Gempar!! Balai Polis Dilempar Dengan Bahan Letupan!!
Balai Polis Bukit Tengah, di Bukit Mertajam, bergegar selepas dibaling bahan letupan dipercayai mercun oleh individu tidak dikenali dalam kejadian 4.50 pagi tadi.
Serangan awal pagi itu turut menyebabkan cermin tingkap bangunan dan pos pengawal pecah manakala siling balai polis turut roboh dipercayai akibat kesan gelombang letupan yang amat kuat.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten komisioner Nasir Salleh, berkata, siasatan awal dijalankan serta penelitian oleh pakar bom pihaknya percaya suspek menggunakan 'mercun bola' yang dibungkus dalam jumlah yang banyak sebelum dibaling ke perkarangan balai polis berkenaan.
"Ketika kejadian anggota bertugas di pos pengawal sedang menjalankan rondaan di kawasan balai dia kemudian terdengar bunyi enjin motosikal kemudian diikuti letupan kuat dari arah hadapan pintu masuk ke balai polis.
"Anggota berkenaan kemudian berlari ke pintu masuk untuk melihat apa sebenarnya berlaku bagaimanapun gagal mengesan suspek sudah melarikan diri sebelum melihat cermin dan serpihan siling yang pecah bertaburan di atas lantai akibat kesan letupan berlaku," katanya.
Nasir berkata, ketika kejadian beberapa lagi anggota bertugas berada di dalam balai terbabit dan sedang menjalankan urusan rutin, bagaimanapun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya dikejutkan dengan bunyi letupan terbabit.
"Kami akan menjalankan siasatan secara terpeinci untuk mengetahui motif sebenar kejadian termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang akan diperoleh daripada premis berhampiran untuk mengenalpasti identiti individu bertangungjawab," katanya.
0 comments:
Post a Comment