Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Julia Ziegler Ditipu RM8,333

Julia Ziegler Ditipu RM8,333


Pelakon Julia Ziegler ditipu oleh bekas pengurus Intan Ladyana sebanyak RM8,333 bagi urusan membuka syarikat hartanah.

Julia, 29, berkata, dia tidak menghalalkan wang yang ditipu oleh individu yang dikenali sebagai Nor Ain.
"Saya tidak akan halalkan duit yang dia ambil dan dia atau keluarga dia perlu selesaikan hutang ini biarpun dia ditangkap atau menerima hukuman.

"Saya banyak menghabiskan masa dan duit semata-mata perkara tidak berguna seperti ini bukan sahaja menipu, malah dia buat saya macam pengemis pula," katanya kepada mStar.

Menurut Julia, wanita itu menghubunginya dengan menawarkan perniagaan, malah turut menggunakan nama beberapa orang kenamaan bagi menyakinkannya.

"Dia menghubungi saya kononnya untuk berbincang tentang projek perniagaan hartanah dan membawa saya berjumpa dengan beberapa orang kuat dalam bidang tersebut.

"Kemudian beberapa bulan selepas itu tiada sebarang perkembangan dan saya dapat tahu tiada sebarang syarikat yang ditubuhkan atas nama saya, malah dia cuba melarikan diri dengan memberi pelbagai alasan tidak masuk akal."

Julia mula menyedari ditipu selepas menghubungi beberapa artis lain yang pernah bekerjsama dengan Nor Ain yang turut menerima nasib yang sama.

Dalam pada itu, Julia, Rita Rudaini dan seorang mangsa Zita telah membuat laporan polis pada malam Ahad berhubung perkara tersebut.


3 comments:

Allah kesiannya haih

30 December 2013 at 23:29 comment-delete

hanya kerana duit orang sanggup menipu....yang tertipu tu laa kesian hmm

1 January 2014 at 02:07 comment-delete

Ish2, berani sungguh dia menipu...

3 January 2014 at 12:01 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ