CADBURY - SATU KONSPIRASI YANG BERJAYA MENJATUHKAN SYARIKAT MILIK MELAYU
CADBURY - MELAYU ISLAM MASUK PERANGKAP
Baca penerangan di bawah agar kita lebih memahaminya tetapi terpulang kepada anda untuk menerimanya...wallahualam...
Kemelut coklat cadbury bermula apabila tersebar foto 2 dokumen makmal kementerian kesihatan yang mengesahkan 2 produk coklat cadbury iaitu coklat kacang hazel batch pengeluaran 200813MO1HI2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat kacang almond batch pengeluaran 221013N01RI1 bertarikh luput 15 Jan 2015 di katakan mengandungi lemak porcine iaitu lemak babi.
Ianya kemudian disahkan oleh ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau turut mengesahkan 3 sampel telah di uji KKM dan sampel ke 3 coklat cadbury tanpa kacang bebas dari porcine.
Persoalan yang timbul ialah :
- Kalau betul cadbury menggunakan lemak porcine dalam sebatian coklatnya sebagai pengawet kenapa sampel ke 3 iaitu coklat tanpa kacang di kesan tiada mengandungi porcine?. Adakah porcine tersebut datang dari kacang hazel dan almond? Sudah tentu tidak, kerana porcine adalah salah satu sebatian dalam coklat.
Disinilah dapat di lihat agenda tersirat di sebalik kemelut cadbury ini.
Mungkinkah ada pihak2 tertentu mensabotaj coklat tersebut dengan mencemari sampel tersebut sebelum menghantarnya ke makmal KKM. Atau mencemarinya di peringkat proses pengeluaran semasa batch pengeluaran coklat tersebut di hasilkan.
Untuk makluman Cadbury Malaysia adalah syarikat milik Melayu di mana pemegang2 saham terbesarnya adalah Bousted Holding iaitu syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Felda. Ianya juga di uruskan oleh ramai pekerja2 melayu dari peringkat pentadbiran hinggalah ke pengeluaran.
Isu ini berjaya menjadikan orang Melayu Islam menyerang produk keluaran bangsa mereka sendiri. Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM dan Jaringan Melayu Malaysia telah terperangkap dalam permainan ini. Kedua dua NGO ini yang sebelum in begitu lantang mengajak kita memboikot produk kaum Cina kini menyerang syarikat milik Bumiputra. Setelah berjaya melaga2kan Melayu di pentas politik kita fasa seterusnya ialah melaga2kan kita di pentas ekonomi pula.
Dan nampaknya seperti sebelum ini misi mereka berjaya. Kita terus bertelagah sesama kita saling tunding menunding. Retak yang tiada siapa peduli kini menanti masa bila2 sahaja akan terbelah.
Benarlah pesanan nenek moyang kita dahulu :
" Menang sorak kampung tergadai"
--------------------------------------------------------------
Kenapa perlu keliru dengan kenyataan JAKIM?
Saya kira, pihak JAKIM tidak pernah membuat tindakan U-TURN sepertimana yang mewarnai ruangan komen terhadap kenyataan pihak JAKIM hari ini.. Saya nasihatkan supaya perbanyakkan pembacaan dari sumber yang sahih sebelum kita membiakkan fitnah2 di alam yang serba laju ini..
[sumber disertakan]
Mari kita ikuti kronologi isu ini terlebih dahulu. Bermula dengan ketirisan 'screenshot' dokumen sulit pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) tentang pencemaran DNA babi bagi 2 produk Cadbury ke laman sosial pada 23 Mei [rujuk: dokumen sulit]. Dalam masa tidak sampai satu hari isu ini dimainkan dengan panasnya oleh orang ramai sehingga 'memaksa' pihak KKM mengeluarkan kenyataan rasmi pada hari berikutnya. [rujuk: kenyataan media KKM]. Jika difikirkan kesahihannya, ya, berita ini memang benar kerana ia disahkan sendiri oleh pihak KKM..
Namun perlu diingat, pengesahan seperti ini sepatutnya tidak berlaku kerana tidak mengikut prosedur yang sepatutnya. Ketua Pengarah JAKIM, sebaik sahaja menerima berita ini seolah2 terkejut lalu terus mengambil tindakan serta merta menggantung sijil halal untuk produk yang terlibat bertindak memulakan siasatan. Beliau menyatakan sepatutnya hal ini dimaklumkan kepada beliau terlebih dahulu untuk tindakan peringkat dalaman sebelum sampai ke tangan orang ramai [rujuk: kenyataan KP JAKIM]
Menurut beliau, kuasa yg diberikan kepada makmal ujian tersebut hanyalah mengesahkannya sahaja, bukan menghebahkan kepada umum. Jika diteliti secara logik, ia hanyalah satu pencemaran DNA, bukan kandungan yang sengaja diadun oleh pihak Cadbury [Rujuk: penerangan pegawai JAKIM]. Jadi, ia hanyalah satu pemboleh-ubah yang masih boleh dikaji dan dibincangkan, bukan terus dihukum sepertimana sumpah seranah yang kita hamburkan!
Setakat itu, 2 persoalan yang timbul;
1. Keputusan ujian dikeluarkan pada Februari, tapi kenapa Mei baru dihebahkan?
- soalan ini sebenarnya perlu diajukan kepada KKM. KENAPA DI'BOCOR'KAN PADA MEI? malah sepanjang tempoh Februari hingga Mei, langsung tiada penjelasan yang dibuat oleh KKM kepada JAKIM. Salah siapa? Pihak JAKIM menegaskan jika Februari isu ini timbul, maka Februari lah tindakan diambil.
Namun begitu, JAKIM lah yang dihukum oleh rakyat..
2. Kenapa logo halal boleh diluluskan kepada Cadbury?
- Diingatkan sekali lagi, ini hanyalah satu isu pencemaran yang mungkin boleh berlaku diluar kilang dan di kedai2. Cadbury memiliki sijil halal seawal 2004 dan sehingga Februari lalu masih tidak ada penyelewengan tentang status halal dalam pemprosesan harian mereka. Namun rakyat terlebih dahulu menghukum JAKIM sebelum kata putus dikeluarkan..
JAKIM sekali lagi dipijak-pijak!
Pada 26 Mei, JAKIM telah mengambil kedua dua jenis produk yang terlibat itu bersama-sama 4 produk lain serta 5 jenis bahan mentah yang berpotensi mengandungi unsur haiwan DARI KILANG untuk diserahkan kepada pihak Jabatan Kimia Malaysia(JKM) bagi tujuan ujian dan pengesahan. Berbeza dari ujian yang dilakukan oleh KKM tempoh hari yang mana sample diambil dari kedai, bukan dari kilang. Hal ini yang mungkin mengakibatkan berlakunya pencemaran tersebut.
Alhamdulillah, pada hari ini [2 Jun], pihak JKM telah tampil dengan keputusan ujikaji dan mengesahkan bahawa tiada DNA babi dikesan pada 2 jenis produk tersebut [rujuk: keputusan ujian JKM]. Walaubagaimanapun, pemeriksaan keseluruhan akan dijalankan keatas kilang Cadbury mengikut prosedur2 yang sepatutnya.
1 lagi persoalan timbul. Adakah ini satu sandiwara untuk menyelamatkan syarikat Cadbury dan adakah disana telah berlaku transaksi rasuah disebalik keputusan ini?
- persoalan ini sering berlegar bila terbit sebarang kekeliruan dalam pengurusan pihak kerajaan. Janganlah kita mengambil isu ini sebagai bayangan kepada isu2 rasuah yang pernah terbukti berlaku sebelum ini. Hanya berbekalkan kebarangkalian yang direka sendiri, kita tidak berhak menuduh itu dan ini! Ini soal darah daging umat Islam di Malaysia.
Adapun tersiar kenyataan dari Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyatakan coklat Cadbury Halal dimakan sebelum didakwa tercemar [rujuk: Majlis Fatwa]. Ia bertujuan untuk meredakan perasaan orang ramai yang sangat beremosi sehingga ada yang mahu menyamak, menyucikan darah, membakar bangunan dan sebagainya dek takutnya akan coklat tersebut yang sudah menjadi darah daging mereka. Kenyataan ini boleh digunapakai samada sekiranya produk Cadbury itu terbukti haram, mahupun terbukti tiada DNA babi dikesan. Asasnya, kita sebagai orang awam yang tidak mampu untuk menyelidik setiap makanan secara saintifik dan hanya mampu bergantung kepada logo halal JAKIM, bukan menjadi kesalahan kita jika ia haram. Sebaliknya pihak yang bertanggung jawab itulah akan menanggung dosa disebabkan pengkhianatan terhadap amanah yang diberi. Kecuali memakan daging yang dilabel Pork yang bercop halal.
Baca dan fahami betul2 sebelum baca komen orang ramai..
Perangai kita.
Seperti terjumpa orang muda berambut kusut masai berbaju lusuh. Hanya bermodalkan penampilannya seperti seorang perompak ditambah dengan satu jeritan yang mendakwa dia seorang perompak, kita secara beramai2 menangkap dan membelasahnya sehingga koma tanpa soal siasat terlebih dahulu. Samada terbukti bersalah atau tidak, bukan itu caranya! Serahlah kepada pihak berwajib. yang pasti, setiap lebam2 yang diterima pasti ada balasannya terhadap si pemangsa di akhirat kelak. Apa-apa pun, kita lah yang berhak kepada kantung dosa dan pahala kita. Itupun kalau kita beriman kepada hari Akhirat!
Pihak berwajib sudahpun bersidang dan tampil dengan keputusannya. Sekarang pilihan berada di tangan kita. Mahu terus boikot Cadbury, terpulang. Yang pasti jangan sesekali menghasut orang lain dengan membuat tuduhan dan fitnah.
Tepuk dada tanya iman, sebelum mulut berkata sebelum tangan menulis, tanya diri seandainya timbangan dosa seberat timbangan pahala, adakah tulisan atau perkataan kita itu akan memberatkan sedikit timbangan dosa lalu menghumban kita ke neraka?
JAKIM tidak pernah membuat U-TURN. Sebaliknya mereka hanya berjalan terus dengan langkah berhati-hati dan sedaya upaya menerangkan tentang apa yang sebenarnya berlaku.
hanya kita yang terlebih bersangka buruk..
Allahua'lam
rujukan - sila klik
1). Dokumen Sulit
6). Majlis fatwa
9 comments:
Yang ni payah sikit... semua terpulang pada diri sendiri... :)
Wallahualam.
Senang je...nak mkn, mkn la....xnak makn x yah bli...pe susah...
This comment has been removed by the author.
Senang je...nak mkn, mkn la....xnak makn x yah bli...pe susah...
KENYATAAN PENULIS YG SALAH...
Perangai kita.
Seperti terjumpa orang muda berambut kusut masai berbaju lusuh. Hanya bermodalkan penampilannya seperti seorang perompak ditambah dengan satu jeritan yang mendakwa dia seorang perompak, kita secara beramai2 menangkap dan membelasahnya sehingga koma tanpa soal siasat terlebih dahulu. Samada terbukti bersalah atau tidak, bukan itu caranya! Serahlah kepada pihak berwajib. yang pasti, setiap lebam2 yang diterima pasti ada balasannya terhadap si pemangsa di akhirat kelak.
ORG AWAM XSALAH...
INI XBOLI DI SAMAKN DGN KES PUKUL ORG
ORG ISLAM MENGHUKUM KERANA
ATAS BERITA DARI PIHAK BERKUASA..BUKAN DARI ORG RAMAI
fuck jakim.. dna babi yg ditemui tu bahan bukti dipilih secara rawak bermaksud bukan dari kilang.. jakim ambil sampel dari kilang .. mmg kilang hilangkan bukti laa kalo gitu.. ataupun jakim terima rasuah tu je
Pd sy..kenyataan tu x salah..cma penulis skdr bg gambaran kasar utk memudahkan pemahaman..kita letak cadbury kat tmpt org yg kusut masai n laporan DNA babi tu kat jeritan yg mndakwa org muda tu perompak..hasil dy..jd la mcm skrg..iaitu rakyat malaysia yg mudah melenting tnpa usul periksa yg sbnr..kita x pasti lg cadbury tu mmg btul2 ada DNA babi atau sekadar tercemar tp kita dh menghukum dorg tnpa soal siasat yg sbnr..jika d tgok dr laporan DNA babi tu dy keluar pd februari..tp knp bnda tu trsebar skrg..
Dakwaan awak org Islam menghukum kerana atas berita dari pihak berkuasa...sy sgt tdak setuju dgn kenyataan tu..knp?? Sbb agama ISLAM yg sbnr x pernah mengajar penganutnya menghukum sesorang dgn berat sblh..kita x dgr penjelasan dr cadbury n x tau hasil siasatan penuh tp dh menghukum..bila kita dh tau hasil siasatan plak kita ckp bnda tu tipu la helah la mcm2 lg la..x ke tu d nama kan berat sblh..fikir2 kan la ye..
Salam..sy pun x tau selama ni cadbury milik org melayu alhamdullillah dgn ade nye masalah halal haram bru dpt pendedahan.. tak de sape salah dlm isu ni..ALLAH jadikn sesuatu pasti ade hikmahNye..bersangka baik adelah ajaran Rasul kte dan bg org yg beriman..
Post a Comment