Saya Tak Pernah Terdetik Untuk Mempermainkan Perasaan Wanita - Johan
Pelakon Johan As'ari yang kini menjadi bualan ramai berhubung kisah cinta 'touch & go' dengan aktres seksi, Lana Nordin yang hanya bertahan sebulan sebelum memutuskan hubungan atas alasan tidak mendapat restu keluarga meminta orang ramai berhenti menyalahkan dirinya.
"Setulus hati saya tak pernah terdetik untuk mempermainkan perasaan wanita. Segala yang berlaku adalah asam garam kehidupan.
"Soal menggunakan agama untuk rapat dengan wanita pastinya tak benar, kerana bagi saya dakwah itu adalah kerja kita sesama Muslim.
"Manakala, tanggungjawab dan aktiviti sehari-hari adalah ibadah kita. Ke mana jua saya pergi agama tetap saya bawa bersama," katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, Johan, 27, juga meminta orang ramai supaya tidak menyalahkannya atas perkara yang berlaku kerana dia mengakui manusia sepertinya tidak akan lari dari melakukan kesilapan.
"Saya manusia biasa yang tidak terlepas daripada kekhilafan. Saya berharap perkara ini tidak dipanjangkan dan disalah ertikan oleh mana-mana pihak." -SH
7 comments:
next drama.. playboy itu johan :)
Terbaik komen Sobri Yaacob. Hehe.
Apapun, moga yang baik-baik sahaja buat mereka.
Johan playboy no 1
ika tak minat laki macam ni...dah jelas dah dalam agama kita juga ada cakap....lelaki yang dapat perhatian terlalu banyak tak elok dijadikan suami, yang diminati oleh ramai gadis juga tak elok....begitu juga sebaliknya untuk perempuan...
boleh buat novel nie.. "Johan itu Suamiku"..hahahaha
Regards,
-Strider-
Tunggu dan lihat sahaja.
Allah itu lebih mengetahui..yang tersurat..apatah lagi yang tersirat..
Post a Comment