IBU TUNGGAL MENGHABISKAN RM4,000 MEMBINA RUMAH RAKIT SEBAGAI PERSEDIAAN BANJIR
APA PANDANGAN ANDA TERHADAP GAMBAR DIBAWAH?
Seorang ibu tunggal sanggup perabih RM4,000 demi hadapi banjir. Beliau mengambil sikap tidak mahu menyusahkan PIHAK2 TERTENTU, WALAU MEMANG PERUNTUKAN BANTUAN DI SEDIAKAN. Selagi boleh di elak bergantung harap kepada KERAJAAN, usaha sendiri lebih baik.
Hanisah berdiri di hadapan rumah rakit miliknya melihat keadaan banjir yang berlaku di Kampung Paya Garuk, di sini.(atas)
JERANTUT - Seorang ibu tunggal dari Kampung Paya Garuk sanggup menghabiskan RM4,000 untuk membina sebuah rumah rakit bagi menempatkan barangan dan harta benda daripada ditenggelami air setiap kali musim banjir tiba.
Hanisah Mat Sarif, 45, berkata, dia membina rumah rakit itu sejak tahun 2005 bagi persediaan awal untuk menghadapi banjir yang berlaku di kampung mereka.
Menurutnya, dia yang berniaga kecil-kecilan di kampung itu perlu membuat rumah rakit itu kerana tidak sanggup mengalami kerugian besar setiap tahun akibat banjir.
“Apabila tiba musim tengkujuh saya akan simpan semua barangan rumah termasuk peralatan elektrik dalam rumah rakit ini. Alhamdulillah, usaha dan inisiatif saya ini mampu menyelamatkan harta benda daripada musnah akibat banjir.
“Saya juga jadikan rumah rakit ini sebagai tempat perlindungan kerana rumah saya dinaiki air,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jerantut Feri, Sabri Kamaludin berkata, walaupun ibu tunggal itu menjadikan rumah rakit itu sebagai tempat perlindungan tetapi dia perlu juga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.
Menurutnya, ini kerana ia melibatkan keselamatan selain perlu mendapatkan bantuan banjir yang disediakan kerajaan.
Ps/ Nota kaki: Bagi Ida kalau rumah tepi sungai memang patut la dan boleh buat macam ni. Tapi kalau kat tengah-tengah bandar tu macam mana?. Respek memang respek la kat Makcik tu.
6 comments:
Wah, hebat juga mak cik ni.
tabik spring kat makcik ni..hehehe:)
Respek kat makcik ni kerana ambik inisiatif sendiri. Tapi... Baik lagi dipindahkan di pusat pemindahan. Lagi selamat. Kita tak tau... Malang tak berbau kan :)
terbaaiikkkk!!! hakhak :D
bagus! tak ramai berfikiran camni...persediaan awal dari makcik ni memang terbaik :)
sediakan payung sebelum hujan orang kata ;)
Terbaik! Ni memang kreatif. Cuma nampaknya macam faktor keselamatan kurang terjamin.
Post a Comment