Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Oral Seks Punca Kanser Tonsil


Oral Seks Punca Kanser Tonsil


MADISON, WISCONSIN - Kaedah seksual sentiasa terus berubah dari masa ke masa seperti oral seks yang popular ketika ini. Tetapi waspada, kerana hasil kajian menunjukkan oral seks boleh menyebabkan kanser tonsil dan pangkal lidah.

Meningkatnya kes kanser akibat oral seks ini disebabkan oleh infeksi human papillomavirus (HPV) yang boleh merebak melalui pelbagai jenis aktiviti seksual.

"Semakin ramai yang melakukan oral seks telah dikaitkan dengan peningkatan infeksi HPV," kata Dr Greg Hartig, Ketua Bedah THT dari University of Wisconsin School of Medicine and Public Health di Madison, seperti dilaporkan oleh Foxnews.

Kajian yang dilakukan Dr William Lydiatt, profesor dan Ketua Bedah onkologi di University of Nebraska Medical Center, Omaha menemukan sekitar 60-70 peratus kes kanser tonsil berhubungan dengan positif HPV.

Sementara kajian yang diterbitkankan New England Journal of Medicine tahun 2007 menemukan bahawa golongan remaja mendapat kanser tonsil dan pangkal lidah dengan hasil ujian positif HPV kebanyakannya kerana melakukan oral seks terhadap pasangannya.

Mereka yang melakukan 6 kali atau lebih oral seks dengan pasangannya memiliki risiko 3,4 kali lebih tinggi terkena kanser orofaringeal (kanser pangkal lidah, belakang tenggorok atau tonsil). Risiko ini akan meningkat jika sering bertukar-tukar pasangan.

Sejak 1973, pesakit kanser tonsil dan pangkal lidah meningkat setiap tahun. Meluasnya amalan oral seks dikalangan remaja menjadi faktor yang turut menyumbangkan dalam peningkatan jumlah pesakit kanser tersebut.

Mereka yang mendapat virus HPV pada anggota tertentu yang spesifik bergantung pada bahagian tubuh mana yang pertama kali masuk ke dalam tubuh. Jika masuk melalui vagina maka kebiasaannya menjadi penyebab kanser pangkal rahim tapi jika melalui mulut akan menyebabkan kanser di sekitar mulut dan tenggorok.

"Amalan seksual manusia telah berubah dari masa ke masa. Saya tidak tahu kenapa mereka lebih cenderung memilih melakukan oral seks berbanding dengan aktiviti seksual yang lain," tambah Hartig lagi.


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ