Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Nabila Huda Menemui Cinta Baru

Nabila Huda Menemui Cinta Baru


Aktres popular Nabila Huda mengaku dia sudah mempunyai kekasih yang dikenalinya sejak beberapa bulan lalu, tetapi enggan mendedahkan identiti jejaka tersebut memandangkan tempoh perkenalan mereka yang masih lagi baru.

Dipetik daripada laporan mStar, pemilik nama sebenar Nabila Huda Suhaimi ini berkata, "Alhamdulillah, kehadirannya membuatkan saya cukup gembira. Kami masih lagi baru beberapa bulan menjalinkan hubungan.

"Apa yang boleh saya katakan, dia adalah lelaki yang saya cari selama ini. Bagaimanapun saya tidak mahu cerita panjang siapakah lelaki yang dimaksudkan itu," ujarnya ketika ditemui di majlis pelancaran drama bersiri "Ariana Rose" baru-baru ini.

Jelas aktres berusia 29 tahun ini lagi, walaupun teruja untuk berkongsi kisah cintanya dengan orang ramai, dia enggan berbuat demikian kerana bimbang jika ia dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya belajar perkara ini daripada pengalaman. Apabila saya tidak hipokrit berkongsi hal peribadi, ada pula pihak lain yang cuba mengambil kesempatan terhadap saya. Itu yang saya tidak mahu ia berlaku."

Anak kepada penyanyi rock Amy Search pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani dan hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Keisha Laila. Namun ianya tidak berkekalan dan pasangan ini disahkan bercerai pada 2011 selepas tiga tahun bersama.

Nabila turut pernah dikaitkan dengan pelakon Johan As'ari dan Nas-T selepas bercerai.

Dalam perkembangan lain, Nabila akan muncul dengan drama "Ariana Rose" yang bakal disiarkan di TV3 bermula 30 Disember ini pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam.

"Ariana Rose" akan turut membarisi pelakon popular lain seperti Keith Foo, Nur Fathia, Arja Lee, Tasha Shila dan ramai lagi.


3 comments:

Pulak dah hhuhuh siapa eh hmmm

27 December 2013 at 01:06 comment-delete

Kalau belum yakin itu pilihannya, usahlah menguar-uarkan dulu.

27 December 2013 at 10:22 comment-delete

moga sentiasa beristikhrah :)

27 December 2013 at 13:12 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ