SERPIHAN PESAWAT YANG DITEMUI ADALAH MILIK PESAWAT BOIENG 777
Nombor yang tertera pada serpihan sayap pesawat yang ditemui di pantai Pulau Reunion ialah 657 BB.
Ia dikatakan bukan nombor siri bahagian pesawat tetapi nombor untuk penyelenggaraan.Jumaat,khabar terbaru yang menjadikan temuan itu makin menarik tentang misteri kehilangan MH370 ialah fakta yang diberitahu oleh Timbalan Menteri Pengangkutan,Datuk Aziz Karpawi.
Katanya MAS telah memberitahunya bahawa nombor yang tertera pada serpihan itu itu adalah dari pesawat jenis Boeing 777.
"Dari nombor bahagian itu ,sah ia dari sebuah pesawat Boeing 777.Maklumat ini dari MAS.Mereka beritahu saya,”katanya seperti dipetik agensi berita AFP.
Pesawat MH370 yang hilang dalam penerbangan KLIA - Beijing ialah Boeing 777.
Apapun kata Aziz setakat ini belum dapat disahkan lagi samaada serpihan sayap itu adalah dari MH370.
”Saya percaya kita semakin hampir untuk selesaikan misteri MH370.Ini mungkin bukti yang meyakinkan bahawa MH370 hilang di Lautan Hindi.
Untuk rekod selama ini tidak ada pesawat jenis Boeing 777 yang jatuh dalam lingkungan Lautan Hindi.
Beberapa kemalangan lain sebelum ini melibatkan pesawat jenis lain termasuk Airbus.
Atas sebab ini kalangan penyiasat dikatakan dikatakan makin yakin serpihan yang ditemui di Pulau Reunion itu adalah dari MH370.
0 comments:
Post a Comment