Senaman Bibir
Ketika masih remaja, bibir kita seperti 'berisi'. Seiring dengan bertambah usia kita, seperti mulai berkurang kepadatan atau isi bibir kita.
Jika kebetulan anda sudah berusia atas 25 tahun, tentu akan menemukan satu dari tanda-tanda penuaan diri pada wajah kita. Iaitu hilangnya garis bibir secara utuh. Bibir kelihatan kurang nyalaan merahnya serta nampak berkedut.
Gerakan di bawah ini dimaksudkan untuk menambah otot bibir bertambah sihat dan cantik. Lakukan dengan santai. Tiada perlu menggunakan cermin dan tanpa menggunakan bahan kosmetik.
Caranya:
Untuk memulainya buka mulut anda sehingga berbentuk huruf O besar. Jangan anda membentuk dengan tegang, rileks saja. Cubalah dengan menggerak -gerakkan ke luar dan ke bawah sampai kiraan 10. Sesudah itu perlahan-lahan kendurkan bibir anda. Kembalikan ke posisi semula. Rilekskan mulut. Buka kembali mulut anda, ulangi seluruh gerakkan ini dua kali. Mudah saja.
Cuba bandingkan bibir orang dewasa dengan bibir seorang bayi......alangkah baiknya untuk memiliki semula bibir yang gebu dan merah,begitu cantik walaupun tidak dicalitkan gincu bibir.
3 comments:
wah boleh amalkan ni..berbibir baby lepas ni..kan sweet tu.. :)
owh senaman nak buat O nie biasa buat time smoking...hahaha
Regards,
-Strider-
senaman bibir pun ada haa, macam2 senaman kan kak.. :)
Post a Comment