Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Lelaki Juga Mengalami Menopaus!!

Lelaki Juga Mengalami Menopaus!!



Tahukah anda bahawa lelaki juga akan mengalami situasi sama seperti wanita yang mengalami menopaus? Ia dinamakan Andropaus, dan ia dapat dilihat melalui perubahan rupa bentuk badan serta dengan perubahan sikap, kelakuan, keletihan, hilang tenaga dan kurang bersemangat melakukan sebarang aktiviti melibatkan kerja.

Andropaus selalunya berlaku apabila umur lelaki menginjak 40an dan ia menyebabkan kekurangan hormon testeron yang mana ia turut mengurangkan penumpuan, ingatan dan nafsu seksual seseorang lelaki.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips atau langkah-langkah berjaga-jaga bagi mengelak anda menghadapi andropaus.

Pemakanan sihat
Mengamalkan pola makan yang sihat boleh mempengaruhi tahap kesihatan seseorang lelaki kerana jika kesihatan berada dalam tahap yang teruk, kemungkinan paras hormon testosteron akan menurun dan menyebabkan anda mudah mendapat pelbagai simptom andropaus. Elakkan makanan yang mengandungi kafein terlalu banyak kerana ia boleh meningkatkan perasaan gementar pada saraf.

Jaga tidur
Menjaga kualiti tidur yang baik dapat mengelakkan sebarang penyakit kerana ini dapat membantu organ dalaman seperti jantung dan minda kita untuk bergerak aktif. Kekurangan masa dan kualiti tidur juga dikatakan akan menghakis keupayaan dan fungsi badan sehingga mendedahkan kita kepada penyakit jantung, diabetes dan lain-lain penyakit terutama ke arah mendapat andropaus. - Sumber


3 comments:

Nice sharing ida..

9 January 2014 at 21:06 comment-delete

perubahan kitaran kehidupan itu sesiapa pun tak boleh elakkan....we're going to face the aging stuffies...

9 January 2014 at 22:04 comment-delete

uhuuuu. Kena amalkan hidup sihat la macam ni.

10 January 2014 at 17:47 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ