Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Ella Berhasrat Mahu Berhijab



Ratu rock tanah air, Ella menyuarakan hasrat untuk berhijab sejak berkahwin lebih setahun yang lalu dengan juruterbang, Azhar Ghazali.

"Sejak berkahwin, rutin saya sudah berbeza di mana saya tidak mempunyai banyak masa terluang. Kehidupan saya kini hanya fokus untuk suami, keluarga, kerjaya dan juga amal jariah.

"Alhamdulillah, suami juga banyak membimbing saya. Dia tak nak saya seksi dan saya menghormati permintannya. Dia juga menggalakkan saya kea rah memakai hijab dan secara peribadi, saya sudah bersedia pada bila-bila masa saja," katanya.

Dalam pada itu, Ella turut memberitahu bahawa dia tidak berasa tertekan apabila sering ditanya mengenai anak.

"Saya tak nafikan sejak berkahwin, ramai yang bertanyakan soal anak. Alhamdulillah, saya tidak tertekan dan saya anggap ia sebagai satu doa.

"InsyaAllah, saya masih mencuba dan jika taka da itu maksudnya belum ada rezeki saya lagi untuk mempunyai anak.

"Saya ada berniat untuk mengambil anak angkat, namun perkara itu tak mudah kerana tanggungjawab sangat berat dan saya takut tak dapat laksanakan tanggungjawab andai saya mengambil anak angkat."


5 comments:

Semoga hatinya cepat2 terbuka untuk berhijab...

9 January 2014 at 10:19 comment-delete

alhamdulillah...semoga dia terus berhijab...

Regards,
-Strider-

9 January 2014 at 16:59 comment-delete

Syukur alhamdulillah..isteri solehah...

9 January 2014 at 21:03 comment-delete

alhamdulillah....semoga dipermudahkan, insyaAllah... :)

9 January 2014 at 22:13 comment-delete

alhamduliah..amin

12 January 2014 at 12:29 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ