Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Cuti Hari Jumaat: Lebih Baik Marina Mahathir Diam!




Saya berpendapat bahawa Marina lebih kelihatan bijak jika mendiamkan diri. Semakin banyak beliau bercakap, semakin banyak pula menampakkan kedangkalan ilmunya berkaitan Islam.Marina menyanggah pandangan para ulama muktabar di negara kita yang mengatakan cuti hujung minggu pada hari Jumaat memberikan banyak kelebihan kepada umat Islam. Malah Marina dalam kenyataannya di laman Twitter mengatakan bahawa cuti pada hari Jumaat adalah karut!Kenyataan beliau membuatkan saya tertanya-tanya.  


Adakah bagi beliau “Good Sunday” lebih layak dijadikan hari cuti yang pada hari tersebut masyarakat Kristian berlumba-lumba ke gereja, sedangkan hari Jumaat yang menjadi penghulu segala hari bagi umat Islam harus dibataskan dengan kesibukan bekerja dan melupakan kafiat-kafiat yang dijanjikan oleh Allah berkaitan amalan pada hari Jumaat ini?

Marina tidak perlu berlagak menjadi ‘heroin’ dengan mempertikaikan pula tentang status cuti pada hari Jumaat. Kalau seandainya benarlah beliau membawa suara masyarakat…suara siapa? Seharusnya beliau lebih faham bahawa hari yang dikatakan penghulu segala hari dan umat Islam dianjurkan untuk memperbanyakkan ibadah pada hari ini dengan ibadah yang lebih baik pada hari-hari yang lain.Hal ini disebutkan dalam hadis yang berikut:

 “Sesungguhnya di antara hari kalian yang paling baik adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan diwafatkan, dan pada hari itu juga terjadi hari kiamat. Oleh kerana itu perbanyaklah selawat di hari Jumaat, kerana selawat akan disampaikan kepadaku.” (HR. Abu Dawud, Nasai, Ibnu Majah, Ahmad, dan al Hakim dari hadits Aus bin Aus)

Maka satu tindakan yang amat terpuji bagi seorang pemimpin Muslim yang memberi ruang kepada rakyatnya untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan memberi cuti umum pada hari Jumaat untuk menghormati hari yang mulia ini.Selain itu, Marina sendiri mungkin terlupa bahawa umat Islam berpegang kepada Al-Quran dan hadis. Seandainya Jumaat itu tidak istimewa, masakan Allah mencipta satu surah yang dinamakan ‘Jum’ah”?

Namun saya kagumi usaha Marina untuk menjadi heroin tentang isu ini dengan mempertikaikan sesuatu yang kononnya tiada di dalam Al-Quran. Walau bagaimanapun, saya lebih suka menasihatkan beliau untuk lebih memberi penekanan kepada hal-hal yang jelas yang terkandung dalam Al-Quran.Sebagai contoh, hukum menutup aurat. Hukumnya wajib dan tertulis dengan jelas di dalam Al-Quran.  Maka apakah pula hujah Marina untuk menolak dan tidak mentaati hukum yang telah dinaqalkan dengan jelas ini pula?

Firman Allah: “Katakanlah kepada wanita yang beriman:”Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak saudara lelaki mereka, atau anak-anak saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”. (Surah An-Nuur ayat 31)Mohon penjelasan. 

Walau bagaimanapun, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada negeri-negeri yang berkenaan (yang bercuti pada Hari Jumaat) kerana memberi ruang kepada Muslimin untuk beribadah terutamanya solat Jumaat dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.“Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk kamu menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan meninggalkan jual beli. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”. (Surah Al-Jumu’ah, ayat 9)

Dalilah Husna
Aktivis ISMA



12 comments:

Moga perbincangan ini membawa kepada percambahan fikiran untuk kebaikan bersama.

6 January 2014 at 21:05 comment-delete

hurm.. semoga diberikan petunjuk dalam hal sebegini utk menilai.. amin.. ~.~

6 January 2014 at 21:32 comment-delete

Moga kita sentiasa bermuzakarah..peluang bercuti pada hari jumaat di manfaatkan sebaiknya..

6 January 2014 at 21:37 comment-delete

Allah maha agung...

6 January 2014 at 21:55 comment-delete

jika diselaraskan cuti hari jumaat untuk negeri lain juga lagi baik..

6 January 2014 at 23:07 comment-delete

:)
biar jelah heroin tu kekal jadi heroin hehehehe.
Tapi harap dia jadi heroin senyap eheheh

6 January 2014 at 23:41 comment-delete

pandai lak dia pertikai kat Quran x de citer psl cuti jumaat, abih dia bukak aurat x nak lak sebut!...

Anonymous
7 January 2014 at 09:46 comment-delete

blogwalking.....

7 January 2014 at 10:09 comment-delete

cuti hari jumaat best..:)

7 January 2014 at 10:39 comment-delete

Buat kak Marina yang belajar takat SRP agaknya, segala-galanya tak mesti ada dalam Al-Quran baru buat! Dalam Islam sesuatu perkara itu dirujuk juga dari sumber Nas dan Hadis, dan ada juga diambil selepas muzakarah, fatwa dan pendapat para Ulama. Macam hari Jumaat, banyak diperkatakan "Penghulu" segala hari, dalam hadis banyak diperkatakan tentang hari Jumaat. Jadi apa salahnya nak dijadikan cuti ataupun tidak.

Anonymous
7 January 2014 at 10:51 comment-delete

100% setuju jika cuti mingguan ditukar kepada hari Jumaat..Itulah sebaiknya jika Malaysia ini negara islam.

Anonymous
7 January 2014 at 19:49 comment-delete

cuti hari jumaat lagi seronok....

9 January 2014 at 23:10 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ