PROF IZZI DIPANGGIL POLIS UNTUK SIASATAN MENCABUL
Dipanjangkan dari blog www.mazidulakmal.com
PAKAR MOTIVASI DISIASAT POLIS
Pelbagai berita disebarkan di alam siber, berhubung kes pelajar pusat pengajian tinggi di Arau, Perlis, mendakwa dicabul oleh pensyarah juga pakar motivasi agak terkenal.
[ Supt. Mohd Nazri Hussien ]
10/4/2014 - Sehubungan itu, saya menghubungi Ketua Polis Daerah, IPD Arau, Superintendan Mohd Nazri Hussien untuk mendapatkan penjelasan.
"Pihak polis telah merakamkan kenyataan pengadu dan kini berusaha mengesan beberapa saksi di Perlis dan di luar Perlis. Semalam, suspek dipanggil, hadir di IPD Arau, kenyataannya direkod untuk melengkapkan siasatan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, mencabul. Pegawai Penyiasat kes kemudian akan menyerahkan kertas siasatan lengkap kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," ulas beliau.
Mohd Nazri dihubungi pada jam 12.40 tengah hari tadi.
2 comments:
Terngiang2 je "Renung2kan & selamat beramal"
Apapun, tunggu smpai siasatan berakhir...
Jangan cepat termakan fitnah... apa pun kita tunggu keputusan siasatan...
Post a Comment