Pemandu Kurang Ajar Di Singapore Akhirnya Meminta Maaf
Rakaman video yang menunjukkan aksi kurang ajar seorang pemandu di Singapore di dalam youtube dan laman sosial facebook telah mendapat kritikan yang hebat di sana malah si pemandu dan keluarganya serta teman wanitanya turut mendapat ancaman bunuh akibat perbuatannya sendiri.
Video yang menunjukkan sebuah kereta Honda Civic mengejar kenderaan lain, memotong dan kemudian berhenti secara tiba-tiba ditengah jalan serta pemandunya turun untuk mendekati kereta yang dibulinya mendapat kritikan hebat dari internet. Mereka menggelarkan sipemandu Honda Civic ini sebagai pembuli jalanraya dan menyifatkan tingkah lakunya sebagai gila dan kebudak-budakan. Ada juga Orang ramai yang memanggilnya Kim Jong- Un kerana persamaannya dengan pemimpin Korea Utara.
Jom saksikan rakaman di bawah
Akhirnya setelah mendapat kritikan yang hebat serta ancaman bunuh, pemandu Honda Civic tersebut iaitu Quek Zhen Hao tampil memohon maaf seperti yang tertera di dalam rakaman di bawah dengan alasan dia berasa telah diprovokasi serta merasa terancam ketika kejadian tersebut menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk mengejar kenderaan yang dibulinya itu.
Jom lihat pula pengakuan dan pemohonan maaf dari Pemandu Honda Civic di bawah
0 comments:
Post a Comment