Penipuan Dalam Perhubungan
Di dalam sesuatu perhubungan, penipuan adalah merupakan satu faktor yang amat perlu diambil serius kerana ia mampu untuk memutuskan satu pertalian yang telah dibina.
Ini kerana perhubungan melibatkan kejujuran antara kedua-dua belah pihak, tanpa kejujuran pasti hubungan tersebut akan muncul pelbagai masalah. Anda perlu terlebih dahulu memikirkan kesan penipuan yang akan wujud hasil daripada penipuan yang telah anda lakukan.
Hubungan terputus - Ini adalah merupakan kesan utama akibat daripada penipuan. Hasil daripada tinjauan yang telah dilakukan, lebih daripada 80% pasangan menyatakan bahawa punca perpisahan adalah disebabkan penipuan. Lebih 60% pula menyatakan bahawa mereka tidak akan menerima kembali pasangan yang telah mensiakan kepercayaan yang telah diberikan.
Diselubungi rasa bersalah - Untuk penipuan yang lebih serius, terutamanya melibatkan mengenai soal seksualiti, lebih 50% pasangan menyatakan bahawa sering diselebungi perasaan bersalah terhadap pasangan mereka. Apa yang lebih membimbangkan lagi adalah perasaan ini terus menghantui mereka sepanjang tempoh bersama pasangan. Untuk sesiapa yang mempunyai masalah ini, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.
Dibalas dengan penipuan - Mungkin sebelum ini pasangan anda merupakan seorang yang jujur dalam hubungan, tetapi mungkin tidak selepas penipuan yang telah anda lakukan. Anda perlu bersedia untuk menerima kemungkinan ini. Ini kerana, lebih daripada 40% menyatakan bahawa mereka akan membalas kembali penipuan yang telah dilakukan. “what you give? you get back!!”
Lebih banyak anda berkata berkaitan diri sendiri, lebih banyak peluang anda untuk berbohong.(Tyron Edwards)
Membohongi orang lain adalah satu kecurangan dan membohongi diri sendiri adalah sejuta kecurangan.(Mahatma Gandhi)
Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya. (Kata² hikmah)
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang. (Kata² Hikmah)
Kita akan rasa gembira bila dapat menipu orang lain, Tapi jangan kita lupa, orang yang pertama kita tipu adalah diri kita sendiri. (Kata² hikmah)
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : "Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan itu membawa kepada Syurga. Seorang yang sentiasa berlaku benar, nescaya akan tercatat di sisinya Allah s.w.t sebagai sidek (org yg benar) dan sesungguhnya bohong membawa keburukkan dan keburukkan itu membawa ke neraka. Seseorang yang suka berbohong, nescaya tercatat disisi Allah SWT sebagai kazab (pembohong)"
Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Sayyidina Ali k.wj. yang bermaksud : "Wahai Ali ! Allah tidak menjadikan apapun dalam tubuh manusia yang paling utama, kecuali mulut (lisan). Sesungguhnya mulutnyalah yang mengiring dirinya masuk SYURGA atau masuk NERAKA. Maka dari itu penjarakanlah (jagalah) mulut kerana mulut itu bagaikan anjing (gila)".
Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dunya, Rasulullah bermaksud : “Tidak akan lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya.“ “Berkatalah benar walaupun ia pahit”. [Riwayat Ibn Hibban]
Jibril telah datang kepadaku dan berkata: Hai Muhammad hiduplah sesukamu, tapi sesungguhnya engkau suatu saat akan mati, cintailah apa yang engkau sukai tapi engkau suatu saat pasti berpisah juga dan lakukanlah apa yang engkau inginkan sesungguhnya semua itu ada balasannya. (HR.Baihaqi dari Jabir)
Nota Kaki:
Tiada kena mengena dgn yang hidup dan yang mati.
Sekadar peringatan buat diri ini.
Supaya tidak alpa dengan duniawi.
Bahawa kematian itu pasti.
Menjemput kita kehadrat Ilahi.
1 comments:
Yup... Betul tu
Post a Comment