Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



AKU BENCI DIRHAM DAN DINAR



AKU BENCI DIRHAM DAN DINAR

Setelah kemangkatan Khalifah Sulaiman Bin Abdul Malik,maka Umar Bin Abdul Aziz telah di lantik sebagai pengganti nya.Ini merupa kan kesinambungan sistem pemerintahan khalifah islam yang menjadi tonggak kepada sistem pentadbiran dan pemerintahan kerajaan islamiyyah.Dengan terlantik nya Umar Bin Abdul Aziz bermakna tanggungjawab yang besar untuk beliau dalam memastikan amanah pentadbiran berteraskan ajaran islam terus tertegak di muka bumi.

Justeru,Khalifah Umar yang terkenal dengan kezuhudan nya amat menginsafi tentang besar dan berat nya tanggungjawab yang di pikul nya.Kerana itu beliau tidak menerima perlantikan itu dengan rasa gembira dan hilai tawa.Apatah lagi dengan upacara sambutan besar-besaran dan gilang gemilang.Sebalik nya,Umar Bin Abdul Aziz menyambut perlantikan ini dengan linangan airmata dan rintihan yang sangat memilukan.

Beliau bimbang tatkala memikir kan tanggungjawab sebagai Khalifah.Justeru kerana kebimbangan itu telah mengundang deraian airmata yang di selangi rintihan dari sosok yang penuh zuhud bernama Umar Bin Abdul Aziz.

Selesai perlantikan beliau ke masjid menunaikan solat sunat.Dari jauh terlihat beliau dalam kesedihan kerana ada titis airmata nya yg gugur di selangi rintihan yang menginsafkan.Tidak ada sekelumit pun wajah bangga dan gembira pada wajah nya kerana menjadi orang yang paling berkuasa.Menjadi seorang Khalifah.Tidak ada sorak gembira dari nya kerana di lantik menjadi orang nombor satu dalam kerajaan.Tidak terlintas di hati nya mengaut keuntungan dan kemewahan dari jawatan nya itu.

Ketika sedang bersedih itu,seorang rakyat yang selesai bersolat menghampiri Khalifah Umar Bin Abdul Aziz lantas dia bertanya:

"Wahai Amirul Mukminin,apa kah yang menyebab kan tuan merintih sebegini?"





Namun Khalifah mulia itu terus menangis ketika memandang wajah rakyat nya itu.Dengan linangan airmata dan tersedu-sedu beliau berkata:

"Aku tidak sanggup memikul amanah ini!'' Jawab Khalifah Umar sayu kebimbangan.

Lantas lelaki itu bertanya lagi...

"Wahai Amirul Mukminin..tidak kah engkau suka kepada dinar dan dirham?'"
.

Seakan histeria Khalifah Umar Bin Abdul Aziz menjawab:

"Tidak!! Aku tidak suka dinar dan dirham!!.Kedua-dua nya boleh menyebab kan aku lalai dari melaksanakan amanah Allah dan membuat ku lalai dari mengingati Allah"..jawab Khalifah Umar dengan teresak-esak menangis dan merintih penuh keinsafan.Hati nya amat gundah kerana menginsafi betapa kekayaan dunia bisa sahaja membuatkan seseorang itu jauh melupakan Allah,bahkan bisa memerangkap dan menjebak manusia menjadi Kufur kepada Allah.

Khalifah Umar Bin Abdul Aziz tidak pernah merasakan diri nya bertuah lantaran di lantik menjadi pemimpin.Khalifah Umar tidak pernah merasakan diri nya yang terbaik untuk menerajui kerajaan.Dia tidak pernah sesekali melihat perlantikan nya itu satu pengiktirafan yang wajar di banggakan.Dia tidak pernah membayangkan jawatan tersebut adalah ruang dan peluang untuk mencari kesenangan dan kekayaan.

Demikian lah perasaan sosok seorang manusia yang beriman dan bertakwa kepada Allah.Tatkala di berikan kekuasaan makin gusar hati nya dan makin gentar lah hati nya kerana mengingati Allah dan bimbang akan terjerumus ke lembah yang mengundang murka Allah....


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ