Putera Raja Brunei Bayar Hampir £1 juta Untuk Mariah Carey Sambut 2014
MARIAH CAREY menerima bayaran hampir £1 juta (RM5.4 juta) untuk menyanyikan tiga buah lagu pada majlis peribadi Putera Azim di London.
Bintang antarabangsa, Mariah Carey dibayar hampir £1 juta (RM5.4 juta) oleh anak pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah untuk mengadakan persembahan pada satu majlis peribadi.
Majlis berkenaan yang bertempat di sini diadakan untuk menyambut kedatangan tahun baharu 2014.
Carey, 43, berkata, dia dibayar sebanyak £910,000 (RM4.9 juta) oleh Putera Azim, 31, yang mengundangnya untuk menyanyikan tiga buah lagu popular termasuk Always Be My Baby pada acara tersebut baru-baru ini.
Penyanyi seksi itu bersama keluarganya diterbangkan dari Amerika Syarikat (AS) dengan sebuah jet peribadi dan menginap di hotel mewah milik agensi pelaburan Brunei, Harlequin Suite.
8 comments:
Wah, mahalnya.
Setahu Ida Putera Diraja Brunei ni memang minat Mariah Carey ni dari dulu (sejak kecil)
itulah..memng mahai bayaran dia..tapi yg jadi isu skrg ialah mcm sultan berunal nak laksankan hukum wujud..tapi anakdanya mcm ni ? perbualan hangat di media sosial.. bg saya no komen..x brani nak komen lebih :)
memang iman bukan diwarisi..
Owh..tinggi kos tu..
mahal kosnya.
memangdangkan ianya private function, maybe mariah carey dipanggil untuk menyanyi tanpa mengenakan pakaian yang seksi2..macam ida cakap laa, orang kalau dah minat, memang sanggup bebelanja..
Regards,
-Strider-
wowwwww...
Post a Comment