Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Benarkah Lelaki Lebih Mudah Tertarik Pada Wanita Yang Kelakar?




Benarkah Lelaki Lebih Mudah Tertarik Pada Wanita Yang Kelakar?



Biarpun personaliti dan perangai golongan Adam adalah berbeza antara satu sama lain, namun terdapat empat perkara yang golongan ini bersetuju tentang wanita yang mereka minati.



Jika anda seorang wanita, sekiranya anda hendak memenangi hati seorang lelaki terutamanya suami, pastikan anda mempunyai ciri-ciri berkenaan.

Apatah lagi sekiranya anda berkawan dengan seseorang dan mahu hubungan itu kekal sampai ke akhirnya, mungkin anda boleh memenangi hati insan yang menjadi impian anda itu menerusi ciri yang menjadi dambaan golongan ini.

Lelaki mahukan ciri-ciri seorang teman yang boleh membuatkannya rasa 'kasual' dan senang ketika berdampingan.Seorang lelaki mahukan teman wanitanya pandai memainkan suasana, sentiasa gembira dan ceria. Kaum Adam gemar dengan wanita yang aktif, pandai bersukan, lasak dan pandai beraksi.

Bagi kita orang Melayu, mungkin lelaki ini melihat wanita istimewa ini pandai bergaul, ringan tulang dan pandai mencipta suasana yang meriah. Dalam perhubungan pastikan anda menyuntik suasana humor dan kegembiraan dalam perhubungan anda.

Anda boleh melakukannya menerusi 'usikan main-main', godaan, lawak jenaka dan apabila berbicara selain bertanyakan apa yang dia buat dalam hidupnya, tanyakan apa yang dia hendak buat bagi menggembirakan dirinya.





Wanita Pasif

Maksudnya di sini, mereka tidak berapa gemar dengan wanita yang pasif dan berdiam diri (kecuali lelaki yang suka bersifat pendera dan berkuasa). Mereka juga suka sekiranya wanita pandai bermain sesuatu seperti terlibat dengan sukan dan aktiviti lasak contohnya yang akan membuatkan mereka rasa teruja dengan diri anda.

Sebenarnya, lelaki ini akan merakamkan kenangan suasana pengalaman yang anda ciptakan untuk dia dan bukannya bagaimana anda mengeluarkan kata-kata indah untuk dia. Menonton atau bermain sukan bersama pasangan juga adalah cara bagaimana diri anda menarik minat golongan Adam.

Lebih kompetitif sesuatu sukan itu lagi baik seperti bermain ping pong dan tambahkan sedikit 'usikan' di sana-sini, pastinya ia merupakan daya penarik kepada diri anda.

Ramai dalam kalangan wanita yang secara salah mentafsirkan dan percaya lelaki akan mencari wanita yang lemah kerana ia menyebabkan lelaki itu kelihatan bijak dan berkuasa. Namun sebenarnya, lelaki yang sejati akan lebih tertarik kepada wanita yang boleh memberikan mereka inspirasi.



Wanita Berdikari

Namun ini tidak pula bermakna lelaki itu akan tertarik dengan kejayaan dan semangat berdikari wanita itu, tetapi mencari masih adakah ruang bagi lelaki di hati wanita berkenaan tanpa membataskan kejayaan yang wanita itu miliki.

Apa pun, lelaki sebenarnya gemar dengan wanita yang pandai berdikari justeru, sibuk dengan kehidupan sendiri dan jangan hanya menjadikan si dia sebagai satu-satunya 'dunia' anda.

Seboleh-bolehnya jangan buang minat, tanggungjawab dan kawan-kawan anda semata-mata untuk bersama si dia. Apabila anda bersama si dia, berikan sepenuhnya respons dan perhatian kepadanya terhadap apa yang anda lakukan bersama.






Wanita Matang

Lelaki yang sejati juga mahukan seorang wanita yang benar-benar matang dari segi emosi. Wanita yang matang tidak sewenang-wenangnya menyalah atau mengkritik teman lelakinya mengenai apa yang dirasainya, tetapi cuba berkongsi perasaan dengan sepenuh kejujuran sambil membantu memulihkan keadaan.

Persefahaman ini yang benar-benar menyentuh naluri lelaki, dalam erti kata lain sekiranya wanita itu boleh menzahirkan perasaannya secara tenang dan tidak terlalu emosi, dialah wanita yang bakal memenangi hati lelaki.

Kerana di sini dia boleh melihat anda dapat mengendalikan pelbagai perkara dengan tenang dan boleh mengawal stres. Lelaki takut untuk menjalinkan hubungan dengan wanita yang kurang daya penarik dan kurang ghairah (bukan hanya dari segi seks sahaja).

Ciri-ciri lain yang boleh mematikan daya penarik wanita itu termasuklah terlalu sukar untuk mendapatkannya atau wanita yang inginkan hubungannya menjadi serius terlalu cepat.


Sebagai wanita, pastikan semuanya berada dalam keadaan tenang dan rasa cinta itu akan datang secara semula jadi tanpa paksaan.


Sumber: Billyinfo



0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ