Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Protes TURUN Hanya TOPENG - Kata Polis

Protes TURUN Hanya TOPENG - Kata Polis


KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Perhimpunan haram anjuran badan bukan kerajaan (NGO) di Dataran Merdeka malam ini adalah 'topeng' oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda lebih luas untuk mencemarkan sistem demokrasi negara seperti yang berlaku di Thailand dan Mesir.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Bukit Aman Datuk Seri Salleh Mat Rashid berkata perhimpunan itu adalah permulaan bagi agenda yang lebih luas.

"Mereka cuba untuk membangkitkan rasa tidak percaya pada demokrasi di negara ini seperti di Thailand dan Mesir setelah mereka tidak berjaya dalam pilihan raya umum lalu," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual BernamaTV dalam program Ruang Bicara yang dikendali Dahalan Maamor bertajuk 'Ambang 2014: Menghormati Hak Berhimpun' yang bersiaran secara langsung malam ini.



Perhimpunan haram itu, yang dihadiri 4,000 peserta, bertukar ganas dan merencatkan konsert Ambang Merdeka anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terpaksa dihentikan setengah jam sebelum detik jam 12 malam.

Polis sebelum ini menamakan empat NGO sebagai terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram berkenaan iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Salleh berkata tujuan perhimpunan itu diadakan ketika secara tradisinya rakyat Malaysia menyambut ketibaan tahun baharu adalah untuk mengaburi pihak luar kononnya ia mendapat sambutan rakyat.

"Hakikatnya mereka tahu jumlah mereka kecil, dan cuba menggunakan orang ramai yang merayakan tahun baharu yang lebih ramai daripada jumlah mereka, untuk dijadikan alat sebagai bukti di dalam gambar dan video mereka serta dimuatkan ke dalam laman sosial, kononnya perhimpunan mereka mewakili suara rakyat," katanya.

Beliau berkata mereka juga cuba mewujudkan suasana provokasi ke atas polis agar pihak keselamatan menahan mereka dan akan menggunakan insiden tangkapan mereka bagi menunjukkan kerajaan di negara ini zalim, demokrasi terjejas selain cuba menggambarkan keganasan polis melalui media sosial.

"Mereka sudah mempunyai skrip untuk perhimpunan ini. Apa yang mereka perlukan ialah gambar dan video untuk melengkapkan skrip mereka," katanya.

Beliau berkata polis tidak akan menjadi instrumen kepada agenda itu dan hanya akan membuat tangkapan mereka yang terbabit selepas bukti serta keterangan dikumpul bagi membolehkan mereka dihadapkan ke mahkamah.

Justeru, Salleh menasihati pihak luar mahupun golongan muda agar tidak mudah terpedaya dengan cubaan pihak terbabit untuk memburukkan sistem demokrasi di negara ini kerana hakikat sebenarnya, Malaysia masih sebuah negara yang aman dan demokratik.

Malah, katanya, negara ini mempunyai sistem demokrasi berparlimen yang mana rakyat boleh menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kepada wakil rakyat masing-masing tanpa perlu melakukan rusuhan. Beliau berkata wakil rakyat akan membawa masalah mereka ke Parlimen.

Jom layan video di bawah dan nilaikan sendiri





Anda juga boleh menyaksikan lain-lain video di sini
VIDEO : KRONOLOGI Perarakan Himpunan TURUN 31.12.2013 Dari Sogo Ke Dataran!!!


8 comments:

selaamt tahun baru 2014

1 January 2014 at 14:17 comment-delete

Dari SOGO? :O Wo.
No comment lah

1 January 2014 at 14:33 comment-delete

Maaf yea, tp sebelum nak copy paste berita tu mohon ambil tahu dulu, selidik dulu. Ini bukn himpunan haram mahupun nk menggulingkan kerajaan spt yg digembar gemburkan oleh media massa. And fyi, himpunan ini aman tanpa sbrg kekacauan etc dr warga yg turun kecuali provokasi dr pihak yg xbertggungjwb unt memburukkan warga turun tetapi tidak berjaya nmpknya. And nk ckp xdpt sambutan pdhl beribu2 rkyt turun unt menyuarakan bnthn terhdp kenaikn hrga etc. Fmly sy turun, tahu apa yg sebenarnya berlaku. Tlg buka mata, jgn menonong ikot shja yea. And salam 1 malaysia? Bangga sgt dgn 1 malaysia dr israel zionis tu yea? 1 malaysia = 1 israel = 1 world order. Ikotlah one world order under dajjal tu :) and sbgai umat islam, HARAM menyambut tahun baru masihi yakni dr kristian yahudi ni sbgai perayaan. Lg nk banggekan pembaziran konsert etc unt smbut tahun baru sedangkan makin hari makin dihimpit dek kos hidup angkara pemimpin yg zalim? Bukalah mata. Sedih tgk. Nasihat saya, luaskan pembacaan dan rajinkan diri selidik dulu or even cakna, sebelum menyebarkan sesuatu berita spt yg digariskan syariat. Unless if awk nk tumpang sekaki dosa memfitnah tu teruskanlah :)

1 January 2014 at 15:32 comment-delete

turun ke harga barang lepas berdemo?

Anonymous
1 January 2014 at 19:22 comment-delete

macam-macam hal..

1 January 2014 at 21:26 comment-delete

tak turun pun.

but at least kerajaan tahu yg ramai rakyat marhaen terseksa dgn kenaikan harga barang. kita bukan bisu, bukan juga robot yang boleh diprogram sesuka hati. unless you are rich dan rasa okay dengan harga barang naik, you can keep your mouth shut.

let say la turun, kau pun senang jgk kan? :p

1 January 2014 at 23:28 comment-delete

ika bab demo ke etc etc ni ika tak nak campur, ika pernah transfer program sekejap ke mesir, merasa laa masa dorang ada rusuhan etc etc tu...so ika faham kut apa yang mereka cuba sampaikan...but awal2 abah mama dah pesan kat ika...tak payah campur hal2 macam ni..so yes, ika tak campur..jujur, ika ada pendapat ika sendiri, tapi entah, maybe better i kept it to myself kut...harap negara ni aman...itu jela...

2 January 2014 at 12:49 comment-delete

Perkara macam ni sukar diselidik kebenarannya. Tak tahu mana yang betul, mana yang salah. kadang-kadang ada saja cerita yang dibesar-besarkan.. ditokok tambah. Wallahualam.

2 January 2014 at 23:35 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ