Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



LAPORAN POLIS BERKENAAN MENURUNKAN TANDATANGAN BERBAUR LUCAH



LAPORAN POLIS BERKENAAN MENURUNKAN TANDATANGAN BERBAUR LUCAH PADA POL 257.


Salam YDH Tuan KPD, TKPD & HOD

No Repot : Karamunsing/016721/15
Pengadu : Kopral Halid Bin Nurmin
Tempat Tugas: Cawangan Trafik Kota Kinabalu Sabah

Ringkasan Repot.
Pada 8/10/2015 jam lebih kurang 1040hrs saya tugas rondaan dan penguatkuasaan Cawangan Trafik IPD Kota Kinabalu bersama kpl 135330 Arman Maidin telah terlihat satu kenderaan no pendaftaran SA7799P jenis Toyota Land Cruiser telah melakukan kesalahan tidak pakai tali pinggang kaledar semasa memandu . Saya telah menahan kenderaan tersebut di Jalan Tun Fuad Stephen depan Promenade Hotel. Saya telah mengeluarkan saman Pol 257 no siri AQ586209 di atas kesalahan tidak pakai tali pinggang kaledar semasa memandu di atas nama Jeffrey Sia Kee Shung no kad pengenalan xx1021-12-xxxx. Setelah menurunkan tandatangan di atas Pol 257 penama tersebut saya dapati menulis perkataan berbaur lucah tertulis perkataan "PUKIMAK". Saya bertanya kenapa encik sign demikian. Penama tersebut berkata itu nama saya. Semasa saya hendak membawa penama pergi ke Balai Trafik Kota Kinabalu, penama tersebut enggan memberi kerjasama. Saya telah berhubung dengan Insp Sallehuddin (Insp Penguatkuasa Trafik Kota Kinabalu) Beliau mengarahkan Stand by di lokasi kejadian dan Tuan Sallehuddin bersama Pemandu Kpl 149041 Siddik datang ke lokasi. Lebih kurang 10 minit kemudian Insp Sallehuddin sampai di lokasi dan telah menerangkan kesalahan yang di lakukan penama menerima paham dan memberi kerjasama untuk datang ke balai. Penama tersebut akur dan bersetuju untuk di bawa ke balai polis trafik kota kinabalu.


Butir - butir Tangkapan :-
Nama : Jeffrey Sia Kee Chung
No KPT : xx1021-12-xxxx
Umur : 32
Jantina : Lelaki
Warganegara : Malaysia
Tarikh lahir : 21/10/1982
Keturunan : Cina
Almt : xxxxxxxxxx 88815 kota kinabalu

Butir-Butir Rampasan :-
No 1
Jenis Barang : Motokar
Kuantiti : 1 Buah
No Siri : SA7799P
Okt telah di bawa ke Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu Untuk tindakan lanjut.

Sekian.

Untuk maklumn YDH Tuan.










0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ