Mencerahkan Ketiak Dengan Baking Soda
Tidak semua orang memiliki ketiak yang putih cantik dan gebu walaupun mempunyai kulit yang putih. Ramai wanita berkulit putih mempunyai masalah ketiak yang hitam dan lebam akibat berpunca dari bedak powder yang dipakai. Namun tenang saja, ternyata ada cara mudah dan murah untuk mengatasi ketiak hitam dengan cara menyapukan baking soda. Cubalah cara berikut ini, inshaAllah pasti berkesan.
Scrub baking soda
Cara ini sangat mudah. Gunakan baking soda yang dicampur dengan air sehingga bentuknya menjadi pasta. Gosokkan pada area yang kehitaman. Lakukan 2 kali seminggu untuk membuat ketiak anda kembali cerah secara semulajadi.
Deodoran Baking Soda
Daripada anda menggunakan deodoran yang membuat ketiak menghitam bahkan pakaian menguning, gunakanlah baking soda pada ketiak anda. Kandungannya boleh menyerap kelembaban berlebih dan mencegah bau badan.
Cleanser Baking Soda
Clenaser ini juga berfungsi sebagai masker. Campurkan baking soda dengan cuka apel hingga menjadi pasta. Gunakan sehari dua kali selepas mandi. Biasanya akan ada gelembung pada campuran kedua bahan ini.
Gunakan ketiga tips di atas untuk mengatasi ketiak yang menghitam. Kerana cara ini dilakukan secara perlahan-lahan, maka jangan terburu-buru menantikan hasilnya. Hindari penggunaan deodoran atau pisau cukur selama anda melakukan perawatan ini.
Semoga anda akan mendapatkan kembali ketiak yang cerah dan bebas bau badan. Selamat mencuba.
2 comments:
Tips yg menarik..Ada x sesiapa yg dah Cuba nak tahu kesan dia
Heee~~
qila pernah dengar niii tp belum lg try betul eh?
Heheheh nakkkk xD
Post a Comment