Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



KERABAT JOHOR SAMPAIKAN MESEJ TERSIRAT MENDAPAT PERHATIAN RAMAI



KUALA LUMPUR: Selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuat naik kata-kata semangat kepada rakyat Johor di Facebook baru-baru ini, kini status dua adindanya pula menjadi tanda tanya dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi laman sosial Instagram, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar semalam, masing-masing dilihat menyampaikan mesej tersirat.


Tunku Jalil


Dalam entri tersebut, Tunku Jalil memuat naik foto bendera Malaysia iaitu jalur gemilang tanpa sebarang warna bersama beberapa baris ayat.


“Jika ada perselisihan, moga kita membawa keharmonian. Jika ada kesilapan, moga kita membawa kebenaran.

“Jika ada keraguan, kita membawa kepercayaan. Dan jika ada duka, moga kita membawa harapan,” katanya.


Tunku Idris



Sementara itu, Tunku Idris dalam entrinya lebih kurang 13 jam lalu pula memuat naik gambar bendera Johor tanpa sebarang kapsyen yang sehingga kini disukai lebih 4,000 pengikutnya.

Ternyata, tindakan kedua kerabat Diraja Johor itu menarik perhatian ramai pengguna media sosial dengan mengaitkan situasi semasa negara terutamanya membabitkan rombakan Kabinet yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kelmarin.





Beberapa komen pengikut di laman sosial berkenaan juga meluahkan pandangan masing-masing.

“Sedih sangat dgn apa yg negara kita hadapi sekarang. Dapat rasakan yg negara luar duk gelak kt negara kita coz byk sangat drama,” tulis zitazety.

Manakala Ezzadzaman berkata: “Bangsa Johor.. Be Cool”.


Tunku Ismail (TMJ)



Sebelum ini, TMJ memuat naik kenyataan ringkas selepas kurang 12 jam barisan Kabinet baru diumumkan yang antaranya menyatakan:

“Anda tidak berseorangan. Allah peliharakan Sultan. Hidup Johor”.

Selepas diteliti, kenyataan - kenyataan tersebut dipercayai sebagai sokongan jelas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang disingkirkan daripada jawatan pemimpin nombor dua negara.
- mD


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ