Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Kaya SangatKah Daniyar Nazerbayev Menantu DS Najib Razak Tu?





Siapa Daniyar Nazerbayev?

Menurut Rizal Mansor Pegawai Khas DSN, perbelanjaan perkahwinan anak perempuan DSN baru baru ini di tanggung sepenuhnya oleh keluarga lelaki. Oleh keluarga Daniyar Nazarbayev. Siapa sebenarnya Daniyar Nazarbayev ni. Kaya sangat ke dia? Berikut adalah beberapa perkara yang perlu kita ketahui berkenaan Danizar Nazarbayev.

1. Daniyar Nazarbayev 27 tahun adalah ANAK TIRI kepada Bolat Nazerbayez adik Presiden Kazakhsztan Nursultan Nazarbayev.

2. Nursultan Nazarbayev adalah Presiden Kazakhstan semenjak tahun 1991 apabila bekas negara komunis tersebut mengistiharkan kemerdekaan nya dari blok Soviet Union.

3. Di barat Nursultan Nazarbayev di gambarkan sebagai seorang DIKTATOR yang mengelapkan berbillion dana negara tersebut sementara rakyat nya hidup dalam kemiskinan.

4. Ibu Daniyar, Maira Kesikbayev berkahwin dengan Bolat dan menukar nama keluarga mereka dari Kesikbayev kepada Nazarbayev pada tahun 2001.






5. Bagaimana pun perkahwinan tersebut di BATAL kan pada tahun 2012 apabila Bolat mendapati bahawa Maira di kehendaki oleh pihak berkuasa Kazakhstan dan Interpol di atas pelbagai jenayah termasuk penculikan dan peras ugut. Selain dari itu Bolat juga mendapati bahawa Maira telah memalsukan nama nya dan telah berkahwin ketika bertemu Bolat.

6. Pada tahun 2012 Bolat Nazerbayev MENYAMAN anak tiri dan bekas isterinya di Mahkamah Agung Manhattan di atas dakwaan di tipu oleh kedua beranak tersebut berkaitan pembelian sebuah unit kondominium bernilai USD20 juta di New York.

7. Pada tahun 2008 Bolat telah memberi kuasa kepada Daniyar untuk membeli sebuah kondominium bagi pihak nya di New York. Bagaimana pun tanpa pengetahuan Bolat, Daniyar kemudian telah memindahkan hak milik kondominium tersebut kepada ibu nya.

8. Bolat juga di dalam saman nya mendakwa bahawa Maira telah membelanjakan tanpa pengetahuan nya sejumlah USD75 juta bagi membeli barangan kemas dari pembuat barangan kemas terkemuka Jacob and Co.

9. Pembantu peribadi Maira, Saule Arykbayeva di dalam keterangan nya di mahkamah mendakwa bahawa bekas majikan nya juga mempunyai hubungan dengan kumpulan jenayah terancang dan penculikan.

10. Daniyar juga sedang berhadapan dengan saman oleh Pengurusan kondominum tersebut kerana kegagalan menyelesaikan TUNGGAKAN bil penyelengaraan serta cukai taksiran yang berjumlah USD129 ribu.

11. Menurut dokumen yang di failkan mahkamah Manhattan, Daniyar juga telah memalsukan dokumen bagi melayakan dia belajar di Universiti Columbia di Amerika.

• Sumber di petik dari The New York Post , The Telegraph UK dan Arabian Business.Com





0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ