Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



KOD RAHSIA (1) . Seolah-olah Dia Dari Keturunan Bani Israel.



Mari kita dengarkan sebuah hadis berikut.
Dari Abu Umamah r.a, telah bersabda Rasulullah SAW, “Al-Mahdi adalah dari keturunanku, berusia empat puluh tahun, di mukanya seolah-olah ada bintang mutiara, di pipi kanannya ada tahi lalat hitam, dia berkulit sawo matang seolah-olah dia itu seorang lelaki dari Bani Israel. Dia menemukan simpanan-simpanan kekayaan dan menakluki bandar-bandar kesyirikan”.

Umur IM dikatakan berusia antara 30 -40 tahun semasa kemunculannya. Maka maksud hadis di atas ialah sekitar 40 tahun menurut pendapat jumhur ulamak.

Seorang ahli tilik Yahudi pernah berkata (berhubung hadis di atas), bahawa “Sesungguhnya wajah Al-Mahdi sebagaimana didakwa oleh umat Islam seiras dengan wajah seorang Yahudi dan bukan Arab, buktinya ialah bahawa mereka berkata pada sifatnya iaitu sesungguhnya muka Al-Mahdi mempunyai rupa Arab dan berbadan Yahudi”.

Maksud berbadan Yahudi itu ialah bertubuh tegap (segak), gagah dan berkulit sawo matang. Kulitnya kemerah-merahan (sawo matang) seperti kulit orang Israel. Nyatalah bahawa Imam Mahdi bukan lagi berkulit seperti kulit orang Arab, tetapi lebih kepada corak kulit orang Ajam dengan warna yang kemerah-merahan. Maksud tersiratnya ialah, kulit yang merah itu tanda negeri tempat lahirnya adalah negeri yang panas. Kulitnya macam kulit orang Israel itu adalah tanda bahawa keturunannya sudah bercampur antara Arab  dan Ajam (penduduk asal dari negeri ‘yang panas cuacanya’ tadi). Orang-orang Arab yang datang ke Timur ini, lazimlah kalau kulit mereka menjadi kemerah-merahan.

UCAPAN SEORANG PENDETA 

Mari kita dengar ucapan seorang pendeta Yahudi tentang maksud kedatangan Al-Mahdi (maksud mereka ialah Dajjal). “Sesungguhnya Mahdi Akhir Zaman adalah Al-Masih kita yang dinanti-nanti, yang mana pengawalnya adalah malaikat dan arahnya Yahudi.

Nampaknya usia pemuda ini di tengah-tengah 40 dan 50 tahun. Usia sebenar adalah lebih besar dari 70. Jika tidak, lebih besar dari 100, bahkan lebih besar dari ribuan tahun kerana dia itu tuhan.

Sesungguhnya dia rasul perdamaian dan seorang yang perkasa dari orang-orang yang perkasa. Sesungguhnya dia adalah Al-Masih hakiki bagi orang yang menantikan Al-Masih” Perkataan ini muncul dalam suatu ucapan pendeta Yahudi ketika pertemuan pendeta Yahudi Barat pada 9/2/1992 di Majlis Tinggi Dar Al-Ifta Yahudi di Bandar Ribat.

MAKSUD DARI UCAPAN ITU.

[1] Pendeta-pendeta itu mengakui adanya Al-Mahdi dalam Islam.

[2] Mereka mengakui bahawa Al-Mahdi itu seorang lelaki yang gagah dan tidak boleh dikalahkan.

[3] Mereka yakin bahawa lelaki itu bukan orang Israel walaupun perawakannya Israel. NAMA YANG BERKAT Nama Imam Mahdi (IM) adalah suatu nama yang sangat berkat. Orang-orang tua kita di Nusantara sangat menghormati gelaran itu dengan memanggilnya Baginda Imam Mahdi. Siapakah sebenarnya sosok juru selamat (maksudnya IM) yang akan datang di akhir zaman?  Pertanyaan ini barangkali telah muncul beberapa abad yang silam. Hingga kini, umat Islam di berbagai negara masih terus memperbincangkannya.
Menurut Ensiklopedia Islam,  terdapat perbedaan pendapat di kalangan umat Islam mengenai sosok (figure) Imam Mahdi.

RAHSIA YANG TETAP MISTERI 

Tidak ada seorang pun di muka bumi ini yang mengetahui tentang Imam Mahdi dan ciri-cirinya, kecuali Rasulullah s.a.w. kerana Rasulullah dibimbing oleh wahyu. Oleh sebab itu bagi kita sebaik-baiknya tempat untuk merujuk tentang perkara ini adalah apa yang baginda Rasulullah katakan dalam hadis-hadisnya sebagaimana berikut.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (HR. Abu Dawud dan al-Hakim)

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim)

Hadis-hadis di atas dan hadis-hadis yang lainnya memberikan kita rahsia yang sangat sukar dipecahkan. Orang Yahudi pening kepala mencari keberadaan IM. Begitu juga orang Nasara (Kristian). Dan begitu juga pencari-pencari IM dalam kalangan umat Islam. Akhirnya, kita sampai kepada empat pendapat tentang IM dalam Islam. ‘’Ada empat pendapat tentang figure Imam Mahdi,’’ tulis Ensiklopedia Islam.

Menurut kelompok pertama,  Imam Mahdi adalah seorang yang berasal dari keturunan Fatimah Az-Zahra, puteri Rasulullah SAW. Ia berasal dari ahlulbait, yang namanya sama dengan Nabi SAW. Imam mahdi akan datang pada akhir zaman. Menurut Ensiklopedia Islam, pendapat pertama ini dianut oleh jumhur ahlusunah waljamaah (ASWJ). Sebahagian ulama Sunni menambahkan, nama ayah Imam Mahdi yang akan menjadi juru penyelamat dunia di akhir zaman juga bernama Abdullah, sama seperti nama bapaknya Nabi SAW. Kemudian timbul perbahasan, IM datang dari jalur mana? Maksudnya dari Syaidina Hussein atau Syaidina Hassan?. Ramai orang berpendapat dia datang dari keturunan Syaidina Hussein, manakala sebahagiannya berkata dari keturunan Syaidina Hassan. Menurut pengajian saya, IM datang dari keturunan Syaidina Hassan. Tetapi keturunan beliau sangat kurang berbanding adeknya. Kalau di Malaysia & sekitarnya, keturunan beliau banyak terdapat di Brunei, manakala di negeri-negeri lain, dipenuhi oleh keturunan Syaidina Hussein. Di Indonesia, saya tidak tahu kedudukannya. Mari kita dengar beberapa kata hikmat dari seorang guru kerohanian tarikat kami seputar Imam Mahdi.

KATA [1]

"Sebagai seorang muslim, kita mesti percaya bahawa seorang penyelamat akan datang sebelum Isa Al-Masih. Namanya ialah Muhamad Al-Mahdi.”

KATA [2]

"Dia akan datang, tetapi kemunculannya adalah selepas Perang Besar (Perang Amargeddon). Perang itu adalah peperangan antara kuasa-kuasa besar.

KATA [3]

“Dan dalam peperangan tersebut, penyelamat itu akan datang seperti tangan suci dari shurga. Kemudian beliau akan memberhentikan peperangan tersebut”.
Kemudian sampailah kita kepada Kod Rahsia (1) Imam Mahdi. Beliau dikatakan mempunyai wajah seperti seorang Israel. Tetapi ada pula pendapat lain mengatakan bahawa wajahnya ada rupa Arab tetapi perawakan tubuhnya seperti orang Israel.

MANA SATU YANG BETUL? 

Saya setuju dengan pendapat bahawa kedua-duanya betul. Ini kerana dalam tubuhnya terdapat gen dari Bani Israel, seperti diceritakan di bawah. SECRETS: 'Gendang, 'Songkok, 'Serban, 'Shawls TEORI GENETIK BANI ISHAQ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahaw Al Mahdi berpakaian seperti Bani Israel (yakni sama dengan pakaian Nabi Isa a.s). Apa yang saya maksudkan dengan pakaian Bani Israel ialah berpakaian seperti golongan kaum Nabi Yusof a.s, iaitu  Manasseh, Patan dan Pashtun, yakni berpakaian "Qutwani Shawls". Orang Patan, Pashtun dan Manasseh  adalah dari keturunan Bani Israel (dari puak Nabi Yusuf a.s, Nabi Musa a.s dan Nabi  Harun a.s). Selain kurta dan Qutwani Shawls, Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda bahawa Nabi Isa a.s pakai serban yang mempunyai 2 ekor (mafhum).

Jadi 2 ekor di belakang serban adalah pakaian rasmi bagi Bani Israel. Mengikut kitab Yahudi tua (Book Of Mormon), sebahagian daripada bangsa Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh, iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s., Nabi Yusuf mempunyai 2 orang anak sahaja iaitu Manasseh dan Ephraim). Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang Professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% peratus variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah dari bangsa Bani Israel.

TEORI AD-DUKHAN (KABUT) 

Dengan menganggap bahawa Teori Genetik Bani Ishaq itu betul dari segi santifiknya, maka kami menambah satu lagi Teori. Teori ini ada kaitan dengan 3 tokoh pada 3 zaman.

[1] Berlaku pada zaman Nabi Yusof a.s di Mesir

[2] Berlaku pada zaman Nabi Muhamad SAW di Arab Saudi.

[3] Berlaku pada Imam Mahdi di Asia Tenggara.

TIGA PERKARA HAMPIR SAMA. 

[1] Kesemua 3 tokoh di atas mengalami pristiwa Ad-Dukhan (Kabut) pada zaman masing-masing. Kisah Nabi Yusuf disebutkan dalam Al-Quran, kisah kabut pada zaman Nabi Muhamad SAW disebutkan di dalam hadis, manakala kisah kabut pada akhir zaman (Imam Mahdi) ditinggalkan sebagai misteri.

[2] Tokoh pertama dan kedua berkaitan dengan kerasulan masing-masing pada tempat masing-masing. Maka tokoh ketiga (Imam Mahdi) dikhabarkan akan keluar di Asia Tenggara kerana peristiwa kabut sekarang ini (akhir zaman) banyak berlaku di Asia Tenggara.

[3] Kalau benar bahawa Imam Mahdi itu keluar dari Asia Tenggara, maka Teori Genetik Bani Ishaq di atas mempunyai hujjah sokongan dari teori kabut (Ad-Dukhan) sebagaimana kami jelaskan. Kami memohon maaf di atas kod rahsia yang kami bawakan ini. Yang benar itu hanya dari Allah. Semoga DIA melindungi imam kita selama-lamanya.

Sumber:


2 comments:

This comment has been removed by the author.

9 February 2018 at 18:44 comment-delete

Allahuakbar

30 September 2021 at 04:32 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ