Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Penemuan Tulang Gergasi Kaum Nabi Hud-Satu Pembohongan!





Anda mungkin pernah terbaca kisah penemuan tulang gergasi di bumi Arab yang kononnya milik kaum Aad yang hidup pada zaman Nabi Hud. Dikhabarkan tulang-tulang tersebut ditemui secara tidak sengaja sewaktu explorasi Syarikat Aramco mencari minyak & gas di padang pasir " Rab-Ul-Khalee" di Timur Barat.

Kisah yang mula timbul pada awal bulan Oktober 2002 ini dikatakan menjadi rahsia tentera dan kawasan tersebut juga telah ditutup untuk umum serta dikawal rapi pihak tentera. Walau bagaimanapun rahsia tersebut akhirnya bocor dan gambar-gambar penemuan tulang tersebut mula tersebar di internet pada tahun yang sama di Arab Saudi.

Namum pada tahun 2007 pula gambar ini datang dengan versi cerita yang berbeza apabila ada yang mendakwa gambar ini adalah Brahma, salah satu dewa Hindu dan Bhima son.



Untuk pengetahuan umum, Al-Qur’an memang pernah menyingkap cerita kaum Aad ini setelah diutusnya Nabi Hud untuk membawa agama kepada mereka. Malahan Nabi Hud sendiri adalah berasal dari kaum yang bernama Aad. Tidak dinafikan kaum Aad memang terkenal dengan kekuatan fizikal kerana mereka dikatakan memiliki tubuh yang amat besar serta bersaiz tinggi. Kaum ini dikatakan tinggal di suatu kawasan gurun pasir yang bernama Al-Ahqaf. Mengikut ahli sejarah, kawasan padang pasir ini dipenuhi dengan gunung-gunung pasir dan tampak dari puncaknya lautan.

Untuk yang belum pernah mendengar cerita ini, disini sertakan beberapa keping gambar yang kononnya ditemui sewaktu explorasi tersebut sekadar untuk berkongsi bersama.












Namun setelah kajian terperinci dilakukan, ianya terbukti imej "hoax" atau satu pembohongan.Ini kerana gambar-gambar tersebut adalah gambar yang di edit melalui perisian "Photoshop" untuk satu pertandingan yang dianjurkan oleh laman website Worth100.com


1). Ini adalah gambar hasil daripada artis bernama IronKite. (klik)




2. Ini adalah gambar hasil daripada artis bernama Amaranto (klik) bertajuk "Everlasting Rest".



3. Ini adalah gambar hasil daripada artis bernama Anakinnnn  bertajuk "Giant Skeleton"




4. Ini adalah gambar hasil daripada artis bernama Trit, bertajuk "Uncovered Giant"

Gambar asal tulang-tulang tersebut adalah tulang haiwan "Mastodon" (Gajah Pra-Sejarah) milik Cornell University yang ditemui sewaktu explorasi arkeologi menggali dan mencari fosil haiwan tersebut beberapa tahun yang lalu . Ianya kemudian di edit menjadikannya gambar seolah-olah rangka manusia yang boleh berdiri setinggi 30 kaki ! Fitnah berada dihujung jari!!




0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ