Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Libra dan Sagitarius Adalah Bintang Yang Paling Setia!




Libra dan Sagitarius adalah Bintang Yang Paling Setia sebagai seorang kekasih! Sepertimana yang dipetik dari spotonlist.com. Mereka yang dilahirkan dibawah bintang ini juga dikatakan tidak akan mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh pasangannya serta berusaha memelihara kepercayaan tersebut. Amboiiiii betul ke? Hehehe. Jom layan lagi tentang bintang-bintang yang lain.

Di antara 12 bintang, hanya ada ada 2 bintang yang disebutkan tadi yang pembawaannya dipercayai cenderung jujur dan boleh dipercayai. Sebagai kekasih, umumnya mereka setia dan tidak akan membohongi pasangannya.

Bermakna 10 bintang yang lain dikatakan yang paling gemar berbohong dan berlaku curang serta mempermainkan hati dalam percintaan. Mari kita lihat bintang mana yang paling kuat berbohong dan curang mengikut turutan.


Kesepuluh: Cancer
Cancer sebenarnya termasuk orang yang setia, namun Cancer kerap terjebak pada kesalahan pribadinya, seperti harga diri atau merasa kekosongan.




Di saat ia merasa sendiri dan kosong inilah, kemudian keegoan menyuruhnya untuk mengisi hati dengan orang lain. Ia merasa lebih bahagia bila ia merasa ada yang boleh mengisi hari-harinya, untuk itulah ia memerlukan kekasih yang aktif dan tidak pernah membuatnya bosan.

Pun demikian, di beberapa hal ia adalah orang yang sangat setia dalam pertemanan dan terbukti bisa menjaga rahsia dengan baik.


Kesembilan: Scorpio
Scorpio mempunyai sifat yang suka memanipulasi sesuatu, ia termasuk orang yang egois dan akan melakukan apa saja yang perlu dan menguntungkan untuk dirinya. Ia juga tidak segan memanipulasi orang lain untuk melakukan apa yang ia mahu.

Ia sangat pencemburu dan posesif serta mudah mendendam. Dan sebahagian besar akan kehilangan kesetiaannya akibat pernah disakiti atau kerana ingin balas dendam.


Kelapan: Capricorn
Ketika berbicara soal cinta, Capricorn adalah orang yang menginginkan segala hal sempurna. Ia paling benci jika tidak ada orang yang mencintai dan menghargainya. Dalam suasana romantis, ia cenderung bersaing bahkan dengan pasangan sendiri.

Ia punya masalah di dalam dirinya yang dapat membuat hubungan asmaranya sendiri hancur. Dan hal ini biasanya muncul ketika ia mulai cemburu buta.

Bagi Capricorn, hal-hal seksual adalah hal yang paling menantang dan meningkatkan adrenalin. Sehingga ia kerap memanfaatkannya sebagai cara untuk mengatasi kecemburuan yang sudah memasuki batas maksima. Capricorn sebenarnya tidak pernah merasa bangga saat curang, tetapi entah mengapa ia melakukannya juga.


Ketujuh: Aquarius
Aquarius adalah seorang yang cerdas dan cenderung mirip dengan Gemini, yang lebih banyak berlaku curang secara emosional. Ia tidak akan mencurangi pasangan dengan melakukan kecurangan fizikal, kerana sebenarnya yang ia perlukan adalah orang yang boleh mengerti akan dirinya.

Sebenarnya, Aquarius jarang berbohong dan hanya berbohong ketika terdesak saja.


Keenam: Taurus
Taurus dikenal sebagai sesorang pasangan yang setia, namun ia kerap tergoda untuk berlaku curang. Ia adalah orang yang boleh bersikap santai sekalipun pasangannya mencurigai bahawa ia telah curang.

Apabila Taurus berlaku curang, umumnya ia memang sengaja melakukannya untuk mencari perhatian.

Ia seorang yang sensitif dan pemaaf. Namun jangan cuba main-mainkan perasaanya kerana sekali anda melakukannya ia akan meninggalkan anda buat selamanya.


Kelima: Virgo
Virgo juga salah seorang yang emotional tegar, di mana ia akan kerap berlaku curang ketika hubungannya dengan pasangan memburuk. Namun ia adalah orang yang mudah merasa bersalah dan merasa menyesal ketika curang, sehinggakan ia kelihatan seperti terbeban dan mudah sekali pecah tembelang ketika cuba berlaku curang.

Namun begitu Virgo mempunyai kemampuan untuk memanipulasi orang lain di saat terdesak, dan di dalam beberapa hal ia bukanlah orang yang boleh dipercayai, terutama dalam menyimpan rahsia.


Keempat: Pisces
Zodiak berlambang ikan ini punya kepercayaan diri yang sangat besar terutama dalam hal penampilan, sehingga mereka tidak pernah merasa bersalah dan sering tergoda untuk berlaku curang.

Pun demikian, mereka adalah seorang yang pencemburu dan mudah hiba. Apabila pasangannya curang, ia akan membalas dengan kecurangan juga. Dan ia adalah tip yang mudah sekali apabila mempunyai masalah krisis asmara di saat perhubungan sudah terlalu lama dengan pasangan.


Ketiga: Leo
Leo sangat suka dipuja dan paling memuja dirinya sendiri. Ia memang punya kelebihan dalam hal penampilan dan sering menarik perhatian orang lain. Ia mudah sekali jatuh cinta pada orang yang punya penampilan fizika yang sesuai seleranya.

Keegoannya akan membuat Leo gemar berbohong demi mencapai posisi puncak.


Kedua: Aries
Mereka yang bernaung di bawah bintang Aries adalah seorang yang sering berlaku curang dan berbohong. Aries boleh curang pada bila-bila masa pun kalau ia mahu, dan terutamanya hanyalah untuk tujuan bersenang-senang dan hiburan sahaja.

Ego mereka sangat tinggi dan jarang menaruh kepercayaan pada pasangan. Ketika ego mereka keluar, maka mereka akan membuat diri sendiri menjadi yang paling penting...kepentingan pasangan adalah nombor dua.


Pertama: Gemini
Di antara banyak-banyak zodiak, zodiak yang paling sering berbohong dan berlaku curang adalah si Gemini. Gemini jarang sekali boleh bertahan pada satu hati saja, kerana ia sukar merasa puas.

Pun demikian, ia tidak akan melakukan kecurangan fizikal kerana keperluan utamanya adalah kenyamanan secara rohani. Kemampuan mereka dalam berbicara membuat mereka menjadi seorang yang boleh menarik perhatian ramai orang.

Gemini tidak boleh menyimpan rahsia dan kerap menokoh tambah ketika menceritakan sesuatu rahsia itu kepada orang lain untuk menarik perhatian dan kepercayaan.

Hahaha....apa pun di atas ini semuanya adalah ramalan belaka. Tak semestinya betul.. hanya untuk suka suki sahaja....




4 comments:

kedudukan sesuatu bintang bergantung pada kedudukan semasa... pengaruh rumah sebelum dan selepas, kedudukan paksi keseluruhan bintang dan matahari. kalau kedudukan sagitarius tepat pada rumah dan paksinya sendiri .... baru ramalan sagi itu berkuasa, jika paksi terdapat pengaruh mana 11 bintang ia bergantung pada pengaruh terkuat pada ketika itu

5 February 2014 at 20:35 comment-delete

Heheheheheh sayangnya qila bulan libra or sagitarius xD hihih

5 February 2014 at 21:16 comment-delete

saya berbintang libra..:)

6 February 2014 at 09:30 comment-delete

ini tipu ni.. hehe.. >,<

8 February 2014 at 02:48 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ