Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Ngeri Tangan Guru Putus Ditetak Dengan Parang

Ngeri Tangan Guru Putus Ditetak Dengan Parang


Seorang guru disebuah sekolah di Tambunan, Sabah putus pergelangan tangan dilibas dengan parang oleh bapa seorang pelajar. Gara2 guru tersebut menarik telinga pelajar tersebut....

Ngeri Tangan Guru Putus Ditetak Dengan Parang

Ngeri Tangan Guru Putus Ditetak Dengan Parang




Update 7/2/2014 @ 1200hrs
Kisah Sebenar Insiden Putus Tangan

Kota Samarahan: Ibarat ‘senjata makan tuan,’ seorang lelaki putus pergelangan tangan kiri selepas terkena parangnya sendiri ketika mengamuk di sebuah rumah di Sadong Jaya, dekat sini lewat petang kelmarin.

Gambar dipercayai diambil oleh kakitangan hospital dan disebarkan melalui whatsapp. Dalam kejadian itu, mangsa, 27, bersama seorang rakannya pergi ke rumah terbabit di Kampung Pelanduk Laut, sekitar jam 6.30 petang. Difahamkan, mangsa dan rakannya yang bersenjatakan parang mengamuk di rumah berkenaan, namun berjaya dihalang oleh tuan rumah serta memujuk kedua-dua mereka untuk menyerahkan parang kepadanya.

“Dua lelaki itu berjaya dihalang dan parang yang digunakan juga telah dirampas. Tetapi semasa kedua-dua mereka dibawa keluar dari rumah, tuan rumah tadi bertindak melibas parang yang dirampas ke arah mangsa menyebabkan pergelangan tangan kirinya putus ketika cuba mengelak,” kata sumber.

Ekoran kecederaannya, mangsa dikejarkan ke hospital berdekatan sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut. Laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat oleh kedua-dua pihak. Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Lee Chong Chern semasa dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 326 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Manakala mangsa dan rakannya pula disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.


Nota: Ishhh...ishhh jauh bebenor dengan versi cerita asal yang konon gara-gara memulas telinga murid. Ida pun sebenarnya dapat dari whatsapp juga, yang menghantarnya pun seorang guru gak hehehe... 



3 comments:

GANAS betul bapak budak tu...macam2 sekarang ni..

7 February 2014 at 06:09 comment-delete

Masya Allah..baru tarik telinga begini balasannya..kalau kena pukul x tau la camna..kalau anak x boleh ditegur jangan hantar anak ke sekolah....

7 February 2014 at 10:51 comment-delete

Manusia yang asyik suka libas-libas parang ni sepatutnya dah kena libas awal-awal lagi..

7 February 2014 at 15:10 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ