Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Jom Goda Bekas Kekasih!

Jom Goda Bekas Kekasih!



Untuk mengubati hati yang kecewa, kamu tanpa berfikir panjang terus sahaja memutuskan perhubungan yang telah sekian lama terbina. Namun selepas berpisah dan kehilangannya, barulah kamu sedari betapa pentingnya si dia dalam hidup kamu dan kamu tidak mampu hidup tanpanya di sisi.

Ketika itu barulah kamu sedar betapa bodohnya tindakan kamu yang mahu memutuskan ikatan cinta tersebut. Malah walaupun hadir beberapa calon lain yang mahu mengisi kekosongan hati, kamu tetap tidak dapat melupakan si dia kerana dia terbaik buat dirimu. Namun masih ada harapankah untuk kamu kembali kepada si dia sedangkan hatinya telah kamu lukai. Ibarat kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak tindakan tidak berguna lagi.




Bagaimanapun kamu jangan terlalu bimbang kerana terdapat beberapa panduan yang boleh kamu lakukan untuk menggoda bekas kekasihmu itu. Apa yang penting, kamu mesti berusaha bersungguh-sunguh dan nekad dengan apa yang kamu lakukan. Tetapi awas, jangan sekali-kali ulangi kesilapan lalu, kerana sekali dia terluka pastinya akan dikenang sampai bila-bila.

1. Pastikan si dia belum berpunya
Tugas kamu akan menjadi lebih mudah jika si dia masih solo dan belum mempunyai pengganti selepas putus kasih dengan kamu. Ketika ini pelbagai cara kamu boleh lakukan kerana kamu tidak perlu bimbang dengan kehadiran teman barunya. Semangat yang tinggi dan usaha kamu yang tidak henti-henti pasti mampu mencairkan hatinya yang masih kosong.

2. SMS prihatin
Layangkan beberapa SMS yang menunjukkan kamu masih prihatin dan mengambil berat tentang dirinya walaupun di antara kamu berdua sudah tiada sebarang hubungan istimewa lagi. Walaupun sekadar SMS bertanya khabar, si dia pasti akan menghargainya. Sesekali, cuba kirimkan SMS yang berbau romantik dengan kata-kata yang puitis.

Sebagai permulaan, kirmkan SMS yang biasa-biasa sahaja supaya dia faham akan maksud yang terpendam di sebalik kiriman SMS tersebut. Jika si dia memberikan respon, barulah kamu menjalankan langkah yang seterusnya. Apa yang penting jangan sekali-kali memaksa atau memberikan tekanan padanya. Biarkan segala-galanya berjalan secara semulajadi supaya dia tahu keikhlasan kamu.

3. Kesinambungan
Setiap kali selepas kamu menghantar SMS atau bertemu dengannya, akhirinya dengan kata-kata seperti, 'esok kita jumpa lagi ya' atau 'jaga diri elok-elok'. Kamu perlu melakukannya supaya hubungan yang baru terjalin semula tidak putus begitu sahaja. Kesinambungan sangat penting kerana ia memberikan petanda bahawa anda selesa dengan kehadirannya dan mahu menghabiskan lebih banyak masa bersama-sama dengannya.

Lebih romantik, jika anda meminta pertolongan kecil daripadanya seperti meminta si dia menemani anda membeli-belah atau menonton wayang. Jika si dia bersetuju, itu maknanya dia sudah bersedia untuk kembali menyambung kasih dengan kamu. Jika dia enggan, jangan memaksa dan berikan masa kepadanya. Ini kerana bukan mudah seseorang itu untuk kembali kepada bekas kekasih selepas dikecewakan.

4. Hangatkan kembali kenangan indah
Ini tugas penting yang perlu kamu lakukan. Apabila berpeluang bertemu dengannya, cuba ingatkannya kembali kenangan manis yang terjalin di antara kamu dan si dia. Pastikan cerita tersebut boleh membuatkannya kembali senyum dan ketawa. Jangan sekali-kali membangkitkan kemarahannya melalui kenangan yang mengecewakan hatinya.

Paling bagus, jika kamu berjaya mengimbau kembali kenangan menyambut ulang tahun percintaan pertama kamu dengan si dia. Ini kerana kenangan tersebut biasanya sangat indah dan sukar untuk dilupakan dalam masa yang singkat.

5. Risik dari teman baiknya
Jika si dia masih belum menunjukkan respon sepertimana yang kamu harapkan, apa kata risik daripada teman baiknya tentang perasaan sebenar si dia. Jika si dia sudah tidak boleh menerima kamu, lebih baik undur diri kerana tidak guna mengharapkan orang yang tidak sudi.

Namun jika info yang kamu dapati daripada teman baiknya menunjukkan yang kamu masih mempunyai peluang, jangan sekali-kali lepaskannya. Berusahalah bersungguh-sungguh kerana teman baiknya itu pasti boleh memainkan peranan sehingga si dia kembali terpaut sayang kepada anda.

6. Berterus-terang
Sekiranya kamu dan si dia semakin intim, rasanya tidak salah untuk kamu berterus-terang menyatakan bahawa kamu masih mencintanya dan mahu kembali kepadanya sebagai pasangan kekasih. Kalau boleh nyatakan perasaan kamu kepadanya dengan ikhlas dan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan yang pernah kamu lakukan sebelum ini.

Jangan desak si dia kerana kamu pastinya mengharapkan cinta yang ikhlas dan bukan atas dasar simpati semata-mata. Dengan segala usaha yang telah kamu lakukan, si dia pasti sedar dan yakin dengan kesungguhan yang kamu tunjukkan. Jika si dia kembali kepadamu semula, tawanlah hatinya sehabis daya dan kalu boleh ikatlah si dia dengan ikatan yang lebih kukuh...kalu org lelaki la..


1 comments:

ahaha..tu laa...terlajak perahu tak boleh berundur...so jangan sampai menyesal kemudian hari...

9 January 2014 at 22:22 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ