Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Pelakon Sinetron Termahal

Wajah mereka menghiasi kaca televisyen anda. Sinetron-sinetron lakonan mereka menjadi tontonan anda. Adakalanya anda terlalu asyik menonton lakonan mereka sehingga anda tersasul berbahasa Indonesia. Tapi tahukah anda berapakah bayaran yang para 'pemain sinetron' ini dapat bagi setiap episod lakonan mereka (yang biasanya berlarutan sampai ke ratusan episod)

Pelakon Sinetron Termahal


Dude Harlino
Bintang berdarah Minangkabau ini mula menjadi sebutan ramai di Malaysia selepas melakonkan watak Doktor Rado dalam sinetron "Intan" yang turut dibintangi kekasihnya ketika itu, Naysila Mirdad. Selepas membintangi beberapa sinetron lain dan memenangi anugerah Pelakon Paling Diminati (Aktor Terfavorit) Anugerah Panasonic sebanyak tiga kali, Dude mulai digilai melalui sinetron bercorak keislaman adaptasi novelis Habiburrahman El-Shirazy seperti "Dalam Mihrab Cinta" dan "Ketika Cinta Bertasbih". Bayaran Dude bagi setiap episod kemunculannya dalam sinetron yang dilakonkannya? Rp. 45-50 juta (lebih kurang RM 12,365 ke RM 13,738).

Pelakon Sinetron Termahal


Deddy Mizwar
Seniman berusia 58 tahun ini mungkin sudah lama berada di persada seni dan membintangi begitu banyak filem sejak tahun 70-an lagi. Tapi bintang "Cintaku di Rumah Susun" ini mula menampakkan kehebatannya apabila menubuhkan syarikat penerbitannya sendiri, PT Demi Gisela Citra Sinema yang menghasilkan begitu banyak filem dan sinetron berunsur Islamik dan kemanusiaan, termasuk "Kiamat Sudah Dekat", "Demi Masa" dan "Identitas".

Syarikatnya juga menghasilkan francais sinetron yang paling popular dan menjadi pilihan ramai sebagai hiburan di bulan Ramadhan, "Para Pencari Tuhan" yang memulakan satu trend dalam sinetron bercorak keagamaan, dan watak Deddy sendiri sebagai Abang Jack menjadi antara watak paling popular siri tersebut.
Bagi setiap episod yang dilakonkannya, Deddy menerima bayaran sebanyak Rp. 26-31 juta (lebih kurang RM 7,144 ke RM 8,518)
Pelakon Sinetron Termahal


Naysila Mirdad
Anak kepada pasangan selebriti Jamal Mirdad dan Lydia Kandou ini merupakan bintang sinetron wanita terlaris di Indonesia, malah hampir kebanyakan sinetron yang dilakonkannya meletakkan dia sebagai watak titular.

Dialah Intan dalam sinetron "Intan", dia Melodi dalam "Melodi", dia Cahaya atau Aya dalam "Cahaya", dia juga Sekar dalam drama berjudul sama, dan Karunia dalam "Doa dan Karunia". Malah bintang "Liontin" ini dibayar dalam Rp. 25 ke 30 juta (lebih kurang RM 6,869 ke RM 8,243) bagi setiap episod.

Pelakon Sinetron Termahal

Marshanda
Bintang berwajah comel yang lebih mesra dipanggil Chacha ini bermula dengan sinetron "Bidadari" yang turut dilakonkan oleh Nia Ramadhani dan Ayu Azhari. Tapi namanya mula meningkat naik di Malaysia melalui sinetron "Putri yang Terbuang" yang digandingkan dengan Rionaldo Stockhorst, yang juga merupakan bintang gandingannya dalam "Soleha" di samping Baim Wong.

Populariti Chacha di Malaysia bertambah hebat selepas sinetron "Benci Bilang Cinta" bersama Baim Wong yang diadaptasi dari drama bersiri popular Korea Selatan, "Goong" akhirnya ditayangkan di sini. Dia juga membintangi sinetron yang bertema Islamik seperti "Aqso dan Madina", serta "Karunia" dan "Dari Sujud ke Sujud" selepas mula berjilbab. Chacha dibayar dalam Rp. 25 ke 28 juta (lebih kurang RM 6,869 ke RM 7,693) bagi setiap episod kemunculannya.

Pelakon Sinetron Termahal

Baim Wong
Pelakon berdarah kacukan Cina dan Indonesia ini mulai popular dengan sinetron "Soleha" di Malaysia sekalipun sinetron yang menaikkan nama dan popularitinya, "Benci Bilang Cinta" ditayangkan lebih awal di Indonesia.

Baim juga membintangi banyak sinetron lain dan hampir semuanya menjadi sinetron terhangat. Antaranya termasuk "Kejora dan Bintang" (di samping Alysa Soebandono), "Sejuta Cinta Marshanda" (di samping Marshanda), "Munajah Cinta" (di samping Zaskia Adya Mecca) dan "Dalam Mihrab Cinta" (di samping Dude Harlino dan Meyda Safira). Baim menerima bayaran dari Rp. 25 ke 27 juta (lebih kurang RM6,869 ke RM7,419) bagi setiap episod.

Pelakon Sinetron Termahal

Shireen Sungkar
Anak kepada pelakon era 70-an Mark Sungkar dan adik kepada pelakon sinetron Zaskia Sungkar (juga sama-sama menganggotai duo The Sisters) ini mulai dikenali dalam sinetron "Bukan Diriku" yang dilakonkan di samping Baim Wong dan Ririn Dwi Ariyanti.

Namun tidak seperti kebanyakan pelakon yang setia bersama SinemArt, Shireen membuat keputusan untuk berhijrah ke MD Entertainment, sekaligus dinaikkan sebagai bintang utama dalam francais sinetron "Cinta Fitri", yang berterusan selama tujuh musim. Shireen dibayar dalam Rp. 20 ke 25 juta (lebih kurang RM5,495 ke RM6,869) bagi setiap episod.


Pelakon Sinetron Termahal

Teuku Wisnu
Kekasih Shireen Sungkar berdarah Aceh ini mula berkecimpung dalam bidang hiburan apabila dia menjalani ujibakat sebuah iklan selepas keretanya mengalami kemalangan dan memerlukan wang untuk diperbaiki! Hasilnya, dia kini popular dengan watak Farel dalam siri "Cinta Fitri", selain beberapa filem dan sinetron lain seperti "Gue Kapok Jatuh Cinta", "Lentera Merah", "Ranum" dan "Dia Ayu". Pemenang Pelakon Paling Diminati (Aktor Favorit) Anugerah Panasonic 2009 ini juga menerima bayaran sebanyak Rp. 20 juta bagi setiap episod (bersamaan lebih kurang RM5,495). - Sumber


11 comments:

semuanya cantik-cantik :)

1 January 2014 at 23:14 comment-delete

gila kaya..

1 January 2014 at 23:20 comment-delete

terbaik

1 January 2014 at 23:27 comment-delete

Hehe..rezeki dan rezeki bakat..

2 January 2014 at 01:26 comment-delete

blogwalking

2 January 2014 at 07:24 comment-delete

wow..memng byak gaiji yg diterima utk satu episod.. byangkanlah barapa yg bleh dapat..sinetron dkat indon bkanya pendek2 tapi pamjang beratus2 episod..kaya..kaya..kaya....

2 January 2014 at 07:48 comment-delete

haha tak sabaq tasneem nak tunggu belog yang baru edit ni! ^^

2 January 2014 at 08:00 comment-delete

ika jarang tengok cerita indon, satu dua tu ada laa, tapi some of the listed artists ni macam familiar juga laa...

2 January 2014 at 12:33 comment-delete

nasiyla mirnad tu lawa jugak orangnya..hehehe

Regards,
-Strider-

2 January 2014 at 12:46 comment-delete

Alamak, sorang pun saya tak kenal. Sebab tak minat tonton cerita Indonesia. Heee.

2 January 2014 at 23:28 comment-delete

Dude Harlino & Naysila Mirdad tu mmg selalu je berlakon... dulu2 selalu jgk tengok sinetron ni... sekarang dah jarang...

3 January 2014 at 12:25 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ