Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Raja Azmi Kini Sudah Berhijab

Raja Azmi Kini Sudah Berhijab



Produser kontroversi, Raja Azmi memberitahu hatinya terbuka untuk berhijab selepas keceluparannya mempersoalkan dakwaan wanita tidak bertudung akan masuk neraka baru-baru ini.

"Semasa saya buat kenyataa itu, saya tiba-tiba terfikir apa yang saya cakap itu betul atau tidak? Dan saya juga membuat sembahyang tahajud tiga hari tiga malam dan akhirnya saya mendapat jawapan serta terbuka hati untuk berhijab,"katanya yang dipetik dari sebuah portal hiburan tempatan.

Tambah produser berusia 55 tahun itu, dia tidak berasa tertekan dengan segala kritikan terhadapnya mengenai kenyataanya sebelum ini tetapi bersyukur mendapat 'teguran' Allah yang akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhijab.

Dalam pada itu, Raja Azmi berkata, dia kini berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah S.W.T dan menjaga solat lima waktu.

Pada masa sama, Raja Azmi turut memberitahu bahawa dia bakal menjalankan perniagaan tudung yang akan diusahakan bersama rakannya.


3 comments:

Alhamdulillah... :)

4 June 2014 at 21:43 comment-delete

alhamdulillah

5 June 2014 at 08:32 comment-delete

Alhamdulillah..

5 June 2014 at 10:07 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ