Apa Yang Tidak Kena Dengan Nuffnang ni?
Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat teman-teman yang dirahmati Allah swt...
Sebelum ini Ida pernah buat entry sembah derhaka Siri 1 Kenapa Nuffnang Asyik Paparkan Churp-Churp Ads Sahaja?
Kali ini sembah derhaka Siri 2 pula ingin Ida keudarakan hehe..
Ekoran daripada itu tiba-tiba Ida terperasan bahawa nuffnang selalu memaparkan iklan yang best-best dan yang kaw-kaw di luar waktu kemuncak. Apakah anda semua perasan? Maksudnya pada waktu kemuncak antara jam 12 tengah hari hingga 2 petang, dan 6 petang hingga 12 tengah malam di mana ramai orang online, nuffnang amat kedekut mengeluarkan iklan-iklan yang best-best yang dapat memberi sen kepada blogger. Sewaktu itu yang banyak terpapar hanyalah iklan Churp-Churp sahaja.
Selepas Ida membuat entry tersebut tiba-tiba Ida ter 'online' pada jam 4 pagi hingga 6 pagi, ketika itu Ida lihat di mana-mana blog berlumba-lumpa iklan yang best-best masuk tetapi siapakah yang akan klik-klik pada waktu itu? Ker nuffnang tersilap set time? Hehehehe
4 comments:
ah biasalah tu depa nak untung lebih ja.. ^_+
ika pun perasan juga kak, sebab memang selalu blogwalking pagi2 camtu macam2 iklan keluar :)
entah2 apa2 kan nuffnang nie..lain kita tanya lain plk dia jawab..huhu
Saya tak tahu tentang semua ni. Hehe.
Post a Comment