Britney Spears Mengamuk Albumnya Tiada Sambutan
Penyanyi terkenal, Britney Spears berang dengan Beyonce selepas album terbarunya "Britney Jean" tidak mendapat sambutan dan tersenarai dalam album penjualan terendah.
Britney menyalahkan isteri rapper Jay Z yang mendapat kejayaan terbesar apabila sebanyak 1 juta albumnya terjual dalam tempoh seminggu.
Menurut satu sumber kepada Dailymail, "Album Britney gagal, dia menyalahkan Beyonce kerana turut melancarkan album secara tiba-tiba dalam tempoh sama.
"Britney turut menganggap Beyonce sengaja berbuat demikian kerana ingin memalukan dirinya dengan kegagalan tersebut."
Tambah sumber itu lagi, Britney juga dikatakan mengamuk dan tidak mahu mendengar sebarang berita langsung mengenai Beyonce.
4 comments:
selaamt tahun baru 2014
semoga persahabatan kita bertambah erat.
Terima kasih, Selamat tahun baru juga buat Tuan sekeluarga
adehhh lepas satu satu hal...
Post a Comment