Johan As'ari Memang Seorang Playboy??
Semakin banyak isu yang tidak elok kini ditimbulkan oleh pelakon Johan As’ari terutamanya soal percintaan. Baru-baru ini Johan dikecam hebat kerana tindakannya memutuskan perhubungan dengan Lana setelah melamar wanita itu sebagai isteri. Tindakan Johan mengundang tidak puas hati ramai pihak.
Sehubungan dengan itu ramai yang mengelarkan Johan sebagai “Playboy” kerana banyak mempermainkan perasaan ramai wanita yang pernah dikaitkannya. Lana bukanlah wanita pertama yang diperlakukan Johan sebegitu tetapi pelakon Izreen Azminda. Selepas itu Johan dikaitkan pula dengan beberapa lagi wanita cantik iaitu Fasha Sandha, Nabila Huda, dan Shila Amzah.
(Gambar Johan & Izreen pada tahun 2011 dalam satu pertemuaan yang diaturkan oleh pihak media bagi menjawab persoalan status hubungan mereka) |
Oleh itu, sebagai seorang yang pernah melalui pengalaman pahit ketika bersama Johan, Izreen diminta mengulas tentang tindakan Johan terhadap Lana. Izreen memberi nasihat kepada Johan agar berhenti daripada mempermainkan perasaan wanita. Menurut Izreen, Johan sepatutnya memahami diri sendiri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk bercinta dengan seseorang wanita.
“Kalau rasa diri dia (Johan) masih belum bersedia untuk bercinta jangan bercinta dahulu, sepatutnya beri masa dalam sesebuah hubungan sebelum melafazkan cinta.
“Nasihat saya supaya dia jangan mainkan perasaan wanita dan berfikir panjang dengan tindakan yang akan dilakukannya
“Saya terkejut dengan berita tentang mereka, kerana pada awalnya saya sangkakan kali ini dia benar-benar serius.
“Saya harap dia dapat ambil pengajaran dengan kontroversi ini, ia melibatkan ramai pihak dan maruah keluarga masing-masing,” katanya.
Sementara itu, biarpun pernah melalui perkara yang sama ketika bersama Johan satu ketika dahulu, Izreen berkata dia sudahpun melupakan semuanya dan mempunyai kehidupan yang lebih bahagia sekarang.
Hubungan Ezreen dan Johan pernah menjadi perhatian media sekitar tahun 2011, apabila wanita itu mendedahkan hubungan percintaan mereka, bagaimanapun dinafikan Johan yang sebaliknya menganggap mereka hanya sebagai kawan rapat sahaja.
0 comments:
Post a Comment