita menulis di chatbox lagi.


(Atas) chatbox yang Ida ambil dari blog Lucas Territory sebagai hiasan

Kadang-kadang Ida rasakan ada sesetengah blogger ni tidak adil tau...Apabila kita menyediakan chatbox, mereka lebih suka menulis di chatbox berbanding di ruangan komen... kenapa ye? atau mereka malas membaca apa yang kita tulis, so tulis di chatbox lebih selamat, mudah dan cepat menandakan kehadiran mereka sekadar klik-klik Nuffnang ect. Apabila kita mengharapkan orang bertandang dan menulis komen di entry kita begitu juga lah dengan pemilik blog yang lain. 

Ida pula sekarang semakin malas untuk menulis di chatbox, Ida lebih suka menulis di ruangan komen menandakan kehadiran serta sokongan Ida terhadap satu-satu entry di sesebuah blog. Sebab itu Ida buang chatbox di blog Ida tapi ya lah selera orang memang tak sama dengan selera kita.


5 comments:

itu ler ida.. mama lagi suka orang komen, nanti boleh beri backlink pada blog kita

22 December 2013 at 17:32 comment-delete

Betul tu kak ida.. Kadang2 dorang ni malas nak baca entry and lebih suka terus tinggalkan jejak.. Tapi saya suka letak chatbox sebab saya tak adalah rajin menaip entry memandangkan idea bukan selalu berkembang... :D

22 December 2013 at 18:21 comment-delete

ika pula takde masalah nak komen dan jerit kat cbox...sebab ada je blogger yang even setiap hari ika singgah komen, tapi tetap tak berkunjung ke blog ika, tetap tak komen entri ika even ika komen beriya kat entri dia...so benda tu ika rasa norma kut...

kalau tanya ika, sekarang ika mengambil sikap, orang tu komen entri ika, so orang2 tu laa ika wajib komen di entri dia sebagai tanda penghargaan..kalau just jerit2 kat cbox minta ika follow tapi tak follow ika...entah laa...benda ni susah nak explain..ahahaha..

tapi setakat ni ika cuba sebaik mungkin laa untuk terjah blog lain...

22 December 2013 at 20:26 comment-delete

entah la ida.. mcm sobri lebih suka orang komen mengenai isu yg kita tulis.. means..buat apa msuk blog org tu kalu x baca,,bkan berblogging ni medium utk kita berkongsi pandangan n maklumat??
ruangan shout box.. kalau stakat tulis dtg melawat klik2..mcm x de function..kalau x tulis gak..komen kat ruangan komen..seratus kali pun ok.. saya akan publish ha..ha.. :)

22 December 2013 at 21:58 comment-delete

Setuju juga dengan Kak Ida. Saya tak kisah orang datang ke tak datang, komen ke tak komen. Yang penting, saya nak tulis. #syok sendiri pun ada. Hehe.

Bagi yang baca betul-betul dan komen, sangat hargai. Yang baca betul-betul, tapi tak komen, dihargai juga.

Tapi yang tak baca, komen ala kadar.... urm.... hehe

24 December 2013 at 03:15 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ